Terima Bayaran Kedua Innity

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal, selepas 8 bulan, akhirnya terima bayaran kedua untuk Innity. Sebenarnya bukan mudah nak jana pendapatan pendengan Innity. 

Selain memerlukan trafik yang tinggi, Innity juga dibayar dengan Ringgit Malaysia (RM). Jadi, tidaklah lumayan seperti Google Adsense. Walau bagaimanapun, aku lebih suka memohon Innity sebab iklan yang dipaparkan simple sahaja. 

Innity

Tidak seperti iklan MGID. Tetapi aku tahu ramai yang suka iklan MGID sebab dibayar dengan USD. Salah satu alternatif untuk blogger yang nak jana pendapatan selain Google Adsense. 

Selama 2 tahun dengan Innity, ini ialah bayaran kali kedua aku dapat. Memang agak susah juga sebab Innity susah nak agak bagaimana iklan ini dikira. Sangat berbeza dengan Google Adsense yang kebanyakkan orang senang faham. 

Syarat yang dikenakan kepada publisher pun agak ketat. Tak boleh sesuka hati pamerkan income. Even nak cerita tips-tips Innity pun rasanya tak boleh. Kalau cari kat Google memang boleh nampak sangat kurang yang berkongsi tentang Innity. 

Alhamdulillah, walaupun progress agak slow sekurang-kurangnya ada hasil juga. Sekarang ni memang ada peningkatan. Kalau dulu dapat paling banyak pun RM3-5. Sekarang dah boleh dapat sehingga RM30 - 40 setiap bulan. 

Tak banyak, tetapi bolehlah bikin bayar domain setiap tahun. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

7 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Wahhh..kita tak tau apa2 pun bab jana income ni

    BalasPadam
  2. akak punya terus tak letak, tak berapa nak faham jugak letakk :D.. btw tahniah nurul banyak dah tu sebulan.. kumpul2 pun ..

    BalasPadam
  3. wahh pandai cari lubuk duit dgn blog. Tp kalo traffic xberapa nak maju tak boleh mohon ke?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah boleh la tampung mana yang boleh kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama