DIY Album Gambar Bajet Guna Fail Je

35
Assalamualaikum
Bismillah

Apa khabar blogger sekalian? Aku berharap korang semua dalam jagaan Allah SWT. Dah lama tak buat entry tentang DIY. Sebelum balik kampung dulu, aku ada buat DIY Album Gambar Bajet. Masa tu memang takda masa dah nak beli album sebab kelam-kabut kan nak packing barang.

Dulu tak macam sekarang, boleh sent gambar di whatsapp. Kalau rindu boleh voice chat ataupun video call keluarga kat kampung. Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan ini, walaupun tak dapat balik ke kampung, sekurang-kurangnya dah boleh berkomunikasi menggunakan smartphone sahaja.

Jadi semakin lama dah semakin kurang yang cuci gambar dan simpan dalam album. Handphone pun bukan main canggih lagi. Memori pun besar boleh memuatkan beratus ribu gambar.



Masih adakah yang berminat dengan cara lama? Cuci dan simpan gambar untuk anak-anak tengok. Aku masih menggunakan cara lama iaitu cuci semua gambar dan albumkan supaya gambar tak hilang. 

Bila-bila masa boleh belek album dan berkumpul bersama keluarga sambil cerita kenangan yang ada dalam gambar.

Bukan tak nak simpan dalam pendrive, CD, hardisk ataupun memori cuma aku dah serik bila hardisk kena virus dan terpaksa format. Letak dalam pendrive dan CD, boleh pula hilang. 

Huhu~ Sedih tau sebab bukan boleh kembali ke masa lalu. Gambar yang hilang tu bukan sikit. Memang menyesal sangat sebab tak cuci gambar awal-awal.

So, sekiranya korang seorang yang suka simpan gambar dalam album, bolehlah DIY Album Gambar Bajet Guna Fail Je. Aku tak tahu macam mana boleh datangnya ilham nak buat album menggunakan fail ni.

Puas aku cari album photo tetapi tak jumpa. Jadi, aku pun buatlah Simple Album Photo dengan kreativiti aku sendiri. Memandangkan aku ada sekotak barang-barang perhiasan untuk DIY, aku hanya perlu beli fail sahaja yang berharga RM 3.50 di Supersave.

DIY Album Gambar Bajet Guna Fail Je







Simple ja kan? Selain menjimatkan duit, dengan album photo menggunakan fail ini boleh memuatkan LEBIH DARIPADA 300 KEPING GAMBAR dalam 1 fail (bergantung dengan kreativiti sendiri). Aku hanya menggunakan 16 muka surat sahaja, itupun dah lebih 60 keping gambar. Hehe

~Selamat mencuba~ 

Tags

Catat Ulasan

35Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. betul, jimat dah kalau guna fail je..senang pun senang. tq for sharing this tutorial :)

    BalasPadam
  2. wawww.. jimat and puas hati.. mau try jugakla nt.. tq for share babe..

    BalasPadam
  3. nampaknya kena cuci lah gambar gambar dalam phone ni, baru boleh buat album haha

    BalasPadam
  4. Rajinnya Nurul. Siqah bercinta nak buat ni. Hihi. Tengah berfikir juga untuk print semua gambar dalam phone. Nak jadikan album.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ilham tiba2 dtg Siqah Hussin ,, just bwat simple2 ja

      Padam
  5. Wahh , cara baru . Tak yah beli album mahal mahal dah , hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yea .. just guna fail je Syazwani Zunidan

      Padam
  6. Creative la Nurul ni, Mai pun tak terfikir nak buat macam ni. Thanks for the idea. Mai suka aktiviti yg memaksa kita jadi kreatif ni.

    BalasPadam
  7. lawa giler...thanks for the idea

    BalasPadam
  8. lawa giler...thanks for the idea

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Yup jimat cgat.. tak yah beli album mahal2 dah

      Padam
  10. oh you put fancy patterned papers. kreatif nya.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  11. ooooh this one is cheapest than buy a photoalbum. gotta try it ><

    BalasPadam
  12. haah lah. tak terpikir pulak kan. selalunya fail cm ni buat letak sijil je. hahahaahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sy pun terfikir macam tue juga mulanya,, tetapi ini last minit punya idea keluar

      Padam
  13. Menariknyee hehe. Lama tak buat diy camni

    BalasPadam
  14. Nice terima kasih bagi idea. Memang pedih bila semua gambar terpadam dalam memory card. Huhuhu

    BalasPadam
  15. Selalu jugak usha album gambar kalau gi kedai.. lepas ni, buat sendiri jelah ahahha thanks for the idea ;)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !