Dah Habis Bercuti di Mersing, Johor

Assalamualaikum
Bismillah

Lamanya tak update blog. Rindu tetapi mood nak bercuti masih belum habis. Tahun 2023, ini kali pertama kami bercuti jauh sikit. Walaupun masih berada di kawasan Johor juga. 

Cuti kali ini boleh dikatakan antara wishlist aku dan suami iaitu nak bercuti di Mersing, Johor. 

bercuti-di-mersing

Antara sebab kami memilih untuk ke Mersing sebab banyak pantai. Aku tak pastilah kalau orang Sabah yang lain, tetapi aku dan suami sukakan alam semula jadi. Apabila melihat pantai atau gunung, terubat sedikit dengan kampung halaman di Sabah.

Alhamdulillah, walaupun suami dapat cuti selama seminggu, kami cuma berada di Mersing selama 3 hari 2 malam sahaja. Nak bercuti lama-lama pun tengok bajet juga. Hahaha

Sebelum bercuti memang dah buat perancangan sebulan awal. Cuma tarikh nak cuti tu saja tak confirm. Jadi apabila tarikh tak confirm lagi susah sikit nak cari tempat penginapan. 

Berfikir lama jugalah nak menginap di hotel, homestay, resort atau chalet. 

Kalau nak save bajet, hotel adalah pilihan utama. Kalau nak pilih homestay pula, kami cuma berdua saja.

Jadi disebabkan kami mahu menginap di kawasan yang dekat dengan pantai jadi resort dan chalet antara pilihan kami. 

Antara tempat yang kami merancang nak menginap ialah :
  • Kampung Stay, Teluk Buih
  • Fishing Bay Resort
  • Villa De Papan
  • Air Papan Chalet, Kampung Air Papan Laut
  • Mersing Beach Resort
Bajet nak menginap dalam RM500-600 untuk 3 hari 2 malam di Mersing. Apabila dah confirm tarikh bercuti, hanya Fishing Bay Resort sahaja yang available. Dan Fishing Bay Resort adalah pilihan suami kerana resort tersebut berhadapan dengan pantai.

Sebelum nak jalan jauh, suami memang periksa kenderaan 2-3 hari awal. Kami servis kereta, check aircond, sediakan spare tayar, barang-barang penting sekiranya berlaku kerosakan atau emergency sepanjang dalam perjalanan. 

Maklumlah, yang tahu memandu cuma suami, jadi memang banyak kena periksa. 

Aku pula packing barang-barang yang penting seperti pakaian, makanan, barang-barang mandian dan ubat-ubatan. 

Walaupun sebelum ini pernah pergi Melaka tetapi cuti kali ini memang nervous sedikit sebab aku dan suami cuma berdua. Aku risau juga dengan suami memandu jauh-jauh. Jadi memang kami banyak buat persediaan untuk perkara-perkara yang luar dari jangkaan.

Pontain ke Mersing taklah jauh sangat cuma 3 jam perjalanan. Kalau kat Sabah lebih kurang dari Kudat ke Kota Kinabalu. Cuma tetap risau sebab tak sama jalan kat negeri sendiri. Kalau ada masalah boleh call keluarga terdekat untuk minta tolong.

Selain itu, aku kena fikirkan pula macam mana nak tinggalkan anak-anak bulus aku semua. Nak bagi orang lain jaga pula takda siapa yang nak jaga.

Terpaksalah anak-anak bulus semua stay di luar rumah. Mujurlah dorang dah biasa stay di luar. Cuma part makanan tu saja memang aku sediakan untuk 3 hari. Selain itu, doa-doa saja semoga tidak banyak ragam sepanjang kami bercuti. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Semuanya Allah permudahkan. Perjalanan kami sepanjang bercuti sehingga balik ke Pontian di permudahkan. 

Antara tempat menarik di Mersing yang kami sempat singgah ialah :
  • Taman Rekreasi Pantai Mersing
  • Muzium Mersing
  • Pantai Air Papan, (dekat Dataran Air Papan)
  • Pantai Pasir Lanun, Tanjung Penyabong
  • Restoran Mek Tomyam Seafood
  • Masjid Jamik Bandar Mersing
  • Restoran Pak Long
  • Taman Hutan Bandar Mersing
  • Bandar Mersing

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Cuaca agak kurang baik pada waktu petang dan malam. Walau bagaimanapun, kami dapat pergi ke semua tempat tersebut dengan keadaan cuaca yang sangat baik. 

Balik ke Pontian pula cuaca mula hujan. Apapun perjalanan dan percutian kami berjalan lancar. Balik rumah anak-anak bulus pun tak banyak ragam sangat. 

InsyaAllah, ada kesempatan aku tulis review. Aku tak ambil banyak gambar sangat sebab memang mood tak ingat pun pasal blog. Hahaha


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Kadang² bila bercuti mmg x ingat apa dah.. ingat nk fokus utk berehat dan menikmati percutian saja kan? sbb tu kalau sy lepas bercuti jd kaku nk update blog... xtau nk update apa

    BalasPadam
  2. Bestnya! Baru tahu banyak juga tempat menarik dekat Mersing nii. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan ^^

    Anyway, jemputlah baca entri terbaru nisha ^^ https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2023/11/throwback-pergi-pesta-buku-2023.html

    BalasPadam
  3. Bestnya jalan-jalan berduaan..hihihi, tak sabar tunggu husband habis kursus, nak honeymoon jugakkkk.

    BalasPadam
  4. Ada masa saya juga tak nak ambil foto banyak saat vacation, apalagi kalo destinasi tersebut sudah pernah saya datangin. Tapi kalo baru pertama, biasanya tetep saya banyak foto dan tulis 😄. Walopun share di blog tergantung mood 🤣

    Nak juga baca stories kakak selama liburan, walopun tak banyak foto. 👍

    BalasPadam
  5. Sy klu pergi bercuti hantarkan beauti di hotel kucing je .

    BalasPadam
  6. pernah pi mersing masa belajar kat Johor dulu lama dah 20 tahun kot.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama