Bismillah
Dah hampir setahun aku padam akaun Twitter & Linkedin. Tahun ini aku uninstall Facebook dan Instagram pula.
Jadi aku minta maaf sangat yang cuba mesej aku di Facebook atau Instagram tetapi aku respon lambat. Kenapa aku uninstall kedua-dua akaun ini kerana ingin menjaga kesejahteraan mental diri sendiri.
Sebab kedua aku mungkin overconsuming social media kot.
Kalau ada yang nampak aku posting di facebook atau Instagram sebenarnya aku buka dari laptop. Aku rasa berbeza apabila buka apps di handphone dengan di laptop.
Apabila aku buka fb di laptop aku tidak fokus sangat untuk scrolling dan baca apa yang ada di fb. Aku cuma buka fb dan lihat notification, messenger dan update status. Then kalau tiada yang penting terus tutup laptop.
Begitu juga Instagram, kalau buka dari laptop tak berapa best sangat. Jadi aku tidak buka instagram melainkan untuk post stories tentang isu palestine, update status atau post sesuatu untuk kenangan.
Menggunakan platform media sosial melalui laptop memberikan pengalaman yang berbeza daripada menggunakan aplikasi di telefon pintar, dan ini sangat membantu aku dalam mengurangkan penggunaan yang berlebihan.
Kadang facebook dan instagram banyak sangat posting yang toxic tentang rumahtangga. Aku boleh saja abaikan but it's too much for me to handle.
Ada benda viral semua orang nak ulas pendapat masing-masing. Aku tak boleh nak kontrol apa orang lain nak post sebab semua itu hak dan tanggungjawab masing-masing. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih apa yang mereka pilih untuk terlibat atau tidak terlibat di dalam media sosial.
Apa kita tulis, kongsi,dan komen semuanya akan dipertanggungjawabkan.
Oleh sebab itulah apa yang aku boleh kawal ialah tindakan aku sendiri dengan unistall facebook dan instagram. Mungkin orang kata aku jenis tak nak follow isu semasa.
But it's better for me.
cikkak ada try install apps Omi dan Litmatch tak.. hehe
BalasPadamBagus sangat cara macam ni, saya nak buat tapi belum ada kekuatan
BalasPadamYa ,kadang2 posting di sosmed banyak toxic, bosannya dengan isu yang tidak penting tapi ada bagi effect emosi kepada kita. Cuya pon malas guna ig.. guna fb sekadar untuk membeli buku saja
BalasPadamKita pun dah lama sebenarnya uninstall aps facebook, twitter, instagram semua tu dekat phone. Buka dekat pc je mudah sikit
BalasPadamSaya masih guna FB tapi masa kerja rasmi sahaja...lain daripada itu saya layan Youtube
BalasPadambetul tu nurul. byk toxic skrng dari social media. yang mana kita boleh elak, kita elakkan untuk jaga mental health.
BalasPadam