Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum
Bismillah

Memandangkan dah masuk cuti semester, agak molek jika aku cuba Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan. Sebelum tu, kalau korang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti. Boleh baca Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester

Aku bab baking ni aku paling sukalah. Tak tahulah kenapa. Bukannya teringin nak makan sangat pun, cuma saja je nak mencuba dengan bahan-bahan untuk membuat Kek Pisang pun mudah dan simple. Sukatan pun menggunakan cawan ja tak payah nak timbang.

Bahan-Bahan
1.  5 biji pisang emas
2. ¾  cawan gula
3. 1 cawan minyak masak
4. 3 biji telur
5. 2 cawan tepung
6. Secubit garam
7. 1 camca esen vanilla

Cara membuatnya

1. Letakkan pisang ke dalam pemutar.

2. Kemudian letakkan gula dan telur yang dicampurkan dengan minyak masak

3. Selepas itu, masukkan tepung dan gaulkan

4. Bakarkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius.

5. Bakar selama 40 minit

Tips tambahan

- Boleh tambah 1 sudu soda bikarbonat dan 1 sudu baking powder.
- Gantikan minyak masak dengan melted butter pun boleh.
- Kalau korang nak guna brown sugar pun boleh ataupun gula kastor.

Selamat Mencuba!