Macam Mana Bahagikan Masa Menulis Blog Selepas Kahwin

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku dah pernah kongsikan tentang bagaimana aku mengurus masa dengan berblog dengan buat jadual berblog. Bagi aku tiada tips sebenarnya macam mana mahu mengurus masa untuk berblog sebab kehidupan kita semua tidak sama.

Ada orang bujang tetapi tidak bekerja.
Ada orang bujang tetapi ada bisnes sendiri.
Ada yang bujang tetapi sibuk dengan study.
Ada yang bujang tetapi sibuk dengan kerja hakiki.

Ada pula yang dah berkahwin tetapi tiada anak.
Ada yang dah berkahwin tetapi ada anak yang ramai.
Ada yang sudah berkahwin tetapi sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Ada yang sudah berkahwin tetapi suri rumah sepenuh masa.

Jadi, walaupun kita diberi masa 24 jam yang sama, cara kita urus masa tidak sama. Masa orang yang dah kahwin lain. Yang bujang lain. Masa orang yang tak kerja tak sama dengan orang yang bekerja. Semuanya berbeza.

Jadi tak bolehlah kita cakap, dia duduk di rumah tak buat apa. Dia di tempat kerja sibuk memanjang. Semuanya ada masa sibuk dan lapang masing-masing.

Ada orang yang sibuk waktu pagi tetapi malam adalah masa untuk dia menulis blog.
Ada juga yang cuma lapang waktu pagi sahaja sebab malam nak banyak berehat.
Ada orang yang suka luangkan masa waktu petang sebab itu sahaja masa yang dia ada untuk berblog.

Jadi masa kita semua tidak sama.

Macam Mana Bahagikan Masa Menulis Blog Selepas Kahwin

Walaupun mungkin masa kita tidak sama. Suka juga aku nak kongsikan dengan korang semua macam mana bahagikan masa menulis blog selepas berkahwin. Untuk makluman korang, ini adalah cara aku ya. Kalau korang rasa cara ini senang untuk korang aplikasikan. Alhamdulillah.

1. Bekerja atau Tidak Bekerja?

Pertama sekali, aku akan lihat samada aku kerja atau tidak Begitu juga dengan suami, dia bekerja atau tidak. 

Sekiranya korang bekerja di luar, pada waktu bilakah korang ada di rumah? Begitu juga dengan pasangan korang, bilakah dia ada di rumah?

Sebab bagi aku, waktu di rumah adalah waktu untuk spent time with family. Ketepikan dahulu soal pekerjaan. 

Sekiranya salah seorang bekerja, jadi masa pasangan tiada di rumah itulah masa untuk berblog. Ambil 1-2 jam untuk berblog gitu. 

Cari waktu yang lapang semasa pasangan tiada kat rumah. Ataupun waktu lapang walaupun pasangan kat rumah tetapi kerja-kerja di rumah semuanya dah settle. Tak best kan berblog kalau baju tak berlipat, piring tak dibasuh, dan rumah tak berkemas. 

Termasuk juga tau yang bekerja sendiri samada online ataupun tidak. Kena cari masa senggang khas untuk berblog.

2. Ada Anak Atau Tidak?

Bagi aku masa orang yang tidak mempunyai anak dengan ada anak sangatlah berbeza. Bukan aku katakan yang tiada anak ini tak sibuk Aku takda anak pun rasa sibuk juga seharian dengan kerja-kerja rumah. 

Kalau tiada anak ini dia tak kelam-kabut. Walaupun rumah tak berkemas atau lambat masak ke, aku tak rasa kelam-kabut pun nak buat kerja-kerja rumah. Melainkan ada kerja-kerja blog yang kena siapkan dengan kadar segera lah.

Tetapi berbeza pula dengan blogger yang mempunyai anak. Nak kena urus rumah, nak urus anak-anak yang banyak ragam, lain lagi kalau sibuk dengan kerja ataupun bisnes. Jadi semuanya mempengaruhi dalam pengurusan masa berblog.

Ada blogger yang dapat spent masa menulis blog 30 minit sahaja. Ada yang dapat spent masa dengan berblog berjam-jam.

Ada blogger yang cuma dapat berblog selepas anak-anak dah tidur. Ada blogger yang dapat berblog selepas selesai semua kerja-kerja rumah. 

4. Buat Jadual Menulis / To-Do-List

Apabila kita dah tahu masa kita bekerja dan waktu yang kita lapang. Seboleh-bolehnya buat jadual untuk menulis blog. Kalaupun tak nak buat jadual berblog, korang senaraikan to-do-list aktiviti atau kerja yang korang perlu buat setiap hari. 

Tujuan kita buat jadual atau senarai to-do-list adalah untuk mendisiplinkan diri kita agar dapat buat kerja dengan lebih produktif dan efisien. Aku tak pastilah kalau orang lain, cuma kalau cara aku lebih suka tetapkan masa untuk buat sesuatu kerja. 

5. Bahagikan Masa Ikut Waktu Solat

Ketahuilah bahawa apabila kita utamakan untuk jaga waktu solat, sebenarnya kita ada banyak masa. Rasa macam masa itu cukup untuk buat semua kerja. 

Sebagai contoh, aku akan setkan masa aku kena cuci piring, cuci pakaian, jemur pakaian dan memasak sekurang-kurangnya sebelum waktu zohor. Lepas siap masak, solat then baru sambung buat kerja lain. 

For me cara ini lebih berkesan kerana masa nampak lagi tersusun. Sepanjang hari itu semuanya dipermudahkan oleh Allah. Apabila tak ikut masa solat ini aku rasa banyak benda aku tergelincir dari apa yang dirancangkan. 

Dan apabila dianalisis kadang bahagian mana rasa tak produktif tu, selalunya part yang solat lambat tu lah. Apatah lagi kalau tak solat, rasa macam banyak buang masa. 


Kesimpulannya

Oleh itu bagi aku pekerjaan kita, pasangan yang tidak mempunyai anak dan mempunyai anak sangat mempengaruhi pengurusan masa dalam berblog.

Kalau nak kata waktu terbaik menulis blog adalah waktu pagi ataupun malam pun tak boleh juga. Sebab masa setiap orang tak sama. 

Apabila kita dah tahu masa kita bekerja dan masa kita di rumah, InsyaAllah sesiapa pun boleh luang waktu untuk menulis blog walaupun cuma 10 minit. 

Ia ibarat kita solat 5 waktu juga. Tidak kira bekerja atau tidak, kerja siang atau malam, ada anak atau tidak. Solat tetap solat. Bukan tunggu kita lapang baru solat, tetapi kita yang cari waktu lapang untuk solat. Dan kalau boleh solat tepat pada waktu. 

Sekian itu sahaja