Komplikasi dalam Pembentukan Identiti ‘The Beloved’ di dalam buku "Heroes and Other Stories" Karya Karim Raslan

1
Assalamualaikum
Bismillah

Malam tadi aku check email, ternampak satu fail lama tentang tugasan yang aku pernah buat semasa di Universiti. Antara subjek elektif yang aku pernah ambil ialah "Sastera dan Gender". Subjek ini antara subjek yang menarik dan seronok bagi aku. 

Jadi aku mahu kongsikan di blog beberapa soalan tugasan sebagai kenangan semasa belajar dulu. Semoga bermanfaat buat mereka yang belajar subjek yang sama. 

‘The Beloved’ di dalam buku "Heroes and Other Stories" Karya Karim Raslan

Soalan 1 : Bincangkan komplikasi dalam pembentukan identiti Alissa dan Johari yang membuatkan mereka berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing-masing.


Berdasarkan cerpen pendek yang bertajuk ‘The Beloved’ di dalam buku Heroes and Other
Stories karya Karim Raslan
yang mana cepen pendek ini meletakkan Johari dan Alissa sebagai
watak utama. 

Komplikasi pembentukan identiti di antara Johari dan Alissa telah menjadi penyebab kepada terputusnya hubungan percintaan mereka yang akhirnya membawa kepada perkahwinan pilihan pasangan mereka masing-masing. 

Perbezaan pembentukan identiti di antara mereka tidak berjaya mempertahankan kisah cinta mereka. Pembentukan identiti merujuk kepada suatu proses membina suatu identiti kendiri. Berdasarkan Azizi Hj Yahaya (2011) dalam kajiannya yang bertajuk “Definisi Remaja Dan Pembentukan Konsep Kendiri Dalam Hubungannya Dengan Keluarga” mengatakan bahawa Erikson (1968) dan Adler (1998) meletakkan remaja pada tahap kelima diantara lapan tahap yang dibentuk dalam Teori Krisis Psikisosial. Pada tahap ini juga kebanyakan remaja akan menghadapi komplikasi pembentukan
diri.

Pembentukan diri Alissa iaitu heroin dalam cerpen pendek ‘The Beloved’ bermula dengan
pembentukan identiti yang bermaksud seseorang itu tahu siapa diri dia sendiri dan mengetahui
apa yang perlu dilakukan berdasarkan maklumat yand diperoleh mengenai diri sendiri.

Berdasarkan cerpen tersebut pembentukan identiti Alissa bermula dengan beridentitikan seorang
perempuan atau wanita. Konsep identiti sebagai seorang perempuan atau wanita sering kali
dikaitkan dengan konsep feminin. 

Pengertian sebenar mengenai feminin sukarnya dijelaskan hal ini kerana terlalu banyak mengenai konsep feminin antaranya ialah ‘liberal feminism, development feminism dan marxist feminisme’ (Judith Lorber, 1997).

Feminin ialah sifat atau tingkah laku yang dikaitkan dengan budaya tertentu, seseorang wanita yang bersifat feminin sering dikaitakan dengan wanita yang pandai menggayakan pakaian yang dipakai serta sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. 

Alissa dikaitakan sebagai seorang wanita yang feminin kerana Alisssa dibesarkan dengan keadaan di mana dia mampu memiliki setiap keperluan yang diinginkan. Heroin dalam cerpen pendek ‘The Beloved’ iaitu Alissa dibesarkan disebuah keluarga yang memilki status hidup yang baik iaitu antara keluarga yang kaya dan hidup serba mewah.

Manakala hero didalam cerpen tersebut dikenali sebagai Johari. Seorang penulis dan berindentitikan sebagai seorang lelaki. Konsep identiti sebagai seorang lelaki sering dikaitkan dengan sikap tertentu yang berbeza dengan seorang wanita, sebagai contoh sifat keberanian sering kali dikaitkan dengan lelaki. 

Identiti sebagai soerang lelaki juga selalu dipandang sebagai golongan yang berupaya melakukan pelbagai pekerjaan yang sesetengahnya tidak mampu dilakukan oleh golongan wanita khususnya pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran atau pekerjaan yang berat. 

Golongan lelaki juga sering dianggap sebagai ketua dalam pelbagai aspek termasuklah dari segi kepimpinan. Walau bagaimanapun, hero cerpen ‘The Beloved’ memilih untuk menjadi seorang penulis sebagai kerjayanya. Melalui kerjaya sebagai penulis juga, Johari sentiasa menulis Alissa sebagai sumber inspirasi untuk mendapatkan ilham bagi penulisannnnya.

Konsep heteroseksual juga antara konsep penting dalam pembentukan diri seseorang. Konsep ini merujuk kepada seseorang yang mana mempunyai orientasi seksual terhadap orang yang berlainan jantina. 

Dalam erti kata lain heteroseksual menunjukkan seseorang yang tertarik dengan orang lain sehingga timbulnya perasaan suka terhadap seseorang. Hal ini dapat dilihat apabila Johari tertarik dengan Alissa semasa awal pertemuan mereka, ini menunjukkan Johari memiliki heteroseksual begitu juga dengan Alissa sehingga akhirnya membawa kepada hubungan cinta mereka. 

Golongan yang memiliki sifat heteroseksual dianggap sebagai golongan yang normal dimata masyarakat kerana lelaki tertarik dengan wanita dan wanita tertarik dengan lelaki. Sebaliknya golongan yang tidak memiliki sifat heteroseksual dalam pembentukan identiti mereka akan membawa kepada konsep lain seperti gay, lesbian, transgender dan bisexual. (Hays dan Cates)

Selain itu, dalam pembentukan identiti juga, agama antara aspek yang perlu bagi menentukan cara seseorang hidup berdasarkan pegangan kepercayaaan sendiri. 

Agama dianggap sebagai suatu sistem kebudayaan yang ditandai dengan simbol-simbol citra keagamaan sesebuah masyarakat beragama (Yusri Mohamad Ramli, 2012). Islam, Kristian dan Buddha antara contoh agama besar yang banyak dianuti oleh masyarakat. 

Alissa dan Johari iaitu watak utama dalam cerpen The Beloved memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka menjadikan Islam sebagai sistem kepercayaan mereka serta secara langsung menjdi panduan kehidupan mereka.

Selain berpegang kepada agama Islam Johari dan Alissa juga memiliki persamaan lain iaitu menggunakan bahasa pertuturan yang sama iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Walaupun mereka menetap di Malaysia yang mana bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan mereka namun keadaan itu tidak menghalang mereka untuk menguasai bahasa kebangsaan dunia (bahasa Inggeris). 

Keupayaan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris memudahkan urusan pekerjaan mereka apatah lagi Alissa yang bekerja sebagai seorang peguam yang memerlukannya untuk menguasai bahasa Inggeris. Pekara ini juga memberi kelebihan kepada Johari bagi mempelbagaikan bahasa penulisannya dan secara langsung membolehkan kaum berbangsa lain memahami apa yang hendak disampaikan.

Komplikasi hubungan antara Johari dan Alissa berlaku apabila perbezaan pembentukan identiti melalui perbezaan kelas sosial. Kelas sosial bermaksud kedudukan seseorang berdasarkan pangkat dan kedudukan dalam lapisan masyarakat. 

Dalam cerpen The Beloved yang ditulis oleh Karim Raslan memaparkan kisah cinta antara Johari dan Alissa yang tidak dapat diteruskan disebabkan perbezaan kelas sosial yang mana Alissa dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya manakala Johari pula dilahirkan dalam sesebuah keluarga yang miskin. 

Kehidupan Alissa dan Johari jauh berbeza apabila Alissa mampu memiliki setiap benda yang diinginkan. Alissa mampu melanjutkan pengajiannya tanpa memerlukan bantuan dari mana-mana pihak
berbeza dengan Johari yang telah menerima bantuan biasiswa bagi melanjutkan pengajiannya.

Jurang perbezaan kelas sosial yang wujud antara mereka menghalang hubungan mereka untuk bertahan apabila Alissa tidak berani untuk hidup di kelas sosial yang rendah. Kehidupan yang serba mewah seperti menggunakan pakaian yang berjenama yang diimport dari Itali, serta menggayakan beg tangan berjenama seperti Channel menyebabkan Alissa memilih untuk hidup bersama pasangan lain yang mampu memberikannya kehidupan mewah. 

Jelaslah bahawa perbezaan kelas sosial menjadi penyebab utama kepada kisah cinta mereka yang tidak dapat bertahan lama.

P.S : Tak sangka ya pernah tulis esaimen macam nie. Rindu zaman belajar. Nampak sangat perbezaan gaya penulisan blog dengan ilmiah haha~ 
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !