PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2023

permohonan-guru-2023
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara TETAP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KETERANGAN

1.1. Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 secara tetap:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;

(c) Memiliki kelayakan seperti berikut: 

i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 
ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(e) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). 

(f) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

(g) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

(h) Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan

(i) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.

GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

2.1. Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:

(a) Graduan Pendidikan Tajaan KPM;

(b) Guru Interim;

(c) Guru Kontrak (Lantikan SPP);

(d) Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

(e) Seorang bankrap; dan

(f) Memperoleh keputusan senat universiti selepas 21 April 2023.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

3.1. Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

3.2. Graduan adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

3.3. Graduan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.


MAKLUMAT DAN PERHATIAN

4.1. SEMUA GRADUAN YANG MEMILIKI C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) dikehendaki mengemukakan salinan keputusan kepada guru@spp.gov.my. 

4.2. Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

4.3. Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 April 2023 (Jumaat) 


SUMBER : 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama