Habiskan RM50 di Watson Untuk Produk Skincare

31
Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku telah habiskan RM50 di Watson untuk produk skincare. Sebelum ini aku sama sekali tidak mempunyai rutin penjagaan muka yang tetap. Setiap hari hanya pakai pembersih muka (face cleanser) sahaja. Hal ini kerana aku merasakan dengan hanya mencuci muka sahaja sudah cukup.

Selain itu aku memang tak mampu lah nak beli produk penjagaan kulit yang lain selain pencuci muka. Kalau aku beli macam suncreen, moisturizer, atau toner ke, mesti mama aku cakap "kenapa beli banyak betul? Pencuci muka sahaja kan dah cukup.."

Mama aku memang tak tahu pun pasal skincare semua ni. Aku pun memang tak tahu juga mulanya sebab tu tak berapa nak peduli sangat.

produk-skincare-watson

Kenal Pasti Masalah Kulit Muka

Aku mula berjinak-jinak dengan produk skincare ini sebab aku mempunyai masalah sunburn dan whitehead & blackhead. Disebabkan masalah tersebut aku mula tulis beberapa review produk untuk mengatasi masalah kulit yang aku hadapi.

Sejak dari itu, aku mula membaca banyak review dan artikel berkenaan skincare. Akhirnya, aku pun mencuba untuk menetapkan rutin skincare asas sebagai permulaan. Dan kesannya memang sangat berbeza berbanding tidak mempunyai basic skincare routine langsung.

Asas Penjagaan Muka

Bagi yang tidak tahu langsung macam mana nak memulakan rutin penjagaan muka. Korang boleh mulakan dengan :

1. Pencuci muka (cleanser)
2. Moisturizer (pelembap)
3. Sunscreen/sunblock

Sebelum ini aku hanya pakai pencuci muka sahaja. Antara pencuci muka yang aku telah guna adalah Safi Balqis OxyWhite (Pembersih & Penyegar 2 Dalam 1). Aku belum buat review lagi pasal tu.

Manakala untuk pelembap pula aku guna Syahirah Korean Secret Hydra Soft. Tetapi aku dah berhenti pakai sebab tidak sesuai dengan kulit aku yang berminyak dan sensitif.

Dan suncreen yang pertama kali aku pakai adalah Biore UV Perfect Protect Milk.

Aku ingatkan apabila dah ikut asas penjagaan muka ini dah cukup. Rupanya belum cukup. Sebab ada sesetengah produk itu tidak sesuai untuk aku. Ada juga produk yang tidak dapat selesaikan masalah kulit yang aku hadapi.

Maka tidak hairan lah kalau perempuan kejap-kejap tukar produk skincare selagi tidak jumpa produk yang sesuai. Kalau nak teruskan juga dengan produk yang tidak sesuai nanti breakout pula. Selain itu, kemungkinan untuk masalah lain lagi yang akan muncul.

Produk Penjagaan Muka Murah Bawah RM50

Bagi yang beginners macam aku ini susah sangat nak pilih mana produk yang bagus dan sesuai dengan kulit. Oleh sebab itulah aku mencuba untuk beli produk yang lebih murah dan mengikut kemampuan aku.

Mari lihat apakah yang aku beli di Watson dengan hanya RM50 sahaja.

1. Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite (100g) - Harga : RM12.45

Ada dua jenis pencuci muka untuk Safi Balqis OxyWhite yang aku beli ini dengan Safi Balqis OxyWhite (Oil and acne control). 

Selain itu, ada juga Safi Balqis OxyWhite (Pembersih & Penyegar 2 Dalam 1). Cuma yang ini aku dah guna. Aku sengaja nak beli yang lain supaya senang nak pilih mana lagi sesuai dengan muka dan murah.

Free Gift Ubat Gigi Safi (Double Mint) - 175g

Sebab yang kedua aku beli ialah aku dapat percuma sekali ubat gigi Safi (Double Mint). Aku tak tahu berapa harga asal ubat gigi ini.

2. Pelembap Muka Himalaya Intensive Moisturizing Cream (50ml) - Harga : RM15.82

Sejujurnya banyak pelembap yang tak sesuai dengan kulit aku. Kalau aku guna pelembap, muka aku berjerawat, whitehead/blackhead pula semakin banyak kadang kulit pula menjadi gatal. 

Disebabkan masalah begitu, aku cuba ganti pelembap dengan Serum The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. Hasilnya sangatlah puas hati. Nanti aku tulis review pasal serum tu. 

Aku tak pasti serum ini sama atau tak dengan moisturizer. Jadi, aku cuba jugalah beli Himalaya Intensive Moisturizing Cream. Hopefully sesuailah. Nanti aku buat review pasal ini di entri aku yang akan datang okay.

3. Sunscreen Biore UV Perfect Protect Milk (25ml) - Harga : RM15.30

Suncreen ini adalah botol kedua aku beli. So far pakai suncreen ini memang best! Selain itu, suncreen ini antara yang paling murah berbanding yang lain. Jadi kalau nak cari yang bajet punya, boleh cuba Biore UV Perfect Protect Milk.

4. Hado Labo Hydrating Lotion (30ml) - Harga : RM10.53

Produk Hada Labo ini kebanyakkan mahal tetapi sesuai dengan saiz jugalah. Memandangkan aku tak pernah cuba lagi, jadi aku beli yang saiz kecil sahaja (30ml). Korang yang mahu mencuba produk ini sesuai untuk kulit atau tidak boleh beli saiz kecil dahulu.

Kalau sesuai boleh beli yang saiz lebih besar punya (170ml). Harga dalam RM46 begitu. Korang boleh juga beli yang Hada Hydrating Trial Set (Wash-lotion-moisturize) punya. Anggaran harga dalam RM28 - 29 juga.

Total kesemua produk yang dibeli ialah RM52.87. Ada lebih jugalah hehe~

Sebenarnya lagi jimat kalau beli Hada Hydrating Trial Set dengan suncreen sahaja. Tak sampai RM50 pun. Cuma aku memang nak cuba pelbagai brand. Kalau korang prefer lagi nak sama brand untuk rutin skincare korang pun okay je. Tengok jenis kulit jugalah.

Memandangkan aku baru beli jadi tak dapat lagi nak buat review. Hopefully produk yang dibeli ini okay. Kesemua produk yang dibeli ini boleh di dapati di watson, guardian dan supermaket yang berhampiran.

_______UPDATE_______

Since ramai juga nak aku update review produk ini. So aku update sini secara ringkas saja lah ya. 

1. Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite (100g)

Aku suka sangat sebenarnya cleanser ini sebab banyak buih. Rasa kulit muka bersih dan kotoran pun hilang. Selain itu, pembersih muka ini memang boleh tahan lama dari segi penggunaan sehingga 2 bulan kerana ia menghasilkan buih yang banyak. Korang guna sikit sahaja. Memang jimat!

Tekstur cream dan bau sedikit wangi, tetapi tidak merengsakan kulit. Sesuai untuk kulit berminyak juga. 

Aku dah guna beberapa kali juga sebenarnya pembersih muka ini. Cuma sekarang aku dah stop. Bukan sebab aku tak suka, tetapi aku jumpa produk yang lebih sesuai dengan kulit aku yang sensitif dan berminyak.

Sekarang aku guna Pencuci Muka Simple Refreshing Facial Gel Wash. Don't get me wrong! Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite memang best tetapi aku lebih suka produk simple. 

2. Review Pelembap Muka Himalaya Intensive Moisturizing Cream (50ml)

Let me be honest! Pelembap Muka Himalaya Intensive Moisturizing Cream sangat tidak sesuai untuk kulit aku yang berminyak. Aku pakai dalam 2-3 kali sahaja. 

Serious memang tak sesuai. Muka aku terus berjerawat. Selain itu, aku rasa muka aku jadi berat sangat. Apa yang aku tahu, orang yang mempunyai kulit yang berminyak tidak sesuai menggunakan moisturizer yang jenis cream.

Jadi aku terus stop! Sekarang aku memang tak guna moisturizer. So far aku guna serum sahaja. 

Ada juga beberapa pelembap yang aku guna. Antaranya ialah Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Ini antara produk yang best juga. Tetapi aku nak cari lagi pelembap yang sesuai. 

3. Review Sunscreen Biore UV Perfect Protect Milk (25ml) 

Sunscreen ini memang best dan murah. Sedikit cair. Aku dah beberapa kali juga beli. Tetapi aku dah tak guna sebab aku dah bertukar sunscreen kepada Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel. Tekstur dia tidak terlalu cair mahupun pekat. 

Sangat sesuai untuk kulit aku yang berminyak. Selain itu juga ia cepat meresap ke dalam kulit. Dan mempunyai saiz yang lebih besar. Korang bolehlah beli kedua-dua sunscreen ini. Dua-dua pun okay juga dan affordable. 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)




Catat Ulasan

31Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. akak sejak dulu sampai sekarang produk penjagaan wajah guna neutrogena... dah lebih 10 tahun akak pakai produk yang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yg kata neutrogena bagus.. Sy belum cuba lg..

      Padam
  2. Penting sangat pakai skincare yg lengkap, apatah lagi sekarang kan musim panas. Kena protect wajah 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Umi.. Skrg musim panas muka cepat sunburn..

      Padam
  3. Aien pun masih mix and match lagi.. muka tengah dehydrated teruk macam sedih je tengok.. =_=

    BalasPadam
  4. aku pun baru habiskan rm 50 di watson hari tu. Tapi beli sabun cuci tangan. Haha. Skincare aku beli yang youth punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Shopping watson juga ya.. Jarang sy beli sabun cuci tgn.,

      Padam
    2. tiba-tiba bah macam addicted mencari segala jenis sabun since wabaks ni

      Padam
  5. masuk watson selalu kak pip habis belanja beli shower gel .

    BalasPadam
  6. dulu2 KG masuk watson sbb cari produk mekap..lepas tu pandai p pusing cari macam2 produk😅
    .

    pasal produk skincare..akak ni pun x ilmu lepas baca entri ni baru tau perlu moisturizer la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Pandai melencong beli brg lain kan kalau masuk watson

      Padam
  7. Lama mama x shopping mcm Ni.. skrg beli online je semua hihi

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. hehe.. kalau sy mmg sesuai sgat pakai biore sunblock tu

      Padam
  9. saya pun still guna face cleanser je.. tapi sebab skrg pun memang tak keluar rumah... malas pulak nak survey skincare (banyak kali dah survey cuma belum berani try, takut breakout)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun takut juga nak try .. sy cuma cuba 3 hari saja.. kalau takda masalah sy akan teruskan saja guna.. so far alhamdulillah takda masalah juga

      Padam
  10. Sunscreen biore dengan hada labo hydrating lotion tu je pernah try, pencuci muka safi and pelembap muka Himalaya tu tak pernah try lagi.

    BalasPadam
  11. Sunscreen tu paling bagus. Tapi kena selalu apply la. Part tu tak rajin sangat. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kena rajin apply.. sy jarang keluar rumah.. haha.. jadi pakai pun sekali ja

      Padam
  12. aida tgh cari masa free ni singgah watson.
    beli kan cleanser anak2 dara.

    BalasPadam
  13. saya hari itu hampir RM50 habis hanya membeli jajan sahaja

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !