Hukum Suami Tidak Memberi Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

Assalamualaikum
Bismillah

Hukum Suami Tidak Memberi Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

Hukum Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri

HUKUMNYA WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI

Wajib bagi seorang suami untuk memberikan nafkah zahir dan nafkah batin kepada isterinya. Firman Allah Taala:

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. (Surah al-Baqarah - 2:233)


Aisyah R.anha meriwayatkan bahawa suatu hari Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Melihat keadaan itu, maka Rasulullah SAW bersabda:


خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

 

Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak memberi nafkah zahir, adalah dibenarkan. Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, mungkin isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar. 


Suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik. Perlu sentiasa berunding dengan hikmah dan baik dengan isteri. Dicadangkan juga suami dan isteri menyediakan plan tindakan bersama bagi bagi mengurus kewangan keluarga.


Hukum Nafkah Zahir & Batin Termasuk Keperluan Emosi & Kesihatan Mental Bagi Isteri

HUKUMNYA WAJIB TUNAIKAN NAFKAH BATIN ISTERI

Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik. 


Antaranya mengeluarkan kata-kata kesat dan mempamerkan sikap kasar terhadap isteri di hadapan anak-anak. 


Dalam hal ini juga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan tunjuk ajar serta nasihat dari sudut pendidikan agama dan kefahaman berkenaan pengurusan emosi. 


Dalam Islam terdapat hak-hak yang wajib ditunaikan oleh suami terhadap isterinya. Firman Allah SWT:

وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيۡهِنَّ دَرَجَةٞۗ

Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” Surah al-Baqarah (228)


Imam al-Thobari dalam menjelaskan ayat di atas, beliau menukilkan daripada kata-kata al-Dhahhak bahawa jika para-para isteri taat kepada Allah dan para suami mereka, maka wajib bagi suami berkelakuan baik serta bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dengan sebaik mungkin. (Rujuk: Jaami’ al-Bayan li al-Thobari, 4/531)[1]

Keperluan emosi dan kesihatan mental yang baik termasuk nafkah yang wajib ditunaikan. Suami dan isteri harus berlaku adil antara satu sama lain. 


Komunikasi dengan baik serta layanan secara lemah lembut terhadap isteri, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. 


Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah R.A. Sabda Rasulullah SAW:


اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya: “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. Riwayat al-Bukhari (3331) dan Muslim (1468)


Berdasarkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar dalam menjelaskan hadis ini menyebut bahawa asal kejadian wanita ialah tulang rusuk lelaki (Nabi Adam AS) iaitu ia bersifat bengkok secara semula jadi. 


Ini bermakna wanita tidak mampu menerima pelurusan sepenuhnya kerana sifat asal kejadiannya yang bengkok. Oleh itu, jika si lelaki (suami atau bapa) cuba melurusnya pasti ia akan patah. (Rujuk: Fath al-Bari, 6/368) [2]


Tambahan juga dari Abu al-Hasan Nuruddin dalam menghuraikan hadis di atas menyebut bahawa seorang suami tidak sepatutnya berlebih-lebihan dalam meluruskan kekurangan si isteri kerana ia akhirnya membawa kepada penceraian dan pengakhiran yang tidak baik. Oleh itu si suami perlu ada sikap toleransi dan pemaaf atas kekurangan yang ada pada isteri. (Rujuk: Mirqah al-Mafatih, 5/2117)[3]


Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. 


Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri, melenting, marah menganggu emosinya dan sebagainya. Islam mengajar agar suami sentiasa menggauli isteri dengan cara yang sangat baik. Firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Surah an-Nisa’ (19)

Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan bahawa ayat ini secara umumnya perintah Allah ke atas para suami agar berinteraksi dengan isteri-isterinya dengan pergaulan yang baik. (Rujuk: al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/97) [4]


Menurut Syeikh al-Maraghi pula, ayat ini mengisyaratkan tentang kebersamaan dan kerjasama antara suami dan isteri dalam menghulurkan layanan yang baik antara kedua-duanya yang mana isteri sebagai sumber kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangga. (Rujuk: Tafsir al-Maraghi, 2/213-214) [5]


Tambahan pula, suami dalam melayari bahtera rumahtangga perlu mengambil teladan akhlak terbaik yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda SAW dalam sebuah hadis:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

Maksudnya: “Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.” Riwayat Ibn Majah (2053)


Sehubungan itu, suami tidak mempunyai hak untuk memukul sehingga mencederakan isteri, apatalagi menganiayainya. 


Mendatangkan kecederaan dan menganiayai isteri memiliki implikasi dalam undang-undang persekutuan, dan undang-undang Syariah. 


Contohnya. Seksyen 52 Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh. Seksyen itu memperuntukkan, antara lain;


(1) “Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu : lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;”


Ini menunjukkan bahawa perbuatan mencederakan dan menganiayai isteri adalah darar Syarie yang mengharuskan tuntutan fasakh. 


Dalam masa yang sama, Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan dalam Seksyen 319 ke atas berkenaan kesalahan mendatangkan kecederaan dan kecederaan parah kepada mana-mana orang. 

Justeru, tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat laporan polis atau memberikan keselamatan dan perlindungan kepada anaknya, sama ada lelaki atau perempuan, yang dipukul, dicederakan dan dianiaya oleh pasangan.


Islam telah menetapkan tanggugjawab ke atas suami dalam kepimpinan rumahtangga, tanggungjawab memenuhi hak-hak isteri dan juga Islam memerintahkan agar bersikap santun dan berkelakuan baik terhadap mereka. 


Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah melampaui batas-batas Allah dan RasulNya. 


Dalam melayari bahtera kehidupan setiap pasangan perlu tahu tanggungjawab masing-masing agar setiap seorang di antara mereka tidak dinafikan hak-hak masing-masing sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.


[1] إذا أطعن الله وأطعن أزواجهن، فعليه أن يُحسن صحبتها، ويكف عنها أذاه، ويُنفق عليها من سَعَته


[2] وَفَائِدَةُ هَذِهِ الْمُقَدِّمَةِ أَنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ أَعْوَجَ فَلَا يُنْكَرُ اعْوِجَاجُهَا أَوِ الْإِشَارَةُ إِلَى أَنَّهَا لَا تَقْبَلُ التَّقْوِيمَ كَمَا أَنَّ الضِّلَعَ لَا يَقْبَلُهُ قَوْلُهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ


[3] وَهُوَ الضِّلَعُ الْأَعْلَى، فَلَا يَسْتَطِيعُ أَحَدٌ أَنْ يُغَيِّرَهُنَّ مِمَّا جُبِلَتْ عَلَيْهِ أُمُّهُنَّ، فَلَا يَتَهَيَّأُ الِانْتِفَاعُ بِهِنَّ إِلَّا بِمُدَارَاتِهِنَّ وَالصَّبْرِ عَلَى اعْوِجَاجِهِنَّ فِيمَا لَا إِثْمَ فِي مُعَاشَرَتِهِنَّ


[4] أَيْ عَلَى مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ حُسْنِ الْمُعَاشَرَةِ. وَالْخِطَابُ لِلْجَمِيعِ، إِذْ لِكُلِّ أَحَدٍ عِشْرَةٌ، زَوْجًا كَانَ أَوْ وَلِيًّا، وَلَكِنَّ الْمُرَادَ بِهَذَا الْأَمْرِ فِي الْأَغْلَبِ الْأَزْوَاجُ


[5] وفى كلمة (المعاشرة) معنى المشاركة والمساواة أي عاشروهن بالمعروف وليعاشرنكم كذلك، فيجب أن يكون كل من الزوجين مدعاة لسرور الآخر وسبب هناءته وسعادته  فى معيشته


Hukum Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri

HUKUMNYA WAJIB MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL UNTUK ISTERI

Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. 


Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut. 


Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. 


Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.


Antara tanggungjawab yang besar bagi suami ialah wajib baginya memberikan nafkah tempat tinggal kepada isteri mengikut kemampuannya. Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:

أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡهِنَّۚ

Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”. Surah al-Talaq (6)

Syeikh Abu Bakar Syato menjelaskan bahawa ayat di atas dikhususkan kepada isteri yang ditalak oleh suami. Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang telah ditalak. Justeru, apatah lagi isteri yang masih sah sebagai pasangannya adalah lebih utama disediakan tempat tinggal. (Rujuk: I’anah al-Tolibin, 4/84) [1]

Sehubungan dengan itu, Syeikh Zainuddin juga menyebut bahawa ciri-ciri tempat tinggal yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri adalah :
  • Yang layak bagi isteri dari sudut adat (terjaga dari pandangan untuk berkhalwat dengan suami)
  • Yang bersifat aman, harmoni serta selamat dari sebarang bahaya terhadap dirinya dan hartanya ketika suami tidak berada di rumah. 
  • Tempat tinggal ini bukan hanya keinginan bahkan merupakan keperluan bagi isteri, walaupun tempat itu hanya didiami dalam keadaan sewa atau pinjaman.

(Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 540) [2]


Begitu juga, majoriti ulama berpandangan bahawa suami hendaklah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isterinya yang mana tiada ahli keluarga suami yang lain yang tinggal bersama di rumah tersebut sebagai contoh ibu bapa atau kaum kerabat suami. 

Hal ini disebabkan khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.

Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain yang khusus bagi isteri. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah[3], 25/109, Hasyiyah Ibn Abidin[4], 3/599)

Justeru secara ringkasnya, suami perlu menyediakan tempat tinggal kepada isterinya yang menepati ciri-ciri berikut, antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily:
  • Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang sesuai berdasarkan kemampuannya dari segi kewangan.
  • Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. 
  • Tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabat suami melainkan jika isteri reda untuk berkongsi kediaman yang sama.
  • Suami hendaklah menyediakan keperluan asas di rumah tersebut seperti alas tidur, alat-alat tempat memasak dan bilik mandi.
(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/119)[5].

Sudah menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya. Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.

[1] ويجب للزوجة على زوجها مسكن: أي تهيئته لأن المطلقة يجب لها ذلك لقوله تعالى : (أسكنوهن) فالزوجة أولى

[2] ولها عليه مسكن تأمن فيه لو خرج عنها على نفسها ومالها وإن قل للحاجة بل للضرورة إليه. يليق بها عادة وإن كانت ممن لا يعتادون السكنى. ولو معارا ومكترى.

[3]فالجمع بين الأبوين والزوجة في مسكن واحد لا يجوز (وكذا غيرهما من الأقارب) ولذلك يكون للزوجة الامتناع عن السكنى مع واحد منهما؛ لأن الانفراد بمسكن تأمن فيه على نفسها ومالها حقها، وليس لأحد جبرها على ذلك. وهذا مذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة.

[4] قوله ( خال عن أهله الخ ) لأنها تتضرر بمشاركة غيرها فيه لأنها لا تأمن على متاعها ويمنعها ذلك من المعاشرة مع زوجها ومن الاستمتاع إلا أن تختار ذلك لأنها رضيت بانتقاص حقها

[5] وبناء عليه يجب أن تتوافر في المسكن الأوصاف الآتية:

أن يكون ملائماً حالة الزوج المالية.

أن يكون مستقلاً بها ليس فيه أحد من أهله إلا أن تختار ذلك، وهذا عند الحنفية؛ لأن السكنى من كفايتها، فتجب لها كالنفقة، وقد أوجبه الله تعالى مقروناً بالنفقة، وإذا وجب حقاً لها ليس له أن يشرك غيرها فيه؛ لأنها تتضرر به؛ لأن السكن المشترك يمنعها معاشرة زوجها والاستمتاع بها، ولأنها لا تأمن على متاعها.

أن يكون المسكن مؤثثاً مفروشاً في رأي الجمهور غير المالكية: بأن يشتمل على مفروشات النوم من فراش ولحاف ووسادة، وأدوات المطبخ.

Hukum Nafkah Pasangan Berniaga Yang Berkongsi Keuntungan

Nafkah dari segi bahasa mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syarak ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya

Ia di namakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: Hasyiyah al-Bajuri ala Ibn Qasim Halabi Fatoni, 2/185, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/274)

Firman Allah SWT:

وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Surah al-Baqarah (233)


Imam Ibn Kathir berkata ketika mentafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. 


Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Tayyibah 1999M, 1/634)

Selain itu, firman Allah SWT:


ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

Maksudnya: “laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahgian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” Surah al-Nisa’ (34)

Sayyid Qutub dalam mantafsirkan ayat ini katanya:


Allah telah menciptakan manusia lelaki dan perempuan sebagai suami isteri mengikut peraturan semesta untuk membangunkan alam ini. 


Di antara tugas-tugas perempuan yang telah dijadikan Allah ialah mengandung, melahir, menyusu dan membela anak selaku hasil hubungan dengan lelaki. 


Tugas-tugas ini adalah tugas yang besar dan penting bukannya tugas yang senang dan kecil yang boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa persediaan jasmani, persediaan kejiwaan dan persediaan amali yang mendalam dalam diri perempuan. 


Oleh itu adalah adil bagi Allah meletakkan ke atas bahu lelaki tugas mengadakan keperluan-keperluan rumahtangga dan tugas memberi perlindungan kepada perempuan supaya ia dapat memberi tumpuan kepada tugas yang penting ini. 


Tentulah tidak sewajarnya ia dipaksa mengandung, melahir, menyusu dan memelihara anak-anak sedangkan serentak dalam waktu yang sama ia terpaksa bekerja, berpenat dan berjaga untuk memelihara keselamatan dirinya dan keselamatan anaknya. 


Begitu juga adil bagi Allah mengurniakan kepada lelaki dan perempuan ciri-ciri khusus masing-masing pada struktur anggota, saraf, akal dan jiwa mereka masing-masing, iaitu ciri-ciri yang dapat membantu mereka dalam kerja-kerja melaksanakan tugas mereka masing-masing. (Lihat: Fi Zilal al-Quran, Dar al-Syuruq 2009M al-Qahirah 2/650)


Manakala terdapat hadis Nabi SAW yang menyuruh kepada perkara tersebut berdasarkan hadis dari Mu’awiyah al Qusyairi R.anhu telah bertanya kepada Nabi SAW:


يا رسولَ اللَّهِ ، ما حقُّ زَوجةِ أحدِنا علَيهِ ؟ ، قالَ : أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Baginda menjawab,”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (Lihat: Sunan Abi Daud, al-Maktabah al-Asriyyah Birut, 2/244)


Sehubungan dengan itu, majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:

  • Makanan
  • Barang-barang dapur
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Alat-alat untuk membersihkan diri
  • Barangan rumah
  • Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).

(Lihat: Mughni al-Muhtaj, Dar al-Fikri Birut, 3/426, al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7349)


Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang tertulis diatas. 


Malahan ia termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipangku oleh suami.


Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut. Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

Maksudnya: Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.  (Lihat: Sunan Abi Daud, al-Maktabah al-Asriyyah Birut, 2/132)


Nafkah pada asalnya sesuatu perkara yang diwajibkan ke atas suami terhadap isteri. Akan tetapi jika si isteri menghalalkan nafkah yang wajib diberikan suami ke atas dirinya tidak menjadi masalah. 


Nafkah itu secara langsung tidak menjadi kewajipan ke atasnya. Jika isteri tidak menghalalkannya maka ianya dikira sebagai hutang, menurut majoriti ulama bahawa nafkah yang tidak dijelaskan oleh suami akan dikira sebagai hutang sekiranya suami enggan menunaikannya kepada isteri. 


Ia tidak akan gugur kecuali dengan pembayaran atau dengan pelupusan sebagaimana hutang-hutang yang lain. Ia juga tidak akan gugur dengan sebab berlalunya tempoh idah tanpa membuat pembayaran. 


Dalil majoriti ulama ialah sesungguhnya nafkah adalah gantian, bukan sesuatu pemberian tanpa gantian. Sesungguhnya nafkah itu diwajibkan oleh syarak dengan berlangsung akad perkahwinan sebagai balasan daripada kedudukan isteri menjadi hak isteri bagi suami dalam perkahwinan. 


Apabila nafkah merupakan gantian semata-mata, maka ia adalah seperti hutang-hutang yang lain yang wajib dibayar. (Lihat: al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7404).


Di dalam perbahasan nafkah suami terhadap isteri, para ulama feqah membahagikan kepada tiga golongan suami, yang senang, sederhana dan susah. 


Sekiranya suami merupakan orang susah, maka cukup sekadar mengeluarkan nafkah yang asas. Seperti mengeluarkan secupak beras berserta dengan lauk asas yang mengikut tradisi setempat. 


Kemudian, menyediakan pakaian asas untuk dipakai isteri mengikut pakaian yang dipakai masyarakat setempat sama ada ketika di rumah dan ketika keluar dari rumah, cukup sekadar menutup aurat serta mengikut budaya pakaian orang Islam setempat. 


Kemudian, menyediakan rumah mengikut kemampuan, tanpa disyaratkan untuk memiliki rumah tersebut, sudah memadai sekiranya menyewa. 


Sekiranya suami yang tidak berkemampuan ini menunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah asas ini, maka isteri tidak berhak untuk memohon fasakh. (Lihat: Hasyiyah al-Bajuri ala Ibn Qasim, Halabi Fatoni, 2/190-191)


Terdapat pelbagai nas al-Quran dan Sunnah berkenaan kemampuan nafkah suami di antaranya, Firman Allah SWT:


لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا

Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. Surah al-Talaq (7)

Sementara itu, berkata Imam al-Nawawi RH dalam meresponkan tentang keutamaan di dalam memberi nafkah kepada ibubapa ataupun isteri dengan katanya ialah:


قَدَّمَ نَفَقَةَ الزَّوْجَةِ عَلَى نَفَقَةِ الْأَقَارِبِ

Maksudnya: “Nafkah isteri adalah wajib didahulukan daripada nafkah keluarga yang terdekat”. (Rujuk: Raudah al-Tolibin Wa Umdah al-Muftin, al-Maktab al-Islami Birut t.3 1991M, 9/93)


Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :

  • IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-618 : APAKAH DEFINISI SEBENAR NAFKAH TEMPAT TINGGAL BAGI ISTERI?

  • IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-620 : HUKUM NAFKAH ZAHIR DAN BATIN TERMASUK KEPERLUAN EMOSI DAN KESIHATAN MENTAL BAGI ISTERI

  • AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 167 - TIDAK BERI NAFKAH KEPADA ISTERI YANG BEKERJA

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin

Assalamualaikum
Bismillah

Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim dan kebanyakkan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh menjadi semakin teruk.

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin
Klik HERE for image link

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin

1. Jangan Urut

Elakkan mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2. Jangan Tuam Haba

Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3. Jangan Sapu Minyak Panas/Gamat

Jika ada luka di kulit terutama di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. Jangan Abaikan Kesakitan

Jika kesakitan atau bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutama jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan dan luka (mungkin open fracture).

5. Perlu Rehat

Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Menggunakan tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan ( elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.

6. Perlu Tuam Ais

Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 jam selepas kecederaan.

7. Perlu Balut

Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

8. Perlu Tinggikan

Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki yang terseliuh sentiasa melunjur. Jangan biarkan tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki yang cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda perlu berjumpa dengan doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kesakitan ini boleh mengakibatkan kesakitan yang lebih kronik.


Sumber: Dr Kamarul, Unit Rehabilitasi


Bila Nak Buat Kelas Blog Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak aku mula membina Belajar Buat Blog, ramai juga yang bertanya dan mencadangkan untuk aku menganjurkan kelas blog. Aku masih mempertimbangkan cadangan tersebut. 

Bukan sebab aku tidak yakin dengan kemampuan aku tetapi aku cuma risau dengan expectation orang lain terhadap apa yang aku kongsikan sekiranya aku membuat keputusan untuk buat kelas blog.

Dan masih terlalu awal untuk aku jadi pengajar. Banyak lagi yang aku tidak tahu dan cuba untuk memperbaiki lagi kemahiran dalam berblog.

Kadang-kala expectation orang ini terlalu tinggi dengan kita. Apabila mereka join kelas dan membayar yuran, mereka berharap untuk belajar sesuatu yang baru dari kita. Sekiranya kita ajar perkara yang sudah diketahui, jadi mereka akan menganggap duit yuran tu sia-sia sahaja. 

Benda boleh cari kat Google, buat apa susah payah join kelas. Aku cuma mahu mengelak kejadian-kejadian seperti itu. 

kelas blog online

Manfaat Membuat Kelas Blog Secara Online

Ada banyak kelebihan apabila buat Kelas Blog Secara Online ni. Antaranya :

1. Peserta dapat belajar secara langsung 

Apabila join kelas, peserta dapat belajar ilmu blogging secara langsung (live). Tak sama kita membaca apa yang ditulis dengan mendengar orang bercakap secara berhadapan. Kadang-kala apa yang disampaikan melalui lisan lebih difahami kerana ada intonasi dan suara. 

2. Dapat lihat tutorial dengan jelas

Apabila buat kelas blog online, peserta dapat melihat tutorial cara membuat blog dengan lebih jelas melalui video berbanding tutorial bergambar. Tutorial bergambar nie penulis terpaksa buat banyak kerja editing seperti printscreen, crop, format gambar dan lain-lain. Tidak semua ditunjukkan di gambar. Ada yang terpaksa di skip. 

3. Peserta boleh aplikasikan teknik dan kemahiran blog

Selain itu juga, peserta boleh aplikasikan teknik dan kemahiran yang diajar di hadapan pengajar. Jadi pengajar boleh mengenal pasti adakah teknik yang digunakan tepat dan betul. Pengajar boleh betulkan dan bagi cadangan untuk memperbaiki blog. 

4. Sesi soal jawab 

Bukan itu sahaja, peserta juga boleh bertanya soalan kepada pengajar secara langsung sekiranya ada perkara yang tidak difahami pada ketika itu juga. Tidak perlu email ataupun tunggu update entri baru kita dapat bertanya. Kadang kita pandai terlupa nak tanya soalan apa.

5. Dapat ilmu yang tidak diperoleh melalui penulisan artikel di blog

Tidak semua benda penulis blog dapat sampaikan di blog. Ada beberapa point yang kadang terpaksa dipecahkan mengikut kategori. Dan penulis tinggal mengaitkan sahaja dengan artikel yang sebelumnya. Masalahnya di sini apabila pembaca blog kita sendiri tidak baca semua info sekaligus. 

Kelebihan Buat Kelas Blog Kepada Pengajar

1. Jana pendapatan sampingan melalui kutipan yuran penyertaan

Pertama sekali penganjur dan yang mengajar boleh jana pendapatan melalui kutipan yuran setiap penyertaan. Kenapa perlu yuran? Bukan sebab ilmu sahaja tetapi kita kena fikir dari sudut masa dan tenaga. 

Even nak buat event kecil pun perlu dana, inikan pula nak buat kelas blog secara online. Peserta dapat ilmu dan boleh amalkan ilmu dan kemahiran tersebut. Manakala pengajar pula dapat reward, gaji atau income hasil dari apa yang dia buat. Win - win situation.

2. Dapat menjawab persoalan

Bagi aku as a teacher tugas kita bukan mengajar sahaja. Tetapi menjawab soalan-soalan pelajar. Jadi apabila kita dapat menjawab persoalan peserta yang selama ini dia mahukan jawapan, merupakan satu kepuasan kepada pengajar. At least kita dapat bagi sesuatu yang bermanfaat.

3. Penyampaian yang lebih jelas

Buat kelas blog secara online memudahkan pengajar untuk menyampaikan topik-topik penting dengan lebih jelas berbanding perkongsian secara penulisan. Apabila menulis kita kena susun ayat yang sesuai agar mudah pembaca kita faham.

Kalau kita bercakap, walaupun orang tak faham kita boleh jelaskan berulang-kali sampai dia faham. Dalam erti kata lain ada banyak cara untuk menyampaikan sesuatu topik sebab tahap kefahaman seseorang tidak sama.

4. Menyediakan latihan / nota / powerpoint

Selain itu juga, pengajar boleh menyediakan nota dan powerpoint untuk peserta sebelum sesi mengajar bermula. Jadi peserta lebih bersedia dan tahu topik yang bakal diterangkan dalam sesi tersebut. 

Kekurangan Buat Kelas Blog Kepada Pengajar

1. Penyertaan yang terhad

Buat kelas secara online nie tak macam kita hadir ke kelas secara fizikal. Penyertaan terpaksa dilimitkan untuk beberapa orang sahaja dalam setiap sesi. Sejujurnya, aku lagi suka mengajar one to one session. Maksudnya tidak semualah dapat join kelas tu. Dan terpaksa buat kelas pada waktu lain lagi. 

2. Perlu membuat persediaan mengajar

Sebelum kita ajar orang, kita kena lebih bersedia dengan sesi pengajaran. We don't know what to expect masa sesi tu. Sekiranya kita kurang bersedia, rugilah masa kita dan peserta tersebut. 

Sebagai contoh, buat sesi selama 1 jam, tetapi tak sampai 1 jam dah selesai. Kemudian tak tahu dah nak buat apa untuk lebihan masa tersebut. 

3. Kekangan masa 

Kekangan masa pengajar dari segi persediaan, jadual untuk buat sesi dan sebagainya. Nak buat sesi 30 minit cukupkah? Ataupun 1 jam sesi tu cukup ka untuk sampaikan apa yang perlu disampaikan? Time is money! Hahaha

4. Masalah internet / teknikal

Gangguan dari segi internet dan masalah teknikal yang lain pun boleh berlaku yang kita tidak jangka. Kalau boleh kita mahu manfaatkan masa 1 jam dengan lancar tanpa gangguan internet dan masalah teknikal yang lain.

Hal ini demikian kerana ia akan memakan masa. Buat sesi 1 jam nanti ter'drag ke 1 jam 30 minit. Hal macam tu yang kita tidak mahu berlaku semasa sesi. 

5. Waktu mengajar 

Walaupun aku kerja fulltime as blogger tetapi kena tahu juga nak urus masa untuk kerja-kerja di rumah dan mencari masa yang sesuai untuk buat kelas blog. Sebab peserta ini ikut masa kita saja sebenarnya, kalau kita yang tiada masa, susahlah nak buat kelas blog online. 

6. Yuran Peserta 

Akhir sekali dari segi yuran penyertaan. Yuran penyertaan inilah yang buat aku terfikir banyak kali nak buat kelas online ataupun tidak. 

Sejujurnya RM50 bagi aku masih kurang berbaloi untuk mengajar sesuatu topik. Misalnya nak mengajar macam mana nak cari keyword blog atau nak buat artikel SEO. Banyak sangat benda aku nak kongsi kalau pasal SEO nie.

Dan aku suka orang yang betul-betul mahu belajar. Bukan setakat join kelas sebab nak tahu cara tu sahaja. Nak instantly berjaya saja. 

Ini bukan soal kedekut ilmu ataupun apa. 1 ilmu yang korang dapat tu kalau betul-betul dipraktikkan boleh buat banyak benda sebenarnya. 


Kesimpulannya

Setelah pertimbangkan banyak benda dari segi masa, persediaan, kos dan sebagainya. Aku buat keputusan untuk hold dulu nak buat kelas blog secara online ni. It's not about money.

Sedangkan Belajar Buat Blog sendiri pun ada yang tanya bila nak ajar SEO, buat duit dari blog dan sebagainya. Menuntut ilmu nie kena sabar. Apatah lagi menuntut ilmu agama.

Aku tahu perkongsian aku tiada kaitan pun dengan agama. Cuma mahu kita semua jadi seorang blogger yang menulis kerana ingin berkongsi manfaat. Seseorang yang suka berkongsi manfaat dengan orang lain akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dan sentiasa ingin belajar sesuatu. 

Marilah kita sama-sama jadi lebih baik tidak kira apapun pekerjaan yang kita lakukan.

Menulis kerana ALLAH.
Menulis kerana ingin berkongsi manfaat.
Menulis kerana ingin mencari reda dan diredai Allah SWT.
Menulis sebagai bekalan akhirat kita.
Menulis agar menjadi contoh yang baik buat orang lain.
Menulis hal-hal kebaikan.

Hati-Hati Dengan Lisan & Tulisan Kita

Assalamualaikum
Bismillah

Dulu sebelum kahwin, aku tidak terfikir pun soalan-soalan macam nie begitu sensitif sampailah aku rumahtangga. 

"Bila nak ada anak?"

"Dah lama kahwin, harap cepat-cepatlah dapat anak.."

"Anak aku dah dua orang, kau bila lagi nak ada anak. Nanti dah umur 30an nak bersalin pun susah".

Aku tak kisah sangat dengan persoalan dan pertanyaan macam nie. Tetapi ada yang aku baca kat komen suami isteri bergaduh sebab soalan-soalan macam ni. 

Bayangkan rumahtangga orang tu bahagia saja, tetapi dengan soalan-soalan kita telah menyebabkan pasangan suami isteri mungkin bergaduh. 

Hati-Hati Dengan Lisan & Tulisan Kita

Itu belum lagi dengan soalan-soalan. 

"Anak aku dapat 10A dan jadi pelajar cemerlang peringkat kebangsaan. Anak kau dapat berapa A?".

"Aku dah ada 10 orang cucu, kau bila lagi nak ada cucu? Jangan-jangan menantu kau mandul"

"Kita jadi isteri ni jangan harap sangat dengan duit suami. Nanti suami curang dengan perempuan lain macam mana?"

"Suami aku baru naik pangkat, kitaorang nak beli rumah banglo. Suami kau dah bertahun kerja, bila nak naik pangkat?"

Walaupun soalan-soalan itu cumalah rekaan semata-mata. Tetapi berlaku di dunia realiti. 

Hati-hati dengan lisan dan tulisan kita

Dalam tak sedar soalan-soalan kita tu telah banyak melukakan hati orang lain. 

Kalau tengok kat facebook, instagram, dan mana-mana laman sosial media ramai sangat yang membanding-bandingkan kehidupan rumahtangga masing-masing.

Dan semakin hari semakin ramai juga yang galak berkongsi aib dan kekurangan pasangan masing-masing. 

Dulu kalau nak sembang bergosip, kena jumpa orang dan bersembang. Tetapi kadang nak bercakap atau bergosip pun kita masih berhati-hati dalam berkata. Risau orang terasa hati dengan lisan kita.

Tetapi sekarang, nak bersembang dengan jari pun boleh. Nak tabur fitnah dan aib senang sahaja. Dalam bilik pun dah boleh buat. Dari bangun tidur sampailah nak tidur kita kumpul dosa jariah. 

Di tambah pula dengan butang "share" dan penambah rasa "caption" yang mengundang orang lain untuk turut serta mengumpat dan bergosip. 

Dan paling menyedihkan apabila kita sendiri membuka ruang untuk orang bercerita tentang aib dan keburukan diri kita. 

Buat video, kongsi video. 
Tak pun kongsi video orang lain.

Allah dah tutup rapat-rapat aib kita. Tetapi kita pamerkan dengan orang. 

Sebutlah apa sahaja isu, terlalu banyak halaman yang melaga-lagakan umat dengan isu-isu remeh sehingga pengunjung (yang membaca) memberi komen dengan bahasa yang tidak enak dibaca dan didengar. 

Terasa sesak nafas di dada apabila terpaksa berhadapan dengan semua penyakit ini.

Aku bukanlah seorang yang baik. Apatah lagi menganggap diri lebih baik. 
Aku cuma tak tahu macam mana nak suarakan kerisauan aku tentang perkara-perkara yang tidak menyenangkan yang hari-hari berlaku di depan mata aku. 

Allah bagi kita nikmat tangan untuk buat perkara-perkara kebaikan. 
Allah bagi kita nikmat lisan untuk selalu berzikir dan berkata baik. Dan seandainya tidak mampu, lebih baik diam.

"Kalau tidak boleh hadap semua tu delete lah media sosial kau"

"Suka hati akulah, facebook aku, blog aku".

Sahabat yang aku kasihi sekalian, mungkin apa yang aku tulis ini tidak dapat diterima atau ramai yang tidak bersetuju. 

Suatu hari nanti, mungkin aku sendiri terbabas dengan lisan dan kata-kata aku. Tetapi aku percaya, andai ada yang menegur itu kerana Allah nak bagi peringatan kepada aku. 

Sebenarnya bukan sekali. Dah banyak kali juga aku terlepas kata mahupun terkasar bahasa. 

Lisan kita nie banyak mengundang penyesalan di kemudian hari. Kadang kala mampu menuturkan dengan lurus dan teratur tetapi sering kali juga terbabas. 

Terpesong sana sini, malah disengajakan dan dinormalisasikan dengan cacian, makian, lagha, mengumpat dan fitnah. 

Bahaya lisan bukan lagi pada lisan (mulut) yang berkata-kata. Tetapi tangan yang mengambil alih perbuatan lisan. Kini yang liar itu adalah tangan.

Mudahkah untuk diam? Susah kawan-kawan!

Mudahkah untuk diam sekiranya kita ada pendapat dan tidak menyatakannya? Rasa seperti dada itu hendak meletup, membuak-buak mahu bercakap. 

Ia bukan lagi pertarungan antara diam dan berkata-kata. Kini, ia pertarungan antara tidak menulis dengan menulis. 

Kata-kata ibarat sebilah pisau. Apabila terlanjur berkata sehingga menguris hati seseorang. Percayalah, orang tu mungkin mudah memaafkan. Tetapi mereka tidak akan mudah melupakan. 

Sekali lagi, hati-hati dengan lisan dan tulisan kita. 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya~


Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang

Assalamualaikum
Bismillah

Alahmdulillah 'ala kulli hal.. Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi tentang Majlis Pertunangan aku tahun lalu. Sekarang dah masuk 8 bulan aku berkahwin. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja bertunang kelmarin haha.

Sebelum nak cerita pasal senarai barang hantaran untuk bertunang. Jom kita baca tentang maksud pertunangan mengikut Mufti Wilayah.

Takrif Pertunangan

Bertunang bermaksud mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin). Meminang pula bermaksud meminta anak gadis supaya menjadi isteri, melamar, meminang.

Dapat difahami bahawa pertunangan ialah sebagai satu tanda persetujuan oleh kedua-dua pihak dalam rangka membina rumah tangga menjadi suami isteri.

Pertunangan Menurut Islam

Pertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Ia dapat membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat yang ingin bertunang:

انْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا
Maksudnya: “Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.” Riwayat al-Tirmizi (1087)

Begitu juga hadith dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sahal bin Sa’d R.A, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ جِئْتُ لأَهَبَ لَكَ نَفْسِى فَنَظَرَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَعَّدَ النَّظَرَ إِلَيْهَا وَصَوَّبَهُ ثُمَّ طَأْطَأَ رَأْسَهُ

Maksudnya: “Seorang menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku datang menyerahkan diriku kepadamu! Lalu Rasulullah SAW memerhatikan perempuan itu ke atas dan ke bawah dan kemudian Baginda menundukkan kepalanya.” Riwayat al-Bukhari (4833)

Aku menyerahkan diriku kepadamu bermaksud menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW agar mengahwininya tanpa mas kahwin atau mengahwinkannya dengan orang yang sesuai.

Hadith yang seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

كُنْتُ عِنْدَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَأَخْبَرَهُ أَنَّهُ تَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَنَظَرْتَ إِلَيْهَا ». قَالَ لاَ. قَالَ « فَاذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِى أَعْيُنِ الأَنْصَارِ شَيْئًا ».

Maksudnya: “Ketika aku bersama-sama Nabi SAW, seorang lelaki telah menemui Baginda, lalu memberitahu bahawa dia akan mengahwini seorang perempuan Ansar. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau melihatnya? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Pergilah lihat perempuan itu kerana pada mata Ansar terdapat suatu kelainan daripada mata perempuan lain, yang mungkin tidak menarik hatimu.” Riwayat Muslim (3550)

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا إِذَا كَانَ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِخِطْبَتِهِ وَإِنْ كَانَتْ لَا تَعْلَمُ
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.” Riwayat Ahmad (23602)
Seorang perempuan juga berhak melihat lelaki yang ingin dikahwininya bagi memastikan keadaan lelaki tersebut supaya tidak menyesal selepas perkahwinan. 

Hal ini adalah kerana perempuan juga tertarik hati dengan lelaki, sepertimana lelaki tertarik hati dengan perempuan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/529)

Secara ringkasnya, meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah dan Baginda juga pernah meminang Hafsah.

Perlukah Membuat Majlis Pertunangan? 

Adapun adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam. 

Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. 

Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Sabda Nabi saw :

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا
Maksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya.


Dan sebaik-baiknya adalah MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGAN.

Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan. Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)

Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. 

Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:

وَأَمَّا الْخِطْبَةُ بِالْكَسْرِ فَيُنْدَبُ إخْفَاؤُهَا كَالْخِتَانِ وَإِنَّمَا نُدِبَ الْإِخْفَاءُ خَوْفًا مِنْ الْحَسَدَةِ فَيَسْعَوْنَ بِالْإِفْسَادِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَهْلِ الْمَخْطُوبَةِ
Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.

Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian.


Rujukan :

Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang

Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang

Jadi sekarang kita dah tahu serba sedikit tentang maksud pertunangan dan hukum menjalankan majlis pertunangan. Semoga tiada lagi timbul persoalan-persoalan wajib atau tidak buat majlis dan sebagainya. 


Sebagai tambahan, aku mahu kongsikan sedikit senarai barang hantaran masa aku bertunang. 


Sebelum menyatakan hasrat untuk merisik atau bertunang, aku bawa calon suami merangkap suami aku sekarang berjumpa dengan keluarga aku dahulu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan calon suami aku kepada kedua orang tua dan meminta restu mereka.


Setelah berbincang, ibu bapa aku menetapkan tarikh untuk suami aku datang ke rumah merisik sekali bertunang. Kami membuat persiapan selama seminggu untuk majlis pertunangan. 


Pihak perempuan membuat persiapan untuk menyediakan juadah buat keluarga pihak lelaki yang akan datang. Manakala, pihak lelaki pula menyediakan dulang hantaran untuk pertunangan. 


Memandangkan kitaorang orang sabah dan tidak mengikut adat orang Melayu. Jadi adat kami (pihak perempuan) tidak menyediakan dulang untuk pihak lelaki. (Bagi suku kaum Dusun Bonggi).


Sekiranya pinangan diterima dan sepanjang tempoh pertunangan pihak perempuan memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, maka pihak perempuan wajib membayar denda atau memulangkan kembali apa yang diberikan oleh pihak lelaki (mengikut persetujuan kedua buah keluarga)


Dan sekiranya pihak lelaki memutuskan tali pertunangan, maka pihak perempuan tidak akan memulangkan apa-apa yang telah diberikan oleh pihak lelaki. Apapun bergantung dengan perbincangan keluarga juga. 


Keluarga aku tidak menetapkan dulang hantaran. Yang penting cincin dan duit hantaran untuk majlis pernikahan sahaja. Jadi suami aku pada ketika itu memberikan 5 dulang hantaran untuk bertunang dan duit hantaran. (Tiada balasan dulang dari pihak perempuan) 

pelamin tunang simple

Antara senarai barang hantaran untuk bertunang :

  • Set Al-Quran
  • Set Telekung
  • Cincin Tunang
  • Set sejadah
  • Set Skincare 
Semua barang boleh beli di shopee atau kedai. Aku tak minta apa-apa pun sebab memang kami mahu buat seringkas dan sederhana yang boleh. 

Sebaik-baiknya sediakan dulang yang pasangan kita guna setiap hari. Aku tak bermekap dan tidak memakai sebarang wangian jadi suami aku memang tak bagilah. 

Selain senarai barang di atas korang juga boleh bagi :
  • Sirih junjung
  • Set jam atau dompet
  • Beg tangan
  • Kasut 
  • Set barang kosmetik
  • Kain songket 
  • Set baju kurung / kebaya / Melayu
  • Set tudung / purdah
  • Set mandian
  • Barang perhiasan (rantai, subang, gelang)
  • Minyak wangi
  • Kuih muih / kek
  • Buah-buahan
  • Hantaran coklat
  • Kain pelikat
  • Bunga rampai 
  • Gong / Keris / Alat tradisional 
  • Kain pasang / Meter

Banyak lagi barang hantaran yang korang boleh bagi, yang paling penting ikut kemampuan masing-masing, besederhana dan tidak berlebihan. 

Dalam Islam sendiri, tidak digalakkan untuk mengadakan majis bertunang secara besar-besaran sehingga membawa kepada pembaziran. Namun, jika mampu dibolehkan. Jika tidak mampu, maka tidak perlu. 

Aku tak buat pun pelamin. Tetapi kakak sepupu aku yang baik hati buatkan pelamin mini simple. (Buat backdrop saja) Tiada kerusi dan duduk di karpet sahaja hahaha. 

Selepas pinangan diterima, mama mertua masuk dalam bilik dan sarungkan cincin tunang. Kemudian bergambar dengan bakal mama mertua dan makcik suami. Itu sahaja haha. Kitaorang jamu selera dan sebelum balik, ambil 1 - 2 foto dengan tunang (suami aku) untuk kenangan. 

Perbincangan antara keluarga untuk majlis pernikahan itu yang penting sekali bagi aku. Bila nak tetapkan tarikh pernikahan. Nak buat majlis macam mana? Berapa orang yang datang bagi pihak keluarga lelaki dan perempuan. 

Apatah lagi kalau pasangan kita berlainan daerah dengan kita memang banyak sekali urusannya. Jadi masa tu lah kena bincang betul-betul agar majlis pernikahan berjalan lanjar dan dipermudahkan. 

Apa yang penting dan lebih utama adalah barakah dan doa dalam apa jua perkara. Itulah yang lebih utama untuk dicapai. 

Sebaik-baiknya pertunangan yang dilangsungkan dipendekkan tempoh masanya hanya beberapa minggu atau sebulan dua sahaja. Ini kerana, matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat.

Aku bertunang tak sampai 3 minggu terus kami nikah. Alhamdulillah, fasa-fasa bertunang memang mencabar dan banyak sekali dugaannya. Bila diingat kembali memang menangis. Tetapi ALLAH yang permudahkan semuanya. Allah yang bagi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semuanya. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Semuanya dengan izin Allah. Semuanya dengan bantuan dan kasih sayang Allah akhirnya kami disatukan dalam ikatan perkahwinan. 



Ibadah Tak Sah Jika Tak Mandi Wajib

Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul. 

Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.

Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu.

mandi-wajib

Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar.

Hadas kecil

Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air).

Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah:

  • Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
  • Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.
  • Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya.
  • Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Hadas besar

Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.

Sebab-sebab berlakunya hadas besar adalah:

1. Junub.

Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.

a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

الْمَاءُ مِن الْمَاءِ
Maksudnya: “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).” (HR Muslim, hadis sahih)

b) Bersetubuh.

Rasulullah SAW bersabda:

إذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِل
Maksudnya: “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.” (HR Muslim, hadis sahih)


c) Mimpi (Ihtilam)

Seorang lelaki mahupun perempuan mengalami mimpi basah atau keluar air mani.

Terdapat 3 ciri bila seseorang itu bermimpi:
  • Keluarnya air disertai rasa nikmat dan syahwat
  • Keluar kerana tadaffuq (aroma seperti adunan roti saat masih basah)
  • Putih telur bila sudah kering

2. Terhenti darah haid.

Firman Allah SWT:

وَيَسْأَلُونَك عَنْ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,” (Surah al-Baqarah 2: 222)

3. Terhenti darah nifas.

4. Melahirkan anak.

5. Meninggal dunia kecuali mati syahid.



RUKUN MANDI WAJIB

Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada 2 perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:

1. Niat.

2. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.

Dalam kitab tersebut beliau menuliskan:

فُرُوضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ

Maksudnya: “Fardhu atau rukun mandi ada dua, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.”


CARA MANDI WAJIB

Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi dalam kitabnya Kasyifatus Saja menerangkan tatacara melaksanakan kedua rukun tersebut.

niat-mandi-wajib

1. Niat mandi wajib berlaku sewaktu siraman air yang pertama jatuh ke anggota badan.

Niat Mandi Wajib

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ مِنَ اْلِجنَابَةِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: "Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardhu kerana Allah Ta'ala."

2. Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.

Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.


ADAB MANDI WAJIB

Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:
  • Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak 3 kali.
  • Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.
  • Berwudhuk.
  • Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.
  • Ratakan air ke bahagian badan sebelah kanan 3 kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri 3 kali.
  • Gosokkan bahagian depan dan belakang badan 3 kali.
  • Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.

Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.

Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima Allah SWT. 😊

Rujukan:

  • Kitab Safinah Najah, karangan Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami.

  • Kitab Kasyifatus Saja, karangan Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi.

  • Kitab Fiqhul Manhaji, karangan Dr Mustafa Al-Khin & Dr Mustafa Al-Bugha 'Ali Asy-Syarbaji

Wallahua'lam.


Cara Mudah Kira Lemak Dalam Badan Menggunakan Calculator.net

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak mendirikan rumah tangga aku semakin hari semakin concern dengan perkembangan berat badan aku. Alhamdulillah, sihat walafiat dan bahagia. Cuma aku perasan berat badan makin bertambah hahaha. 

Sejujurnya lemak dalam badan pun bertambah. Kadang hairan juga ya kenapa kawan-kawan aku maintain je berat badan dorang walaupun selepas bersalin. 

Suami aku okay saja dengan berat badan aku, cuma aku memang rasa perlu turunkan juga. Hahaha. Rindu dengan berat masa waktu bujang dulu-dulu. Nak juga kekal slim gitu. Tetapi bukan itu tujuan utama aku nak bersenam. Aku cuma nak jaga berat supaya BMI maintain saja. 

Sejak dari itu, aku memang dah mula diet, kurangkan makan makanan dan minuman manis. Aku juga cuba untuk konsisten jaga pola tidur dan bersenam at least tiga (3) kali seminggu. 

Alhamdulillah suami juga sangat supportive dengan bini dia. Aku minta belikan treadmil supaya aku dapat bersenam di dalam rumah memandangkan suami aku selalu outstation. Nak jogging kat luar pun tak berani nak keluar sorang-sorang. 

Nak cerita pasal diet nie pun, aku masih kurang ilmu. 

Aku selalu tengok kat youtube tentang ilmu kesihatan, tips bersenam, tips pemakanan dan banyak info berkenaan gaya hidup yang sihat. 

Dan paling menarik perhatian aku ialah ada beza rupanya antara lemak dan kalori. Dulu aku ingatkan apabila bersenam ni, kalori dan lemak akan terbakar. Rupanya tidak semestinya lemak dalam badan terbakar sewaktu kita bersenam. 

Jadi selama ini penat-penat bersenam rupanya lemak tak terbakar pun. 

Apakah perbezaan antara kalori dan lemak?

Kalori pada dasarnya adalah satu unit tenaga (yang ada pada makanan & minuman). Kalori makanan adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan kita jika diambil secara berlebihan.

Menurut kamus perubatan Medilexicon, kalori adalah satu unit kandungan yang terdapat dalam sesuatu jenis makanan atau minuman.

Atau lebih tepat lagi, ia adalah jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan dan minuman yang akan kita perlukan untuk melakukan pekerjaan seharian dengan baik. Pun begitu, keperluan kalori adalah tidak sama bagi setiap individu.

Lemak dalam tubuh pula ialah apa sahaja makanan & minuman yang kita konsume yang mengandungi kalori apabila diambil secara berlebihan akan berubah menjadi lemak. 

Setiap waktu badan kita menggunakan energi (kalori) sebagai bahan bakar untuk melakukan aktiviti samada aktiviti secara fizikal mahupun aktiviti organ dalaman. 

Sedangkan lemak dalam tubuh kita tidak selalu digunakan untuk bahan bakar untuk melakukan aktiviti. 

Calculator.net

Membakar Kalori vs Membakar Lemak

Membakar kalori - Tubuh menggunakan apapun yang mengandungi kalori untuk bahan bakar (energi). Maksudnya, apa yang kita konsume akan digunakan sebagai energi.

Membakar lemak - Tubuh menggunakan lemak dalam badan sebagai bahan bakar untuk diubah menjadi energi. Ertinya, lemak tubuh kita digunakan untuk dijadikan energi. 

Umumnya, melakukan aktiviti fizikal semasa perut kosong dikenali sebagai puasa kardio (fasted cardio).

Teorinya adalah badan akan menggunakan lemak serta karbohidrat yang disimpan sebagai tenaga dan bukannya melalui makanan baru dimakan – sekali gus membawa kehilangan lemak lebih tinggi.

Di samping itu, menggunakan lemak sebagai tenaga tidak semestinya bermakna korang akan mengurangkan keseluruhan peratusan lemak badan atau membakar lebih banyak kalori.

Jadi bukan senang-senang kan nak kurangkan lemak nie. 

Cara Mudah Kira Lemak Dalam Badan Menggunakan Calculator.net


2. Masukkan umur, berat, ketinggian, ukuran leher, pinggang dan punggung.

Cara Mudah Kira Lemak Dalam Badan Menggunakan Calculator.net

3. Jadi hasilnya korang boleh nampak hasil berapa peratus body fat korang. 

Korang boleh rujuk body fat calculator yang sepatutnya ada pada tubuh wanita tu kurang dari 20%. Jadi kalau lebih dari itu, kemungkinan berisiko untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Cara Mudah Kira Lemak Dalam Badan Menggunakan Calculator.net

Cara Membakar Lemak

Untuk menghilangkan lemak, badan korang perlu membuang lebih banyak kalori. Itulah matlamat setiap latihan dan diet.

Formula emas untuk kehilangan lemak tetap sama: diet yang sihat dan kerap bersenam. Lemak terbina secara beransur-ansur di dalam badan dari semasa ke semasa. Ia tidak hanya muncul dalam sekelip mata. 

Jadi, tidak ada cara untuk membuatkanya hilang serta-merta. Apapun jaga kesihatan yang paling penting, amalkan gaya hidup yang sihat dan rajinkan diri untuk bersenam. 

GIVEAWAY BZ SATU 2022

 

GIVEAWAY BZ SATU 2022
Klik Banner

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP: 13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:

👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.

Jemput join semua. Terima Kasih


7 Kesilapan Dalam Mengajar Kemahiran Tulisan Tangan Kanak-Kanak

Perkongsian ini dikongsikan di Facebook Mahfuzah Zainol berkenaan kemahiran tulisan tangan. Perkongsian oleh Mahfuzah Zainol ini adalah hasil daripada pembacaan, kajian dan pembangunan garis panduan intervensi kemahiran tulisan tangan. Semoga bermanfaat untuk semua. 

7 Kesilapan Dalam Mengajar Kemahiran Tulisan Tangan Kanak-Kanak

7 Kesilapan Dalam Mengajar Kemahiran Tulisan Tangan Kanak-Kanak

1. Guna buku latihan menulis huruf dot-to-dot 

Buku latihan dot to dot tidak sesuai untuk latihan kemahiran tulisan tangan kerana contoh latihan dot to dot dalam buku tersebut bersifat tidak continuous. Latihan kemahiran menulis haruslah continuous dan kurangkan angkat mata pensel semasa menulis huruf atau nombor 

2. Memaksa murid pegang pensel dengan menggenggam tangannya 

Elakkan memaksa kerana boleh membuatkan kanak-kanak trauma dan ‘withdrawal’ atau ‘refuse to participate’ dalam aktiviti melibatkan pensel dan kertas. 

3. Guna pensel bersaiz jumbo 

Pensel bersaiz jumbo adalah besar dan berat, tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai saiz tangan yang kecil. Cari pensel yang sesuai dengan saiz tangan mereka. 

4. Guna alat adaptasi pegang pensel pada umur bawah 6 tahun 

Penggunaan alat adaptasi memegang pensel seperti yang terdapat di pasaran hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pegangan pensel setelah melewati umur matang untuk usia ‘pencil grasp development’. 

Pada usia melewati 6 tahun ke atas, pegangan pensel lebih sukar diubah kerana mereka telah selesa dengan pegangan pensel yang tidak diperbetulkan sebelum ini. 

5. Terus guna buku untuk latihan tulisan tangan

Sebagai permulaan latihan menulis, lebih digalakkan guna bahan-bahan yang bersifat multi sensori seperti membentuk huruf menggunakan doh, pasir, tepung dan sebagainya untuk memantapkan visual dan tactile memori untuk ingat bagaimana huruf ditulis. Banyak sangat idea dan perkongsian multi sensori ini dalam Pinterest, media sosial dan website ahli terapi bertauliah. 

6. Tidak guna kertas bergarisan 

Perlu gunakan kertas yang bergaris supaya kanak-kanak ‘aware’ dengan kehadiran garisan sebagai tempat untuk huruf diletakkan. Mulakan dengan kertas bergaris 1 yang dibuat sendiri. 

7. Tidak ajar untuk fokus kepada ‘starting point’ huruf ditulis 

Pentingkan ‘starting point’ huruf atau nombor ditulis kerana ini dapat memberi petunjuk untuk ‘letter formation’ yang betul. Tips untuk ‘starting point’ yang betul ialah mula dari atas ke bawah, kemudian kiri ke kanan. 

Jika kita fokus kepada starting point yang betul, akan mengurangkan kecenderungan reversal writing atau tulis huruf secara mirror image.  


Review Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali pergi watson aku banyak kali dah godek produk daripada Wardah Moisturizer ni. Cuma belum ada keinginan lagi untuk mencuba. 

Sampailah pada suatu hari aku cari kat Shopee moisturizer untuk kulit berminyak. 

Dan antara produk yang bajet ialah Wardah Lightening Day Gel Moisturizer. Jadi aku pun cubalah pelembap muka dari Wardah. Sebenarnya kalai korang nak tahu, produk Wardah ini dari Indonesia. Bukan skincare sahaja, produk kosmetik pun ada. 

Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Wardah Lightening Day Gel Moisturizer

Wardah Lightening Day Gel merupakan pelembap yang mempunyai tekstur watery gel dan ringan. Ia juga dilengkapi dengan Advanced Niacinamide dan UVA/UVB Filter. Sesuai untuk kulit normal dan cenderung berminyak. 

Manfaat Wardah Lightening Day Gel Moisturizer

Wardah Lightening dengan Advanced Niacinamide memberikan 5 manfaat iaitu :
  • Mencerahkan kulit 
  • Melindungi kulit dari paparan blue light
  • Menjadikan warna kulit sekata
  • Menyamarkan bekas jerawat
  • Menjaga kelembapan kulit
Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Ingredient

Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Ingredient 

ADVANCED NIACINAMIDE, WATERY TEXTURE FORMULA. Aqua, Niacinamide, Cyclopentasiloxane, Glycerin, Dimethicone, Butylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Polysorbate 20, Carbomer, Disodium EDTA, Allantoin, Chlorphenesin, Silica, Tocopheryl Acetate, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Pentylene Glycol, Potassium Hydroxide, Fragrance, Amodimethicone, Sodium Hydroxide, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Actinidia Polygama Fruit Extract, Trideceth-9, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Ethylhexylglycerin, CI 42090.

Cara Penggunaan Wardah Lightening Day Gel 

Senang je nak pakai Wardah Moisturizer ini. Hanya perlu sapu dan urutkan dengan lembut pada muka dan leher. Biasanya aku akan pakai pelembap selepas cuci muka. Lepas tu barulah pakai sunblock untuk perlindungan daripada sinaran UV. 

Packaging & Tekstur

Dari segi packaging pula diperbuat daripada plastik biasa dan di dalam bekas bulat kecil bewarna biru muda. Gel moisturizer ini berisi 30g. Tidak terlalu kecil dan sebesar saiz tapak tangan. Ringan dan travel-friendly. 

Manakala dari segi tekstur pula, seperti yang di-claim mempunyai tekstur watery gel, ringan, cepat meresap dan mempunyai fragrance (bau) tetapi tidak kuat sangat. 

Wardah Lightening Day Gel Moisturizer
Harga Lightening Day Gel 30 g - RM15.90 
(Harga mungkin berubah mengikut lokasi)

Review Wardah Lightening Day Gel Moisturizer

My first impression apabila menggunakan Wardah Lightening Day Gel Moisturizer ini ialah dari segi fragrance. Memandangkan aku mempunyai kulit yang sensitif dan berminyak, jadi kulit aku agak sensitif dengan produk yang mempunyai bau.

Tetapi pelembab ini best sebab tidak mempunyai bau yang kuat. Wangi dan menyenangkan. Apabila apply kat kulit mula, tiada rasa gatal, kemerahan ataupun sensitif dengan pelembap ini. 

Dari segi tekstur pula super lightweight dan cepat meresap ke dalam kulit. Selain itu, mempunyai tekstur watery gel yang mana sangat sesuai buat aku yang mempunyai kulit berminyak. 

Tidak perlu pakai banyak kerana 1 inci sudah cukup untuk cover keseluruhan wajah. Apabila oleskan pada wajah pula aku rasa sejuk dan kulit jadi lebih lembap. 

Moisturizer ini sangat sesuai digunakan pada waktu siang. Walaupun cuaca agak panas, tetapi aku boleh rasa kelembapan itu kekal lama. 

Dari segi kesan pencerahan, setelah menggunakan hampir 2 minggu aku tidak nampak sangat kesan pencerahan pada wajah. Walaupun produk ini claim melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB tetapi aku rekomen korang untuk pakai suncreen juga. Aku pakai Suncreen dari Wardah juga. Yang tu nanti di lain entri aku update.

Selain itu, apa yang aku suka dengan pelembap wardah lightening day gel ini adalah apabila apply kat kulit sangat cepat meresap dan tidak melekit. Even walaupun kena panas tak rasa berminyak dan berat. Malah memberikan kesan glowing pada wajah. Jadi nampak berseri-seri gitu.

Bukan itu sahaja, kulit juga semakin sekata dan tidak kusam. Moisturizer ini memang sesuai sangatlah dengan kulit wajah aku. Dan jerawat juga semakin berkurang. 

Secara keseluruhan, Wardah Lightening Day Gel sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Harga juga sangat murah dan mampu milik. 

Dari segi penggunaan, rasanya boleh tahan lebih dari 2 bulan sebab moisturizer ini digunakan pada waktu siang sahaja. Kalau nak guna moisturizer untuk malam pula, boleh guna Wardah Acnederm Night Treatment Moisturizer.

Secara ringkasnya, ini adalah kelebihan menggunakan pelembap Wardah Lightening Day Gel.

Kelebihan Wardah Lightening Day Gel Moisturizer

  • Sesuai untuk kulit normal dan cenderung berminyak
  • Boleh digunakan untuk yang kulit sensitif
  • Tidak mempunyai alcohol
  • Kurang fragrance
  • Melembapkan kulit wajah
  • Menjadikan wajah tampak lebih sekata
  • Cepat meresap, ringan dan tidak melekit
  • Memudarkan dan mengurangkan jerawat
  • Harga mampu milik
  • Packaging yang travel-friendly

Kekurangan Wardah Lightening Day Gel Moisturizer

  • Kurang sesuai untuk kulit kering (Bergantung dengan kulit masing-masing)
  • Produk hanya untuk siang hari sahaja (Malam terpaksa guna moisturizer lain)

Recommended?

Sangat recommend korang guna Wardah Lightening Day Gel Moisturizer bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Dalam banyak pelembap yang aku guna setakat ini, produk ini paling best! 

Repurchase?

Definitely yes! Aku tunggu dulu pelembap ini sampai habis dan lihat kesannya selepas menggunakan beberapa bulan. InsyaAllah akan dikemaskini konten ini dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut :

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


© all rights reserved
made with by templateszoo