Cara Print Gambar Polaroid

34
Assalamualaikum
Bismillah

Ada dua cara untuk aku print gambar polaroid di rumah menggunakan printer sahaja. Gambar yang aku nak print ini aku dah siap edit semuanya. 

Ada banyak cara untuk korang edit gambar. Tidak semestinya menggunakan Canva sahaja. Korang boleh edit menggunakan microsoft word atau mana-mana apps di smartphone korang. 

Cara Print Gambar Polaroid

Cuma yang paling penting sekali korang hanya perlu Glossy Paper dan Printer sahaja. Kalau boleh pakai printer yang jenis inkjet sebab kualiti gambar lebih baik dari printer laser. Cuma aku kan memang dah ada printer, jadi guna sahaja apa yang ada. 

Bahan yang aku gunakan untuk print gambar adalah :
  • Printer (Aku guna HP Deskjet 1515)
  • Glossy paper Brand Kodak (Photo glossy paper for Inkjet Prints) - Apa-apa brand pun okay je

Baca Sini : Cara Edit Gambar Polaroid Menggunakan CANVA (step by step)


Cara 1 : Print gambar menggunakan Microsoft Word 

print gambar guna microsoft word

Seperti biasa buka Microsoft Word korang. Insert gambar yang dah kena edit. Korang boleh ubah brightness dan contras di bahagian format. Pilih Correction. 

Klik format untuk resize gambar polaroid korang. Dah puas hati, tekan print.

print gambar microsoft word

Bahagian ini senang je. Korang hanya print seperti biasa korang print assignment. Cuma pastikan korang dah set kepada photo paper. Kalau korang print guna plain paper kualiti gambar tak berapa baik. 

Cara 2 : Print gambar melalui images

Print gambar melalui images


Aku selalu guna cara kedua ini untuk print gambar polaroid. 

Apa yang korang perlu buat ialah buat satu folder baru untuk korang print gambar yang korang mahu. Pilih mana-mana gambar yang korang mahu print dan compile dalam folder tu.

Buka folder tersebut, klik (Ctrl+A) atau select all photo. Tekan Right Klik dan Print. 

Cara Print Gambar Polaroid


Bahagian ini senang je nak adjust :

  • Printer : Pilih printer yang korang guna
  • Paper size : A4
  • Quality : Automatic
  • Paper type : Glossy paper/photo paper

Seterusnya korang nak print macam mana? 
  • Full page photo 
  • 13 x 18cm (2 keping)
  • 9 x 13 cm (4 keping)
  • 20 x 25cm (1 keping)
  • 10 x 15cm (2 keping)
  • wallet (9 keping)
  • contact sheet (35 keping)

Cara untuk tingkatkan kualiti gambar :

  • Gunakan kertas A4 untuk gambar seperti glossy paper atau matte paper
  • Print dengan cara yang betul. Adjust di bahagian setting terutama sekali bahagian paper size, quality dan paper type. 
  • Gunakan effect gambar yang lawa
  • Guna printer jenis inkjet (kalau takda guna je apa yang ada pun boleh)

Cara Print Gambar Polaroid

Alhamdulillah, so far gambar yang aku print memang tahan lama. Yang penting tidak terdedah sangat dengan udara dan cuaca yang panas. Nak lagi bagus simpan dalam frame atau album. Selamat mencuba! 

Tags

Catat Ulasan

34Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. senang jeeee! nt boleh print gmbr byk2.. puas hati..! hehe

    BalasPadam
  2. I was privileged to read your post. and I left a comment. so great to meet you. I’m “following” you. I hope you have a great weekend.

    BalasPadam
  3. terbaek.. terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam
  4. Bulih try untuk cuci gambar kerja sekolah anak-anak.

    BalasPadam
  5. nice sharing. buleh try cuci gambar pasni buat banyak2 puashati

    BalasPadam
  6. Biasa sekarang print gambar passport je guna glossy paper. Step lebih kurang

    BalasPadam
  7. senang boleh print gambar sendiri. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  8. Wow..Tak sangka pakai Microsoft Word pun boleh buat macam ni. Good idea!

    BalasPadam
  9. Jimat kan print sendiri..rabia tak sempat nk print sendiri gmbr that why rabia pergi ke kedai gambar . cuci gambar dan beli album

    BalasPadam
  10. lah.. senang nya.. tk nurul sudi berkongsi

    BalasPadam
  11. Kalau photo paper yang jenis kecik tu boleh ke?

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Polaroid pkai glossy paper ke matte paper? Glossy paper macam mana ek?

    BalasPadam
  14. Hai saya nak tanya . Memandangkan glossy paper ni ada yang mahal dan tak . Adakah yang mahal tuk mempengaruhi keterangan hasil polaroid ?

    BalasPadam
  15. Kak kene edit dulu ke dalam telefon

    BalasPadam
  16. Glossy papers berapa 'gsm' ..?

    BalasPadam
  17. Gambar tak rosak ke kalau kita gosok...mcm mana nk buat gambar tak rosak time kita gosok yee

    BalasPadam
  18. Gambar tak rosak ke kalau kita gosok...mcm mana nk buat gambar tak rosak time kita gosok yee

    BalasPadam
  19. Hai sis thanks for sharing 💕 saya nk tnya , knp lepas saya print ,gmba ade garis2 pnjg ehh?saya guna paper glossy dan dh set kt komputer semua dah. Tapi masih ade nmpk garis2 pnjg .knp ye?

    BalasPadam
  20. Terima kasih di atas info cik..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !