Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah dah lama kan tak update tentang blog performance. Nak update setiap bulan tetapi aku tak banyak buat perubahan dengan blog pun selain perubahan template blog.
Bismillah
Alhamdulillah dah lama kan tak update tentang blog performance. Nak update setiap bulan tetapi aku tak banyak buat perubahan dengan blog pun selain perubahan template blog.
Banyak sangat nak cerita pasal blog nie. Tahun ini antara tahun yang paling struggle jugalah buat aku yang bekerja sebagai blogger sepenuh masa.
Bukan senang nak konsisten untuk menulis di blog. Terlalu banyak sangat perubahan dari segi Google Algorithm dan SEO. Sampaikan nak menulis santai-santai saja pun banyak nak kena fikir kata kunci, tenikalnya, on-page dan off-page serta banyak lagi.
Bukan senang nak konsisten untuk menulis di blog. Terlalu banyak sangat perubahan dari segi Google Algorithm dan SEO. Sampaikan nak menulis santai-santai saja pun banyak nak kena fikir kata kunci, tenikalnya, on-page dan off-page serta banyak lagi.
Tak cukup rehat. Nak tidur pun tak nyenyak. Bahkan nak tidur pun otak masih bekerja nak buat konten blog pasal apa lagi. Ada yang kata 'take it easy' menulis santai saja tak perlu nak bebankan otak fikir pasal konten.
Tetapi tu lah.. tak sama orang yang bekerja makan gaji dengan buat kerja sendiri ni. Ibarat orang yang berniaga, tak jual apa-apa takda hasil. Begitulah juga dengan berblog, kalau tak update pageviews menurun, income menurun dan job pun takda yang masuk.
Selain itu, nak kena cover cost domain yang setiap tahun naik, internet, dan komitmen dengan kucing (pasir, makanan dan sebagainya.)
Nak jalan pun susah kalau takda fulus. Huhu strugglenya nak hidup tahun 2023. Tak tahulah tahun depan nanti macam mana.
Blog Performance May - June 2023
Back to story, blog performance for May to August. Apa yang boleh dianalisis berdasarkan prestasi blog ini ialah :
- Jumlah artikel
- Statistik pageviews Google Analytics
- Google Search Performance
Blog Performance - May
Pada bulan Mei aku hanya post 9 artikel sahaja. Pageviews di Google Analytics ialah sebanyak 99k views sahaja.
Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :
- Cara Isi Rekod Kesihatan Anak Untuk Daftar Tahun 1
- Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia
- Senarai Barang Keperluan Asas Rumah Buat Pasangan Yang Baru Kahwin
Kebanyakkan artikel lama yang naik balik. Oleh itu, pentingnya menulis artikel yang berkualiti dan evergreen kerana ianya akan sentiasa dicari oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, dari segi jumlah clicks di Google Search hanya 36.1k clicks sahaja walaupun mempunyai 1.23M impressions. Jadi impressions tinggi banyak mana sekalipun kalau tak banyak yang klik blog korang rugilah.
Nak dapat 100k clicks pun payah walaupun kebanyakkan artikel berada di halaman 1-3 google.
Blog Performance - June
Pada bulan Jun aku menulis sebanyak 18 artikel, lebih banyak berbanding Mei. Adakah menulis artikel yang banyak bermaksud performance blog kita bagus? Jom lihat analisis data bulan Jun.
Google Analytics pada bulan Jun menunjukkan peningkatan views sebanyak 161k. Manakala Bounce Rate menurun kepada 23.4%.
Performance Google Search juga meningkat dari segi clicks sebanyak 40.5k dan 122 pages.
Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :
- CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)
- Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)
Menulis banyak artikel dapat meningkatkan pageviews. Selain itu, kena sentiasa kemaskini konten lama mengikut perkembangan semasa terutama sekali artikel yang kita tahu setiap tahun pasti akan naik setiap kali musimnya tiba.
Blog Performance July - August 2023
Blog Performance - July
Pada bulan Julai aku menulis sebanyak 13 artikel. Dari segi perfofmance Google Search menunjukkan peningkatan clicks sebanyak 46.2k dan 588 pages paling tinggi yang pernah tercatat.
Pada bulan ini taklah menulis artikel banyak sangat cuma yang bezanya kebanyakkan artikel yang ditulis adalah entri pengalaman peribadi sahaja. Aku kurang menulis tentang infomasi dan lebih kepada personal.
Dari segi Google Analytics menunjukkan peningkatan yang baik dari segi views, users dan Bounce Rate. Kiranya data nampak cantiklah walaupun tak banyak update.
Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :
Lagu tu pun tak sangka juga Trending, jadi ramai jugalah yang cari liriknya. Aku pun tak expect juga sebab aku memang suka lagu 'Wanita Terbaik' tu.
Kadang konten berkenaan lirik lagu pun antara konten yang paling tinggi views. Apatah lagi kalau lagu tersebut FYP kat tiktok.
Pada bulan Ogos aku menulis sebanyak 48 artikel (sejarah paling tinggi selama aku menulis blog). Kalau tengok daripada Google Analytics pula ada sedikir penurunan views sebanyak 139k sahaja walaupun aku banyak menghasilkan artikel.
Dari segi perfofmance Google Search menunjukkan peningkatan pada jumlah clicks sebanyak 51k dan 375 pages.
Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :
Kesimpulan
Apa yang aku boleh simpulkan daripada blog performance from May to August ialah :
- Blog perlu update setiap hari
- Semakin banyak konten yang dihasilkan, semakin tinggi pageviews
- Blog perlu hasilkan konten yang berkualiti untuk mendapatkan trafik yang konsisten dan stabil.
- Artikel lama perlu dikemaskini mengikut perkembangan isu terkini
- Memperbanyakkan artikel kerana kita tidak tahu artikel blog mana yang bakal trending.
Semoga perkongsian ini membantu korang untuk memperbaiki blog dan menghasilkan konten yang lebih baik lagi pada masa akan datang.
betul kena konsisten menulis tapi kadang tu susah nak buat komitmen menulis setiap hari kerna kekurangan idea, kemalaswan tahp dewa hahahah dan kdang tu kebizian yang melampau2 hehehhe kesimpulan nya, maybe kat blog kita satu entry sudah cukup kalau entry tu sangat2 bermakna yang bole naikkan performance... eh eh tu kat blog kita je la ehhehe... blog org lain kita x pasti haahha
BalasPadamTahniah blog hebat
BalasPadamKalau Cuya , takde komitmen tinggi terhadap blog. Blog Cuya lebih kepada santai atau jurnal untuk diri sendiri. Rasanya tk mampu nak terikat sepenuhnya pada blog. Kadang2 je ada job menulis masuk.
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.