Hati-Hati Dengan Lisan & Tulisan Kita

5
Assalamualaikum
Bismillah

Dulu sebelum kahwin, aku tidak terfikir pun soalan-soalan macam nie begitu sensitif sampailah aku rumahtangga. 

"Bila nak ada anak?"

"Dah lama kahwin, harap cepat-cepatlah dapat anak.."

"Anak aku dah dua orang, kau bila lagi nak ada anak. Nanti dah umur 30an nak bersalin pun susah".

Aku tak kisah sangat dengan persoalan dan pertanyaan macam nie. Tetapi ada yang aku baca kat komen suami isteri bergaduh sebab soalan-soalan macam ni. 

Bayangkan rumahtangga orang tu bahagia saja, tetapi dengan soalan-soalan kita telah menyebabkan pasangan suami isteri mungkin bergaduh. 

Hati-Hati Dengan Lisan & Tulisan Kita

Itu belum lagi dengan soalan-soalan. 

"Anak aku dapat 10A dan jadi pelajar cemerlang peringkat kebangsaan. Anak kau dapat berapa A?".

"Aku dah ada 10 orang cucu, kau bila lagi nak ada cucu? Jangan-jangan menantu kau mandul"

"Kita jadi isteri ni jangan harap sangat dengan duit suami. Nanti suami curang dengan perempuan lain macam mana?"

"Suami aku baru naik pangkat, kitaorang nak beli rumah banglo. Suami kau dah bertahun kerja, bila nak naik pangkat?"

Walaupun soalan-soalan itu cumalah rekaan semata-mata. Tetapi berlaku di dunia realiti. 

Hati-hati dengan lisan dan tulisan kita

Dalam tak sedar soalan-soalan kita tu telah banyak melukakan hati orang lain. 

Kalau tengok kat facebook, instagram, dan mana-mana laman sosial media ramai sangat yang membanding-bandingkan kehidupan rumahtangga masing-masing.

Dan semakin hari semakin ramai juga yang galak berkongsi aib dan kekurangan pasangan masing-masing. 

Dulu kalau nak sembang bergosip, kena jumpa orang dan bersembang. Tetapi kadang nak bercakap atau bergosip pun kita masih berhati-hati dalam berkata. Risau orang terasa hati dengan lisan kita.

Tetapi sekarang, nak bersembang dengan jari pun boleh. Nak tabur fitnah dan aib senang sahaja. Dalam bilik pun dah boleh buat. Dari bangun tidur sampailah nak tidur kita kumpul dosa jariah. 

Di tambah pula dengan butang "share" dan penambah rasa "caption" yang mengundang orang lain untuk turut serta mengumpat dan bergosip. 

Dan paling menyedihkan apabila kita sendiri membuka ruang untuk orang bercerita tentang aib dan keburukan diri kita. 

Buat video, kongsi video. 
Tak pun kongsi video orang lain.

Allah dah tutup rapat-rapat aib kita. Tetapi kita pamerkan dengan orang. 

Sebutlah apa sahaja isu, terlalu banyak halaman yang melaga-lagakan umat dengan isu-isu remeh sehingga pengunjung (yang membaca) memberi komen dengan bahasa yang tidak enak dibaca dan didengar. 

Terasa sesak nafas di dada apabila terpaksa berhadapan dengan semua penyakit ini.

Aku bukanlah seorang yang baik. Apatah lagi menganggap diri lebih baik. 
Aku cuma tak tahu macam mana nak suarakan kerisauan aku tentang perkara-perkara yang tidak menyenangkan yang hari-hari berlaku di depan mata aku. 

Allah bagi kita nikmat tangan untuk buat perkara-perkara kebaikan. 
Allah bagi kita nikmat lisan untuk selalu berzikir dan berkata baik. Dan seandainya tidak mampu, lebih baik diam.

"Kalau tidak boleh hadap semua tu delete lah media sosial kau"

"Suka hati akulah, facebook aku, blog aku".

Sahabat yang aku kasihi sekalian, mungkin apa yang aku tulis ini tidak dapat diterima atau ramai yang tidak bersetuju. 

Suatu hari nanti, mungkin aku sendiri terbabas dengan lisan dan kata-kata aku. Tetapi aku percaya, andai ada yang menegur itu kerana Allah nak bagi peringatan kepada aku. 

Sebenarnya bukan sekali. Dah banyak kali juga aku terlepas kata mahupun terkasar bahasa. 

Lisan kita nie banyak mengundang penyesalan di kemudian hari. Kadang kala mampu menuturkan dengan lurus dan teratur tetapi sering kali juga terbabas. 

Terpesong sana sini, malah disengajakan dan dinormalisasikan dengan cacian, makian, lagha, mengumpat dan fitnah. 

Bahaya lisan bukan lagi pada lisan (mulut) yang berkata-kata. Tetapi tangan yang mengambil alih perbuatan lisan. Kini yang liar itu adalah tangan.

Mudahkah untuk diam? Susah kawan-kawan!

Mudahkah untuk diam sekiranya kita ada pendapat dan tidak menyatakannya? Rasa seperti dada itu hendak meletup, membuak-buak mahu bercakap. 

Ia bukan lagi pertarungan antara diam dan berkata-kata. Kini, ia pertarungan antara tidak menulis dengan menulis. 

Kata-kata ibarat sebilah pisau. Apabila terlanjur berkata sehingga menguris hati seseorang. Percayalah, orang tu mungkin mudah memaafkan. Tetapi mereka tidak akan mudah melupakan. 

Sekali lagi, hati-hati dengan lisan dan tulisan kita. 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya~


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Memang betul, kadang-kadang memang tak nak terasa dengan kata-kata orang ni. Tapi boleh ternginag-ngiang balik dengar kata-kata mereka.

    BalasPadam
  2. Sebab tu rasulullah pesan kalau tak ada benda nak cakap, baik diam. Kan :)

    BalasPadam
  3. Dunia sekarang ramai tidak mengambil peduli perkara halal dan haram ini. Asal masuk perut sahaja.

    BalasPadam
  4. betul tu. dengan kata2 macam ni, kadang2 membantutkan orang nak berubah. banyak lagi cara lain boleh guna, tak perlu nak cari modal untuk bercakap dengan soalan2 mcm ni

    BalasPadam
  5. Sungguhlah Nurul.. lebih baiklah diam dari berkata-kata atau menulis yang melukakan hati orang lain. Bimbang, kesannya berbalik pada diri sendiri jua. Wallahualam..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !