Patutkah Kerja Sambil Belajar?

Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak melawat blog nie. Selepas kejadian yang tidak disangka berlaku minggu lepas aku rasa agak sedikit tekanan. Tambahan pula dengan kesihatan yang tidak berapa baik sejak belakangan ini sedikit sebanyak mengganggu fokus aku untuk belajar. 

Alhamdulillah, aku dah lepas presentation untuk Subjek Kaunseling Industri minggu nie walaupun persediaan agak kelam-kabut but still presentation aku mendapat pujian daripada pensyarah dan rakan-rakan. Hehe


Aku sebenarnya nak cerita kisah housemate lari part 2 sambungan entry lepas haha tapi nantilah. Tak pasal-pasal aku jadi mood swing tengah-tengah malam nie. So malam nie aku nak cerita sikit pasal kerja sambil belajar. 

Nak tanya siapa yang pernah kerja sambil belajar? Angkat kening ^^ hahaha Patutkah kerja sambil belajar?

Aku dah banyak pengalaman kerja sambilan masa cuti. Setiap kali cuti sekolah ja aku akan cuba cari kerja part time selama seminggu atau kadang sebulan bergantung dengan lamanya cuti sekolah. Aku mula berjinak-jinak dengan kerja sambilan nie semasa umur 14 tahun lagi (Tingkatan 2). Dan kali terakhir aku bekerja sebelum aku masuk ke Universiti Malaysia Sabah. 

Agaknya kalau nak apply job bolehkah masukkan pengalaman kerja sambilan tu? hahaha~

Mungkin ada yang hairan, awalnya kerja? Aku pun tak tahu apa yang mendorong aku untuk bekerja pada usia awal. Mungkin sebab ekononi keluarga yang tak seberapa. 

Lagipun parents aku tak kata banyak sangat kalau aku kerja. Asalkan tidak menggangu pelajaran. Dan aku tak susahkan keluarga untuk bagi belanja kat aku. Dan apabila aku bekerja, aku mula faham sebenarnya nak cari duit tu bukannya perkara yang mudah. Sejak dari tu aku dah mula segan nak minta family belikan macam-macam kat aku.

Walaupun aku dah banyak kali kerja part time. Aku cuma ada sekali saja pengalaman kerja sambil belajar. Itupun semasa aku di Tingkatan 6. Apa beza kerja part time dengan kerja sambil belajar? Kerja part time pada pandangan aku adalah seseorang yang bekerja dalam tempoh singkat. 

Manakala kerja sambil belajar pula ialah seseorang yang masih bergelar pelajar di sekolah ataupun penuntut di kolej mahupun universiti yang masih belajar namun bekerja dalam masa yang sama. Hmmm macam takda beza ja kan maksud tu.. Lupakan ja.

Berbalik kepada cerita pengalaman aku bekerja sambil belajar semasa di Tingkatan 6 tu pun secara tidak sengaja. Rezeki tak diduga. Seperti biasa semasa cuti sekolah, aku ambil peluang untuk mencari kerja, tetapi selepas habis cuti bos aku tu offer aku kerja sabtu dan ahad pula. Alhamdulillah, walaupun aku rasa agak sibuk dengan study Isnin sehingga Jumaat, hujung minggu pula sibuk kerja tetapi sedikit pun tidak menganggu fokus aku untuk belajar.

Salah satu manfaatnya apabila bekerja sambil belajar adalah kita kurang untuk menghabiskan masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Bayangkanlah, weekdays korang ke kelas pada hujung minggu pula korang bekerja. 

Memang takda masa sangat nak fikir benda lain. Haha Kalau ada masa free pun aku pasti akan sibuk untuk siapkan tugasan supaya tidak bertangguh. Dalam kelas pula aku akan cuba berikan fokus yang sepenuhnya pada kuliah dan buat revision kejap.

Thats why lah masa aku Tingkatan 6 dulu, kawan aku tegur aku nie rajin sangat belajar dalam kelas. Hahaha Kadang kalau ada masa aku akan cuba siapkan homework pada hari itu juga. Sebab aku tahu apabila aku kat rumah aku memang tak ada masa pun nak layan homework semua tu, apatah lagi nak ulangkaji. Memandangkan aku kakak sulung jadi aku memang agak sibuk dengan urusan kat rumah. Lagi-lagi kalau ada adik-beradik yang ramai. Kecil-kecil pula tu. Hahaha

Ada orang dia tak boleh bekerja sambil belajar kerana susah nak bagi komitmen. Mana nak fokus belajar, mana lagi nak siapkan tugasan, kerja lagi. Jadi mungkin dia akan jadi serabut dan susah nak urus masa dengan baik. Terpulang dengan individu masing-masing sama ada nak bekerja atau tidak. Bagi aku memang agak penat dan stres sikit. 

Tetapi makin aku sibuk dengan belajar dan kerja aku akan kurangkan masa dengan perkara yang kurang bermanfaat. Dalam erti kata lain, aku manfaatkan masa 24 Jam itu dengan sebaik-baiknya. Kalau aku rasa bekerja itu menjejaskan pelajaran aku, then aku berhenti sajalah.

Sebab itulah sebelum nak bekerja sambil belajar kena fikir masak-masak. Kalau sebelum ini korang aktif dengan persatuan atau kelab, apabila dah mula kerja mungkin korang terpaksa kurangkan aktiviti kelab sedikit. Apapun dari kau saja bah tue (kata orang Sabah)

Akhir kata, mulai hujung minggu nie (Sabtu dan Ahad) aku dah mula bekerja di Shopping Mall 1Borneo berdekatan dengan UMS. Yup! Bekerja sambil belajar. Pada mulanya kawan aku ajak cari kerja part time. Aku just isi ja borang tu kononnya nak teman dia ja. Tak sangka pula rezeki aku yang dipanggil untuk bekerja. Kawan aku tu pula yang tak dapat huhu~

Lama dah aku tinggalkan zaman bekerja nie. Jadi ada jugalah rasa nervous nak bekerja lagi balik haha. Apapun thanks sebab sudi layan aku membebel tengah malam. 

Pertama Kali Shopping SGShop

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah tak sangka pertama kali join giveaway SGShop pertama kali juga menang giveaway ini. Yeeeeppiiii~~ Walaupun sebelum ini agak kecewa dengan SGShop siapa sangka rezeki memihak kepada aku. Ehh bila masa pula aku kecewa ini? Baca kat SINI 


Kredit image : dululainsekaranglain

Pada Ogos yang lalu, aku telah join ‘SGshop Merdeka Giveaway‘. Ada 2 list barang daripada SGShop yang aku nak beli sekiranya aku menang giveaway ini.

Lepas tue baru-baru ini aku ada nampak pula blogger post tentang pemenang giveaway. Pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori blogger dan kategori terbuka. Alhamdulillah rezeki aku kerana tercalon sebagai "Pemenang SGshop Merdeka Giveaway" Kategori Blogger dengan memenangi shopping kredit SGshop Malaysia bernilai RM100. 

Tahniah kepada pemenang! Baiklah selesai pasal tu. Aku nak cerita pula apa aku shopping kat SGShop ni huhu~ Pertama Kali Shopping SGShop tau hahaha. Lagi satu aku tak tau pula kalau shopping kat situ mahal sangat shipping kena cas huhu.

Inilah antara list barang yang telah ditempah. Alhamdulillah sekarang dalam proses penghantaran ke Malaysia. Dalam sebulan macam tu sampailah huhu. 


Price : RM9.93 


Price : RM18.03


Price : RM14.11 

Itu saja. InsyaAllah apabila barang dah sampai. Nantikan review aku lepas ini ya hehe~



Resepi Telur Rebus Masak Sos

Assalamualaikum
Bismillah

Tengah hari tadi aku main masak-masak kat dapur haha. Cuti hujung nie lah aku manfaatkan masa untuk belajar memasak. Orang kata belajar sampai degree pun tak guna kalau dapur tak berasap. Kasihan bakal suami aku nanti dapat bini yang asyik tapau makanan saja. Hahaha


Actually resepi nie pun semua orang boleh buat, terutama bujang macam aku nie hehe. Aku tak pandai sangat masak makanan yang berat-berat nie. So, untuk makan tengah hari tadi aku masak Telur Rebus Masak Sos hahaha. Tak pandai sangat nak bagi nama nie.

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur (yg sudah direbus) 
  • 1 ulas bawang besar 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji kentang 
  • garam secukup rasa 
  • 1 mangkuk kecil sos cili 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1/2 gelas air 
Note : Bahan tu ikut korang sendiri nak letak apa pun tak kisah haha ~

Cara-cara memasak : 

  • Hiris atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. 
  • Hiris bawang besar 
  • Potong kentang mengikut kesukaan (potong dadu) 
  • Panaskan kuali dengan minyak. Tumis bawang merah dan bawang puith. Biar sampai naik bau. 
  • Masukkan bawang besar dan kentang sekali. 
  • Masukkan sos cili dan setengah gelas air. Gaulkan dan tunggu hingga mendidih. 
  • Masukkan garam secukup rasa dan gula. 
  • Sediakan telur rebus. Suka hati nak potong dua atau tidak. 
  • Masukkan telur rebus ke dalam kuali. 
  • Gaul hingga sebati. 
  • Dah siap! Boleh hidangkan kat family. 
Beginilah kalau orang bujang kan? Haha. Masakkan pun bukannya special. Yang penting orang rumah suka makan. hahaha~~



Wajah Baru Blog Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku terfikir nak tukar wajah baru blog. Sejujurnya aku suka sangat dengan blog aku sekarang nie. Lagi-lagi my fav blogger Mayy Jie yang make over kan siapa yang tak suka. Kalau korang berminat nak merasa hasil sentuhan Mayy Jie boleh klik "TEMPAHAN EDIT RESPONSIVE TEMPLATE"

Walau bagaimanapun hatiku tergugat dengan post-post Sis Hawa kita nie sebab ramai yang tempah kat dia. So, nak jugalah kan merasa hasil tangan Sis Hawa.

Untuk menghargai jasa baik Sis Mayy Jie kita aku juga dah backup template tu. Manalah tau rindu nak guna balik kan. Aku suka dengan orang-orang kreatif nie sebab sedar diri juga memang aku tak kreatif hahaha.



Ohh template ~ I will be missing you. Thank you kerana setia berkhidmat dengan aku. 


Dah lama mengidam template bertukar wajah. Alhamdulillah Sis Hawa memang terbaik dan senang nak dibawa berbincang. Tambahan pula aku agak cerewet sedikit. Dari segi pakej harga pula memang murah dan sangat berbaloi. 

Dan yang paling bestnya, Sis Hawa edit rasanya tak sampai 3 hari pun. Yang lama tu pun menunggu giliran ja. Nampak sangat ramai pelanggan dia. Bulan lepas ja pun Sis Hawa designkan lebih daripada 20 orang pelanggan. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Setelah menunggu dengan sabarnya. Inilah hasilnya yang korang tengok sekarang. Apa pendapat korang tentang Wajah Baru Blog Sii Nurul?


Tadaaa~ hasil tangan Sis Hawa.



Kalau korang berminat nak tempah edit blog daripada Sis Hawa boleh hubungi melalui FB atau email

FB : Siti Awadah
email : sishawadesign@gmail.com


Resepi Quaker Oat [Kuih Keria]

Assalamualaikum
Bismillah

Dulu aku ingatkan Kuih Keria dengan Kuih Gelang nie sama saja. Rupanya ada juga bezanya dari segi rasa. Kalau dari segi bentuk atau rupa memang nampak sama. Hidangan ini sangat sesuai untuk minum petang bersama seisi keluarga.


Image via Quaker Malaysia


Ingredients
  • 400 g (1 whole medium) sweet potato with skin
  • 30 g (1/2 cup) instant oat
  • 125 g (1 cup) self-raising flour
  • 50 ml ( 1/4 cup) milk
  • 30 g (2 tbsp) sugar
  • Salt to taste
  • 250 ml (2 cups) oil

Methods
  • Boil the sweet potato until tender
  • Remove sweet potato & mash it evenly
  • Mix the mashed potato with the oats, self-raising flour, milk, sugar & salt into a smooth paste
  • Divide into 8 portions and shape it into a doughnut with your hands
  • Heat two cups of oil in a deep frying pan
  • When the oil is hot, fry the shaped mixture (keria) on medium heat until the color turns into golden brown
  • Drain the excess oil from the keria and toss the keria in a coated sugar
  • Remove the keria from the coated sugar and it is ready to serve



Apa yang nampak berbeza resepi ini berbanding resepi lain kerana Kuih Keria ini diadun bersama bahan utama iaitu Quaker Oats

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Assalamualaikum
Bismillah

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Alhamdulillah, Cashout SushiVid Has Been Approved

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah. Terima kasih sangat kepada sesiapa sahaja yang sudi terima invitation SushiVid kat email. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki. Sebenarnya SushiVid ini aku dah lama join. Cuma masa tu aku tak tahu lagi macam mana nak promote dan naikkan income tu.


SushiVid ini merupakan platform yang sangat bagus untuk menjana income dalam nilai USD. Malah pendaftaran pun secara percuma. Hanya perlu memenuhi salah satu daripada 3 syarat tersebut :
  • YouTubers: 250 subscribers
  • Instagrammers: 2,000 followers
  • Bloggers: 2,000 visits every month
Melalui SushiVid inilah kita boleh menjana income dengan propose mana-mana pengiklanan yang sedang berlangsung. Malah kita bebas untuk memilih kempen atau review yang ada. Sekiranya proposal kita diluluskan boleh dapat income minimum USD20. Alhamdulillah, aku dah join SushiVid ini tak sampai seminggu dan setakat ini telah mengumpul sebanyak USD26.32.



First time merasa USD ~~~ huhuhu

So, macam mana tips nak naikkan income SushiVid ni?

1. Rajin promote Unique Referral Link korang kat facebook, twitter, dan email.



Sebenarnya ini ja yang aku buat sepanjang seminggu. Alhamdulillah dalam 2 3 hari income perlahan-lahan akan naik. Dalam lebih 50 email invitation yang aku hantar, ada 5 orang yang dah sign up. Terima kasih sangat. Semoga kalian dimurahkan rezeki.

2. Promote SushiVid di Facebook page atau instagram korang. 


Setiap kali ada yang sign up, aku akan ucapkan terima kasih kat facebook page sekaligus promote referral link tue. Aku happy sebab ada juga yang sudi terima email invitation tu. 



3. Jangan Abaikan Google+ Kerana Ia Juga Membantu

Manfaatkan semua media sosial yang kita ada. Kalau korang ada join group atau communities di Google Plus, jangan lupa promote dan invite rakan-rakan lain manalah tau ada yang terlepas pandang. Daripada 100 invitation pasti ada 1 orang yang berminat. Huhuhu~

Semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu korang. 




Alhamdulillah, Cashout SushiVid Has Been Approved !! huhuhu~


Bagi yang belum register boleh >> Sign up kat SINI<< 

Lirik Lagu Nastia - Rapuh

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nastia - Rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh rapuh
Tanpamu ku rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah 




Enjoy the song ~


© all rights reserved
made with by templateszoo