KENALI KRITERIA & PERINGKAT AMARAN CUACA OLEH MET MALAYSIA

Cuaca ekstrem merupakan fenomena alam yang dapat membawa dampak serius terhadap kehidupan dan harta benda. 

Oleh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran untuk memberi tahu masyarakat tentang kondisi cuaca yang berpotensi membahayakan. 

Dalam artikel ini, kita akan membahas kriteria dan tindakan yang perlu diambil untuk tiga jenis amaran cuaca, iaitu amaran hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora, serta amaran ribut petir.

Kriteria Amaran Hujan Lebat Berterusan
Imej : Instagram MetMalaysia

1. Kriteria Amaran Hujan Lebat Berterusan

  • WASPADA - Hujan berterusan dijangka bermula satu hingga tiga hari akan datang; ATAU Hujan / ribut petir yang sedang berlaku dijangka berterusan.

  • BURUK - Hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

  • BAHAYA - Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Kriteria Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora
Imej : Instagram MetMalaysia


2. Kriteria Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora


KATEGORI PERTAMA - Angin kencang dengan kelajuan angin dari 40-50 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 3.5 meter.

KESAN YANG BOLEH BERLAKU
  • Berbahaya kepada bot-bot kecil.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti rekreasi dan sukan laut.

KATEGORI KEDUA - Angin kencang dengan kelajuan angin dari 50-60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 4.5 meter.

KESAN YANG BOLEH BERLAKU
  • Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk perikanan dan perkhidmatan feri.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti pantai.

KATEGORI KETIGA - Angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang melebihi 4.5 meter.

KESAN YANG BOLEH BERLAKU
    • Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan.
    • Berbahaya kepada pekerja pelantar minyak.
    • Berbahaya kepada semua aktiviti pantai.

    TINDAKAN YANG DIAMBIL
    • Pemantauan dijalankan secara rapi dan berterusan.
    • Pengeluaran amaran apabila kriteria dipenuhi.
    • Amaran disebarkan kepada semua agensi yang berkaitan, pihak media massa dan orang awam melalui myCuaca, eMET, SMS, laman web MET Malaysia, media massa, media sosial, faks dan e-mel.

    Kriteria Amaran Ribut Petir
    Imej : Instagram MetMalaysia


    3. Kriteria Amaran Ribut Petir

    RIBUT PETIR
    Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas menunjukkan pada pencerapan stesen meteorologi, gema radar, imej satelit, produk NWP dan carta udara atas yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang sedang atau dijangka berlaku. 

    Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi 6 jam untuk satu-satu keluaran.

    Sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk dan melebihi 6 jam, amaran boleh dinaiktaraf ke kategori amaran hujan berterusan.

    Takrifan: Ribut Petir
    Kejadian cuaca yang dikaitkan dengan kehadiran kilat dan petir hasil daripada pembentukan awan kumulonimbus. Ribut petir biasanya disertai dengan angin kencang dan hujan lebat dalam tempoh yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat. Dalam keadaan yang ekstrem, ribut petir juga menghasilkan hujan batu dan puting beliung (belalai air dan belalai darat).


    Sumber : Laman Web Rasmi  Jabatan Meteorologi Malaysia


    Diharapkan masyarakat dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan dan mengurangi risiko terhadap cuaca ekstrem. 


    Penting untuk selalu memantau amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan mengikuti petunjuk keselamatan yang disarankan.

    Sii Nurul

    Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

    Catat Ulasan

    Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

    Terbaru Lebih lama