Fungsi Skincare CC Cream untuk Kulit Tidak Sekata | Hansaegee Nature

11

Assalamualaikum
Bismillah

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream | Sebenarnya aku dah lama merancang mahu membeli cc cream, tetapi belum jumpa lagi cc cream yang sesuai.

Ini baru pertama kali tau aku mencuba cc cream. Setiap kali masuk watson dan guardian aku jadi rambang mata. Lain yang aku cari, lain pula yang dibeli. Susah juga perempuan ni kan. haha

Aku ni sejenis yang tak bermekap. Walaupun ada juga mencuba tetapi rimas juga sebenarnya nak pakai foundation lagi. Dah lah pilih pun tak pandai haha. Aku pernah salah beli ya terus muka jadi kelabu macam zombie. Sedih jugalah. 

Lama juga aku mencari cc cream mana yang elok kerana ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dari foundation dan BB Cream. Cari punya cari akhirnya aku jumpa juga Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

hansaegee-nature-cc-cream

CC Cream ni dikenali sebagai Krim Kawalan Warna “Color Control Cream” yang telah di upgrade dari BB Cream. Ianya secara lengkap menutupi semua liang pori kita sama macam foundation. 

Tapi CC Cream ni mempunyai ciri-ciri manfaat pada kulit seperti adanya SPF, agen pencerah dan mempunyai bahan antioksidan yang umumnya ia merupakan krim yang membetulkan tona kulit muka. 

Khasnya kepada wanita yang memakai hijab pasti ada kesan bekas tudung kan sebab kawasan yang tidak dilitupi tudung akan terkena cahaya matahari. Ini menampakkan wajah korang kusam dan tidak sekata. 

CC Cream ni lebih nipis dan ringkas digunakan sebab ia mempunyai fungsi all in one dalam satu produk yang mana warna krimnya lebih ringan dan natural. 

Ianya sesuai digunakan semasa kita nak keluar pergi shopping atau aktiviti outdoor kerana ia kelihatan lebih semulajadi. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai base mekap tau. 

Kandungan Bahan (ingredient)

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 bahan utama iaitu :
  • Mineral Water - mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi
Yang bestnya cc cream ini juga mempunyai 'Niacinamide' yang mana mengandungi vitamin B3, mengecilkan pori dan sekatakan kulit yang kusam.

Cara Penggunaan

Cara penggunaan Gold Nano CC Cream ini pun sangat mudah, korang hanya apply dengan jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan sekata.

Cara aku pakai pula, hanya dap dap dap kat muka dan sapukan secara lembut pada keseluruhan muka dan leher dengan menggunakan jari. 

Tekstur CC Cream

  • CC Cream berwarna putih dan mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit
Yang menariknya apabila sapukan ke seluruh wajah krim berwarna putih itu akan blend mengikut tona kulit kita tau. Kulit secara semulajadi glowing dan natural. Tak perlu risau walaupun nampak krim bewarna putih.


  • Tekstur yang ringan dan sekata mengikut tona kulit apabila di blend.
  • Kulit terkena air atau berpeluh tidak bercapuk dan nampak masih segar

  • Kulit yang berminyak pun nampak masih berseri

Reiew Gold Nano CC Cream

Aku dah hampir seminggu menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature walaupun duduk kat rumah ja sebab krim ini sangat mudah untuk digunakan. 

Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim. 

CC Cream yang berbentuk tiub macam ni memang bagus sebab kita tak direct contact dengan semua krim, kurang terdedah pada kuman dan persekitaran. Hujung dia pun tirus, boleh kawal banyak mana kita nak guna.


Bagi yang tidak suka bermekap ataupun jarang mengenakan mekap, aku memang sangat sarankan korang guna cc cream ni. Tak perlu risau sangat sekiranya kulit menjadi kusam sebelum keluar rumah. Sekali sapu ja kulit dah nampak sekata. 

Aku juga mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif tetapi krim ini sangat best, ia bukan sahaja mencerahkan, tidak berminyak dan melekit ketika blend kat muka dan paling seronok sekali ia memberikan effect glowing pada kulit. 

Recommended 

Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit.

Sekiranya korang yang beru nak berjinak-jinak mengunakan cc cream seperti aku, bolehlah cuba pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. 

Bagi mereka yang sukakan makeup yang simple natural dan ringan, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

Repurchase? 

Definitely yes! Penggunaan pun boleh tahan sehingga 2 -3 bulan, jadi sangat berbaloi dengan isi padu sebanyak 50ml bagi aku sangat banyak. api memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 PA +++ yang mana ia sekaligus lindungi kulit dari sinaran matahari, menutup kedutan halus di wajah dan jimat tak perlu beli sunblock dah.

Untuk maklumat lanjut jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk link dibawah :

Website : https://hansaegee.com/shop/
Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature/
Youtube : www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia/



Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Whoaaaa, nice nyaaaa! Cerah berseri betul nih!

    BalasPadam
  2. betul. akak penah guna gak sebelum ni, memang best. dia tak melekit, tak berminyak. cepat meresap dalam kulit. sapa yg suka mekap simple2, calit ni je setel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg suka simple dan kurg mekap.. cc cream nie mmg recommended sgat!

      Padam
  3. teringat dulu2 masa bb cream betul2 tengah hangat. Lepas tu keluar pulak cc cream. saya lama dah tak pakai produk mekap untuk kulit sbb selalu nampak pelik bila apply lol. tapi kalau nk start bermekap mungkin akn consider CC cream instead of foundation

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. sy pun x pandai sgat nak guna foundation huhu..utk beginners bole mula dgn cc cream

      Padam
  4. cantik je bila pakai CC cream hansaegee!

    BalasPadam
  5. wahhh marvelous hasilnyaa. macam nak cuba jugak lah. tak payah dah pakai foundation kalau dh pakai ni

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !