10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba di PENANG

Assalamualaikum
Bismillah

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan!


Aku telah senaraikan 10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba di PENANG. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

1. Nasi Kandar Deen Maju

Kedai Nasi Kandar Deen Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Dibuka pada pukul 2.30 etang sehinggalah ke 11.00 malam. Kedai ini mendapat ramai feedback yang positif kerana ayam goreng rempahnya yang sangat sedap! Malah kadang-kala pukul 8 malam dah habis. Laku keras nampaknya.

Alamat : 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang


2. Hameed Pata Mee Sotong

Bagi korang yang gemar makan sotong, Mee Goreng Sotong dari Hameed Pata adalah pilihan yang terbaik. Restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi! Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Dah lah makanan pun sedap, kena lagi dengan coconut shake minum masa cuaca panas memang ummpp lah!

Alamat : 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang


3. Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis Balik Pulau

Korang datang ja PENANG, mesti teringat Laksa Penang kan? Menu laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk korang terjah. Apa yang istimewanya di sini selain laksa, korang juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang


4. Nurul Ikan Bakar Special

Untuk hidangan makan malam pula, kalau tekak korang tu tiba-tiba menyeru nak ikan bakar, ini lah tempat yang korang patut singgah. Ianya terletak berdekatan sahaja dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang. 

Kedai Nurul Ikan Bakar Special antara kedai makanan yang menjadi pilihan ramai jika mereka singgah di sini. Korang nak makan di dalam ataupun di bawah redupan pokok pun boleh.  Suasana kedai makan yang cukup santai merupakan antara punca ianya begitu disukai ramai.

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang


5. Burger Ayam Goreng NJoy

Biasa tengok burger biasa je kan. Burger saiz king, black burger semua tu dah tak asing lagi. Yang istimewanya Burger Ayam Goreng NJoy sehingga menjadi bualan orang ramai ialah kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. 

Bukan itu sahaja, rotinya juga berwarna-warni. Nampak menarik dari luarannya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.

Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang


6. D’Seafood Paradise

Nasi, ayam, sotong, ikan bakar dan burger pun dah. Tak lengkap tanpa syurga makanan laut kan? Aku pasti ramai di kalangan pembaca di sini yang menggemari makanan laut, bukan? 

Untuk mencuba makanan laut yang segar, singgah sahaja di D’Seafood Paradise. Pelbagai jenis ikan, kerang, sotong, udang, ketam dan banyak lagi jenis makanan laut ada disediakan di sini. 

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang


7. Sany Char Kuey Teow

Selain daripada makanan-makanan yang aku dah sebut kat atas tu, satu lagi makanan yang korang kena cuba kat Penang sudah semestinya Sani Char Kuey Teow. Ini salah satu kedai yang aku cadangkan untuk korang singgah.

Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut korang yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat. Pasti terangkat. Char kuey teow yang dihidangkan pula sudah tentunya lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di  Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan. 

Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!

Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang



8. Roti Canai Transfer Road

Satu lagi tempat makan di Penang yang wajib diterjah iaitu Roti Canai Transfer Road. Nama pun unik kan. Korang boleh mencuba roti canai yang tersedap sekitar sini. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’.

Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.

Alamat:  114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang


9. Nasi Kandar Line Clear


Kalau korang memang pecinta nasi kandar, korang kena datang ke gerai nasi kandar ni. Nama dia memang line clear. Tapi bila korang datang nak beli, line dia tak pernah nak clear. Apa pun memang penantian tu sesuatu yang berbaloi. Nasi kandar ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk yang super sedap dan dengan harga yang berpatutan.

Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan! Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. Anda juga boleh tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang


10. Mee Kicap Masjid Bayan Baru

Jangan lupa juga untuk singgah di Mee Kicap Masjid Bayan Baru ini. Korang pasti akan suka dan menyesal tak rasa sendiri menu-menu yang disediakan di sini. Antara hidangan yang disediakan di sini ialah Mee Kari Ipoh, Mee Kicap dan Kuey Teow Kerang. Kesemuanya enak-enak dan digemari ramai, jadi pilihlah mana-mana yang anda suka!

Alamat:  2, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Haaa. So apa macam? Orang Penang dah cuba ke semua makanan tu? Yang bukan stay kat Penang pula sangat susah hati guys, korang guna je servis 'FOOD DELIVARY PENANG' dari FoodPanda tu.

Foodpanda-penang

Kat website Foodpanda tu bermacam menu makanan ada termasuklah antara makanan sedap dan best yang terkenal di Penang. Ni kalau nak diikutkan banyak je lagi kedai dan gerai yang ada hidangan sedap-sedap. Tapi ni antara yang menarik buat aku.

Last pun not least #STAYATHOME je okay? Order ja melalui Foodpanda tu, tak payah nak degil sampai tak dengar cakap untuk keluar sana sini. Kita jaga kita, bukannya susah sangat nak faham kan?

12 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. walaupun stay penang jugak tapi belah seberang lah, pernah try dua ja dari 10 tu haha.. dah lama teringin deen maju tapi tak terberatur lagi haha

    BalasPadam
  2. Roti canai transfer road mmg terbaik hihi

    BalasPadam
  3. Selalu pergi line clear je.. mmg famous la nasik kandar kat situ..

    BalasPadam
  4. wah, jenjalan penang nanti bolehla try...

    BalasPadam
  5. Pernah tinggal di penang 20 tahun duli, memang makanan di sana sedap2 belaka. nak2 nasi kandar tu, makan hari ni, 3 hari tangan masih bau kari... :)

    BalasPadam
  6. nasi kandar deen maju... hahah beratur panjang pon xkisahla.. servis cepat

    BalasPadam
  7. makanan penang sedap2 semuanya.. yumm yumm yumm

    BalasPadam
  8. Yg saya coba baru deen maju 🤣🤣. Lainnya belum ... Deens maju memang sedaaaaap laaah 😍👍. Sukaaa sangat. Tapi waktu itu saya makan selalu saja saat lauk dah banyak habis. Next hrs cepat datang.

    Yg lainnya saya coba insya Allah Juli ini. Nak ke Penang lagi soalnya. Save dulu tulisan kak Nurul yg ini 😍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama