Road to 9M Pageviews & Future Planning As Fulltime Blogger

7
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dah lama tak cerita pasal pageview blog kan. Setelah sekian lama baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi tentang progress blog. Aku pun tak ingat bila kali terakhir cerita pasal performance blog ini.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih untuk 8.8 juta pageviews! Tanpa pembaca sebenarnya blog ini tidak akan sampai macam ini. Oleh itu, aku bersyukur sangat-sangat buat pembaca sekalian. Now focus on road to 9M pageviews!

Road to 9M Pageviews & Future Planning As Fulltime Blogger

Hampir 7 Tahun Berblog

Bermula dengan menulis sekadar hobi pada tahun 2015. Dan menjadikan blog sebagai kerjaya pada tahun 2019. Tak sangka ya hampir 7 tahun dah aku berblog. 

Terlalu banyak sangat kenangan dengan blog. Mungkin kalau aku tak delete posting tahun 2015, bolehlah baca kisah-kisah zaman remaja dulu. hehe~

Dan tak sangka juga, menulis blog dari zaman belajar sampailah berumah tangga. Betul-betul jiwa berblog sudah sebati dalam diri. Rasa tak lengkap bila seharian tak menulis. Walaupun tak menaip di blog, tetapi still menulis juga di buku nota.

Apa Yang Aku Belajar Sepanjang 7 Tahun Berblog?

Banyak sangat benda yang aku belajar dengan berblog. 

1. Belajar menulis 
2. Belajar menaip
3. Belajar mencari maklumat & bahan bacaan
4. Banyak membaca
5. Bina hubungan dengan blogger lain, pembaca, klien, company 
6. Belajar marketing, branding, management
7. Belajar cara mengurus masa, disiplin, konsisten
8. Multimedia skills - photographer, videographer, designer
9. Belajar SEO & Tools 
10. Belajar coding, website, social media
11. Belajar buat konten review
12. Jual produk - Affiliates, Ebook, Servis dan lain-lain
13. Belajar bisnes 
14. Belajar sabar, self-motivated, how to handle burnout, writer's blocks etc.
15. Work/Life Balance

Dan banyak sangat-sangat. Sampai tak tertulis macam-macam dah aku belajar tentang blog. Semuanya aku cuba. Aku tak tahu lagi apa lagi skills yang aku perlu asah. Setiap tahun ada saja benda baru yang aku mahu belajar.

Kebanyakkan blogger sekarang pun dah beralih arah ke content creator kat TikTok, Instagram dan platform media sosial yang lain. 

Future Planning As Fulltime Blogger

1. Hasilkan Ebook Sendiri

Sebenarnya aku merancang nak buat ebook tentang journey sebagai fulltime blogger dan tips-tips blogging. Perancangan ini dari tahun 2020 lagi. Cuma belum ada masa yang sesuai lagi untuk realisasikan impian ini. 

Sebab kenapa aku nak buat ebook adalah untuk berkongsi ilmu. Aku nak kongsikan semua ilmu dan kemahiran apa yang aku ada. Macam mana nak jadi blogger sepenuh masa, cari job semua tu. Mungkin aku akan hasilkan ebook percuma dahulu. 

Menulis blog sudah memberikan kepuasan kepada aku. Tetapi aku rasa aku mahu berkongsi lebih lagi. Sesuatu yang orang akan ingat sampai bila-bila. Ilmu yang orang lain pun boleh guna. Itulah tujuan utama penghasilan ebook aku. 

Doakan aku ya.

2. Fokus Konten Tentang Blog

Salah satu matlamat aku untuk jangka masa panjang aku mahu fokus konten tentang blog. Walaupun aku tahu niche lain lebih banyak mendatangkan keuntungan dari segi earning dan trafik tetapi aku memilih untuk berkongsi sepenuhnya apa yang aku belajar tentang blog. 

Ada ramai juga blogger yang berkongsi tips-tips blogging. Cuma perkongsian yang aku ingin buat kat blog ini adalah pengalaman aku sendiri. Aku nak buat tutorial cara tengok keywords, bagaimana nak buat rate card, cara buat audit blog dan banyak lagi perkongsian lain.

InsyaAllah, korang doakan aku ya.


Alhamdulillah, sepanjang bergelar blogger sepenuh masa ini aku bersyukur sangat-sangat. Dulu aku rasa mustahil untuk aku bertahan bertahun-tahun dengan blog. Apatah lagi fulltime. 

Aku banyak sangat kira-kira. Kalau buat artikel macam ni, trafik tak banyak, income tak cukuplah. Tetapi sebenarnya yang memberikan rezeki itu adalah ALLAH. Dan mencukupkan itu adalah ALLAH. 

Jadi blogger sepenuh masa ini sangatlah memenatkan! Dan kadang dibandingkan penat dengan hasil yang kita dapat tu sebenarnya tidak berbaloi. 

Tetapi itulah yang indahnya berblog. Kalau toleh ke belakang sejauh mana sudah kaki melangkah rasa macam tidak percaya aku masih bertahan. Mungkin orang pun berfikir macam mana boleh survive kan. Gaji blog naik turun dan tak tetap. 

Semuanya bermula dengan keyakinan kita. Yakin dan percaya dengan rezeki Allah. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. 

Tiada yang aku dapat berikan selain ilmu dan kemahiran yang aku ada. Semoga dengan perkongsian yang ada di blog ini bermanfaat buat semua. Tak minta banyak, cuma doa saja supaya terus konsisten dan diberikan ilham untuk menulis.


Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !