Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Review Syahirah Korean Secret Hydra Soft | Rahsia Kulit Sentiasa Lembap

Sii Nurul
19
Asalamualaikum
Bismillah

Nak tahu apa rahsia kulit wajah kita supaya sentiasa lembap dan segar berseri? Jawapannya ialah  Syahirah Korean Secret Hydra Soft dengan 3x ganda hidrasi membantu membekalkan kelembapan pada kulit wajah. 

Pada minggu lalu, aku dan adik perempuan pergi kat watson untuk cari cleanser dan moisturizer yang sesuai. Kulit aku jenis berminyak dan sensitif. Aku tak tahu pelembap mana yang sesuai untuk wajah aku. Walaupun dah baca banyak review daripada blogger lain, tetap aku masih bingung nak pilih yang mana. 

Jadi aku buat keputusan untuk mencuba produk keluaran SYAHIRAH. 

Manfaat Syahirah Korean Secret Hydra Soft

Syahirah Korean Secret Hydra Soft krim pelembap 3x hidrasi membantu melembapkan kulit wajah agar kekal berseri. Dengan rumusan daripada Tri-Flower Essense membantu memberi kelembapan yang lebih lama pada kulit wajah. 

Selain itu, krim pelembap ini juga mengurangkan kerengsaan pada kulit serta mempunyai manfaat antioksidan. Dengan produk ini ia mampu membantu mencerahkan wajah. 

Kandungan Bahan

Water, Cyclopentasiloxane, Glycerin, Butylene Glycol, Sodium Carbomer, Olive Oil PEG-7 Esters, Panax Ginseng Flower Extract, Camellia Sinensis Flower Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Pentylene Glycol, Cetearyl Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Fragrance, Fructose, Urea, Citric Acid, Sodium Hydroxide, Biosaccharide Gum-1, Maltose, Sodium PCA, Sodium Chloride, Sodium Lactate, Trehalose, Allantoin, Sodium Hyaluronate, Glucose, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Chlorphenesin


Harga : RM11.90 (Aku beli time promosi)

Cara Penggunaan

Senang je nak pakai krim pelembap ini. Hanya perlu sapu dan urutkan dengan lembut pada muka dan leher. Biasanya aku akan pakai pelembap selepas cuci muka. Lepas tu barulah pakai sunblock untuk perlindungan daripada sinaran UV. 

Packaging

Aku sangat suka packaging syahirah nie sebab comel. Mudah untuk dibawa ke mana yang kita suka. Sumbat saja dalam beg. Selain itu, aku suka bentuk produk yang direka nampak lebih esklusif dan menarik. Mempunyai daya tarikan yang tersendiri. 


Review Syahirah Korean Secret Hydra Sof

Syahirah Korean Secret Hydra Soft ini mempunyai tekstur yang ringan dan mudah menyerap ke kulit untuk kekal lembap dan mulus sekata. Kalau dilihat pada gambar, krim pelembap ini kelihatan tidak berwarna. 

Dari segi bau pula, krim syahirah mempunyai bau yang menyenangkan dan wangi. Ia dirumus khas dengan isian agen penghidratan dari Tri-Flower Essense - Bunga Ginseng, Chamomile dan Green Tea.  

Setakat ini aku telah lebih seminggu menggunakan produk ini. Alhamdulillah kulit wajah aku nampak lebih segar dan sedikit glowing gitu. Mungkin inilah rahsia artis korea nampak lebih sihat dan cantik kan kerana mereka sangat menjaga kelembapan kulit. 

Produk ini dikatakan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. So far, sepanjang penggunaan krim pelembap ini tiada masalah yang aku hadapi. Oleh itu, aku cadangkan kepada korang untuk menggunakan produk ini sekiranya korang pun tengah mencari moisturizer yang sesuai. 

Repurchase?

Yes, aku bercadang untuk beli lagi pada masa akan datang. Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya utama dan farmasi terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati :

Talian Kecantikan: 03-87379122

Apa pendapat korang? Pernah cuba tak produk SYAHIRAH? Ada tak pelembap lain yang korang rasa best? Kongsikan di komen ya.

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. anak kak ana pernah guna ni dulu, okay je dengan dia masa tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah kalau okay.. mungkin jenis kulit kita sama ..

      Padam
  2. yg ni xsesuai ngn kulit sy..
    asal kulit kering jd berminyak teruk lps pakai.. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh yea ke.. alahai.. skrg ezy guna pelembap apa?

      Padam
  3. wauu boleh jadi korean ni bila pakai. korean secret gitu hehe

    BalasPadam
  4. tak pernah try produk syahirah. biasa safi. ni pun dah stop pakai safi sebab sekarang tiba2 muka jadi kering sangat. entah kenapa.

    BalasPadam
  5. Zaman anak dara dulu pernah la try.. Dah lama tak guna produk ni... Tapi adik saya guna jenama ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg produk ini kebanyyakan sesuai utk remaja..
      tp sy yg bukan remaja pun guna juga hahaha

      Padam
  6. shu dah xboleh pakai produk2 ni, muka berminyak.. hukhuk

    BalasPadam
  7. nice review.. masih tercari2 lagi pelembab yang bersesuaian :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun baru berjinak2 nak pakai pelembap hahaha

      Padam
  8. nak belikan kat anak pompuan tu. moga serasi...

    BalasPadam
  9. ingredients dia bagus, harga pun mampu milik tapi cuak sikit sebab packaging dia kaca, pulak saya ni jenis cuai hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. ada yg tak berapa suka yg kaca kan..

      Padam
    2. sy ada mention di entri tu Kandungan Bahan (ingredient)...
      Dirumus khas dengan isian agen penghidratan dari Tri-Flower Essense - Bunga Ginseng, Chamomile dan Green Tea.

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write