Foodpanda Memantapkan Sokongan Terhadap Penunggang Penghantaran di Malaysia Menerusi Kempen 'Double Tips, Double Love'

Bagi menzahirkan penghargaan kepada rakan penghantarannya, foodpanda Malaysia akan menggandakan tip yang diterima daripada pelanggan.

Inisiatif ini juga akan diperkenalkan di lima pasaran lain di mana foodpanda beroperasi mengikut fasa dan dijangka akan memberikan impak kepada lebih 124,000 penunggang penghantaran di seluruh rantau ini.

Menerusi inisiatif ini, foodpanda menyasarkan untuk meningkatkan semangat penunggang penghantarannya dengan memberi penekanan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam ekosistem penghantaran.

foodpanda-rider

Malaysia, 30 Mac 2023 – Bagi menzahirkan penghargaan kepada ramai penunggang dan pejalan kaki penghantaran yang sentiasa bekerja keras untuk menghantar makanan dan barangan runcit, foodpanda melancarkan kempen ‘double tips, double love’ pada bulan ini.

Dalam kempen ini, foodpanda akan memadankan setiap ringgit tip yang diberikan oleh pelanggan kepada penunggang penghantaran melalui aplikasinya, memberi peluang kepada mereka untuk menggandakan jumlah tip yang diterima.

Begitu juga dengan semua tip yang diberikan oleh pelanggan kepada rakan penghantaran menerusi aplikasi foodpanda, 100 peratus tip yang diperolehi oleh mereka semasa kempen ini akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam akaun penunggang penghantaran tanpa sebarang caj tambahan.

Inisiatif ‘double tips, double love’ ini akan berlangsung pada setiap Jumaat dalam bulan April di Malaysia dan ianya juga akan diperkenalkan di lima pasaran lain di seluruh Asia termasuk Singapura, Pakistan, Bangladesh, Kemboja, dalam format berbeza dan mengikut fasa. Kempen ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 124,000 penunggang penghantaran di Asia.

“Rakan penghantaran kami adalah teras kepada perniagaan kami dan kami mahu melakukan sedaya upaya kami untuk memastikan bahawa kebajikan mereka sentiasa dijaga,” kata Kelvin Chan, Pengarah Operasi foodpanda Malaysia. “Kempen ‘double tips, double love’ ini hanyalah salah satu daripada pelbagai cara yang dilakukan oleh foodpanda untuk membantu penunggang penghantaran kami dan memberikan mereka pengiktirafan serta penghargaan yang patut mereka terima. Semoga dengan inisiatif ini di mana penunggang penghantaran boleh menggandakan tip mereka, ia akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan foodpanda,” ujar beliau.
foodpanda-rider

“Saya juga berharap pelanggan kami juga akan lebih bermurah hati dalam semangat Ramadan dan yakin bahawa 100 peratus tip akan disalurkan terus kepada rakan penghantaran kami,” tambah Chan.


Pertama kali diperkenalkan pada 2021 ketika pandemik sedang memuncak, ciri pemberian tip ini memudahkan pelanggan untuk berterima kasih dan beri penghargaan kepada penunggang penghantaran mereka dengan cara yang mudah dan selamat. 

Menerusi fungsi ini, pelanggan boleh memasukkan jumlah tip mereka dengan mudah sebelum membuat pembayaran untuk pesanan dalam talian mereka. Sejak ia dilancarkan, ciri ini telah mendapat maklum balas positif daripada kedua-dua pihak pelanggan dan penunggang penghantaran dengan Malaysia menjadi antara pelanggan yang paling bermurah hati di rantau ini. 

Foodpanda sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakan penghantarannya menerusi pelbagai program dan inisiatif yang dianjurkan di Malaysia dan seluruh Asia. Ia adalah kunci kepada usaha untuk membina persekitaran kerja yang positif, selamat dan terjamin untuk semua.

Di Malaysia, rakan penghantaran mempunyai perlindungan insurans untuk kemalangan, hilang upaya kekal serta kematian, bagi memastikan waris mereka mendapat pembelaan dari segi kewangan jika berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak dijangka semasa syif mereka.

Dalam usaha memperkasakan rakan penghantaran yang mahu meningkatkan kemahiran mereka dan pada masa sama meletakkan mereka di atas landasan ke arah pertumbuhan kerjaya, foodpanda Malaysia turut menaja yuran tuisyen universiti atau kolej sehingga setahun penuh untuk lima rakan penghantarannya. Ini adalah sebahagian daripada pelbagai insentif yang ditawarkan khusus untuk penunggang dan pejalan kaki penghantaran.

“Foodpanda sentiasa mencari jalan bagi menambah baik cara bagaimana kami dapat mewujudkan persekitaran kerja yang positif untuk rakan penghantaran kami. Kempen ‘double tips, double love’ ini adalah tambahan kepada senarai inisiatif kami yang sentiasa berkembang, khusus untuk penunggang penghantaran kami atas dedikasi dan usaha yang sentiasa mereka berikan untuk setiap pesanan dan pelanggan,” jelas Chan.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama