Amalan Yang Dapat Memasukkan ke Syurga

amalan-ke-syurga

HADITS KE-7 : IMAN YANG DAPAT MEMASUKKAN KE SURGA

Abu Ayyub Al-Anshari mengisahkan, "Seorang lelaki tiba-tiba mencegat Rasulullah dan bertanya, 'Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam surga.'

Para shahabat sontak bertanya-tanya, 'Ada apa, mengapa ia?' Nabi SAW pun menjawab, 'la memiliki keperluan.' kemudian beliau bersabda, 'Beribadahlah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dirikan shalat, tunaikan zakat, dan sambunglah tali silaturahmi. Lepaskan tali kekang itu.""

Abu Ayyub menjelaskan, "Sepertinya beliau ketika itu sedang berada di atas kendaraannya."

(HR. Bukhari, Kitab: "Adab" (78), Bab: Keutamaan silaturahmi (10))

amalan-menuju-syurga

Ringkasan Nota :

Abu Ayyub Al-Anshari menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Beritahu saya amalan yang boleh membawa saya masuk ke surga."

Para sahabat hairan dengan pertanyaan itu, tetapi Nabi SAW menjawab bahawa lelaki tersebut mempunyai keperluan. Beliau kemudian memberitahu lelaki itu bahawa amalan yang boleh membawa masuk ke syurga ialah beriman kepada Allah tanpa menyekutukanNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahim. Abu Ayyub menjelaskan bahawa ketika itu, Rasulullah berada di atas kendaraannya.

Amalan yang dapat memasukkan kita ke Syurga :

  • Beriman dan beribadah dengan Allah SWT tanpa menyekutukanNya.
  • Mendirikan solat
  • Menunaikan zakat
  • Menyambung silaturahim

Rujukan : Muka Surat 74, Kitab Al-Lulu' wal Marjan (Mutiara Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Kitab Al-Lulu' wal Marjan yang merupakan himpunan hadits sahih dari kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah kitab yang paling shahih setelah Al-Qur'an.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. insya-Allah, mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang memasuki syurga Allah..aamin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama