Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

3
Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku mahu kongsikan pengalaman kempiskan perut buncit dalam masa seminggu. Dah banyak kaedah yang aku guna untuk kempiskan perut buncit ini tetapi tidak berkesan. 

Alhamdulillah setelah mencuba pelbagai cara akhirnya aku berjaya kurangkan perut buncit selama seminggu menggunakan beberapa kaedah di bawah. 

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

1. Kira Berat Badan Ideal & Kalori Yang Diperlukan 

Pertama sekali apa yang aku buat ialah aku kira berapa berat badan ideal (BMI) dan kalori yang diperlukan oleh tubuh kita. Ada banyak cara korang boleh check BMI dan BMR korang, antaranya ialah :

  • Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5)
  • BMI Sekarang : 27.7
  • Kalori sehari diperlukan : 1010 kcal
  • Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5)
  • BMI sekarang : 27.8 (Anda dikira obes tahap 1 jika BMI jatuh di antara 25 hingga 29.9)
  • Kalori sehari diperlukan : 1270 kcal

Calculator.net
  • Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5)
  • BMI Sekarang : 27.8 (overweight)
  • Kalori sehari diperlukan : 1530 kcal

Korang kena tahu berapa berat badan ideal supaya korang mudah untuk merancang dalam diet pemakanan seharian. Hal ini kerana badan kita memerlukan nutrisi yang baik supaya kita kekal sihat walaupun tengah diet dan berpuasa. 

2. Install Apps Yang berkaitan Dengan Kalori & Fasting (Intermittent Fasting)

Apabila korang dah tahu berat badan ideal dan kalori yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari, korang hendaklah install apps kalori dan fasting. 

Kenapa perlu aplikasi kalori ini? Hal ini demikian kerana kita tidak tahu berapa banyak pengambilan kalori bagi setiap makanan yang kita ambil. 

Apabila ada aplikasi tertentu yang kita gunakan, kita boleh keep on tracking apa yang kita makan dan minum setiap hari. 

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

Salah satu aplikasi yang aku gunakan ialah BodyFast Intermittent Fasting dan Calorie Counter by Lose it!

Cara Mudah Nak Mulakan Intermittent Fasting

Aplikasi BodyFast Intermittent Fasting

Apa yang best apabila menggunakan aplikasi ini korang boleh pilih beberapa jenis method untuk IF. Antaranya ialah :
  • 16 - 8 (Skip breakfast)
  • Power Week  (Lose weight faster)
  • 23 - 1 OMAD (One meal a day) - Include coach 
  • 14 - 10 (Skip breakfast)
Aku menggunakan kaedah Power Week  (Lose weight faster). Cara ini paling senang sebab korang tak perlu kira jam berapa korang puasa atau makan. Apps ini akan bagitau korang waktu korang berpuasa dan waktu korang boleh makan. 

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

3. Kurangkan Gula Dalam Makanan & Minuman

Perkara pertama sekali yang aku buat ialah aku cut sugar dalam makanan dan minuman. Bukan kurangkan ya. Dalam tempoh 3 hari aku tidak ambil apa-apa jenis gula. 

Hal ini demikian kerana selagi aku tidak cut pengambilan gula, aku susah nak diet. Dan ternyata ianya berkesan. 

Rupa-rupanya selama ini pengambilan gula harian memang tinggi. Setiap hari minum milo, nescafe, makan keropok, coklat, pelbagai jenis makanan yang tak sihat. Memang susah nak tinggalkan sebab dah addicted kan. 

Paling susah sekali apabila rasa craving nak makan benda-benda manis. Apabila rasa craving aku gantikan dengan buah-buahan, kekacang dan kurma. Selepas 3 hari alhamdulillah aku dah boleh tahan untuk tidak ambil sebarang makanan dan minuman yang bergula. 

Kemudian pada hari ke-4 barulah aku mula mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit sekurang-kurangnya 6 sudu teh sehari. 

4. Kurangkan Beli Makanan Yang Diproses

Kalau boleh jangan beli makanan yang diproses seperti sosej, makanan dalam tin, apa-apa jenis maggi. Setiap kali beli bahan makanan korang kena tengok kandungan label. Terdapat banyak jenis makanan mempunyai kandungan gula dan MSG yang tinggi. 

Sebaik-baiknya masak di rumah dan kurangkan order Foodpanda, Grab Food dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah selain menjimatkan, makanan yang kita masak sendiri jauh lebih bersih dan menyihatkan. 

diet seminggu

Menu Diet Dalam Masa Seminggu

1. Minuman untuk kempiskan perut

Air masak - Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Aku selalu amalkan minum air selepas bangun pagi, sebelum makan dan sebelum tidur. Untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya kerap minum air, aku selalu letak botol air di dalam bilik. 

Kopi (tanpa gula) - Setiap kali craving nak minum benda manis aku akan bancuh kopi tanpa gula untuk hilangkan rasa craving. Banyak kebaikan apabila kita amalkan minuman kopi tanpa gula. 

Lemon tea & madu - Biasanya aku minum lemon tea bersama madu pada waktu sarapan. 

Teh hijau - Sebelum tidur aku akan minum teh hijau. Antara khasiat teh hijau ialah meransang sistem imun, mengurangkan kolestrol dan mengurangkan berat badan. 


2. Makanan untuk kempiskan perut

Buah-buahan - Gantikan snack dengan buah-buahan seperti epal hijau, pear, betik, pisang, avocado, kiwi, dan jambu batu. Setiap kali rasa craving nak makan benda manis, korang cuba makan buah. 

Kurma - Amalkan makan kurma 3 - 7 biji sehari. Bukan hanya sedap dimakan, kurma juga mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan daya ingatan, baik untuk kesihatan jantung, dan merawat masalah usus. 

Sayur-sayuran - Banyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti sawi, bayam, brokoli, salad dan kubis. Apa sahaja jenis sayur pun boleh. Dan sebaik-baiknya korang rebus sahaja. 

Kentang / ubi keledek - Aku juga selalu amalkan makan kentang dan ubi keledek yang direbus sebagai pengganti nasi. Aku cuma makan nasi sehari sekali dengan kuantiti yang sedikit. (1 senduk)

Telur, ikan, ayam, daging - Jangan tinggalkan makanan yang kaya dengan protien. Protien dapat membantu untuk menguatkan otot kita. Daya otot yang baik dapat membakar lemak dengan lebih cepat. 

3. Senaman untuk kempiskan perut

Threadmill - Korang boleh bersenam dengan menggunakan treadmill selama 30 - 40 minit setiap hari bagi yang jarang keluar rumah. Aku hanya mampu berjalan paling jauh pun 2km setiap hari. 

Berjalan (Count steps) - Sebaik-baiknya korang berjalan paling minimum 5000 langkah. Aku selalu kurang dari itu. Kalau keluar rumah baru dapat jalan sehingga 5000 langkah. Kalau duduk kat rumah sahaja paling banyak pun 3000 steps sahaja.

Senaman kuatkan otot - Korang boleh tengok video senaman otot mana yang korang suka dan mudah. Buat yang simple sahaja. Boleh buat senaman tanpa menggunakan alat atau dengan alat senaman. 

4. Supplemen mengikut keperluan tubuh

Pengambilan supplemen mengikut keperluan badan korang. Jangan beli supplemen untuk kurus dan cantik. Kita beli supplemen untuk menambah keperluan mineral dan vitamin yang kurang dalam tubuh. 

Hal ini demikian tidak semua makanan yang kita makan memberikan keperluan vitamin dan mineral. Antara supplemen yang aku amalkan ialah :
  • Blackmores Fish Oil 1000
  • Lecithin Shaklee
  • Calcium + D3 Blackmores
  • FLAVETTES Effervescent Vitamin C
  • B-Complex Plus with Folic Acid

Alhamdulillah, setelah aku amalkan puasa, diet yang sihat dan senaman, aku berjaya kempiskan perut dari 39inci kepada 35inci dalam masa seminggu. Bukan itu sahaja, aku rasa badan lebih ringan dan bertenaga. 

Walaupun berat aku kekal 65kg tetap rasa gembira sebab perut buncit dah berkurang. Dan perut aku jarang masuk angin. Apabila aku tak jaga makan, perut lebih kerap masuk angin. 

Bukan mudah sebenarnya nak kuatkan mental dan emosi untuk kurangkan perut buncit dan turunkan berat badan. Nak badan yang sihat memang ambil masa. Bayangkan bertahun-tahun tak jaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sudah tentulah ambil masa juga untuk capai berat badan yang ideal. 

Yang penting mula dari sekarang dan keep strong! Semoga terus istiqamah. Badan sihat bukan sahaja nampak cantik, nak menjalankan ibadah pun mudah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bagusnya info ini Nurul. Sayangnya kak Net takleh ikut.. tepu sudah.. hahaha

    BalasPadam
  2. part berjalan tu yang susah sebab duduk lama sangat. Paling tinggi pun pernah cecah 2 ribu lebih je dekat office itupun sebab berjalan ke family mart beli jajan hshshs

    BalasPadam
  3. Lengkap infonya Nurul. Bukan one side je kena kawal, macam-macam kena ambil tahu kalau nak kurus sihat. InshaAllah nak cuba juga IF method, nak try 16:8 dulu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !