Resepi Daging Goreng Thai

Bahan-bahan:
  • 800gm daging
  • 5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sb sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Mentega

Bahan-bahan untuk sos:
  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sb air limau nipis
  • 3 sb air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara memasaknya

1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.


Resepi Daging Goreng Thai


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Menggiurkan betul warna daging tu.

    BalasPadam
  2. Sedapnya. Terima kasih berkongsi resepi.

    BalasPadam
  3. nampak mudah dan sedap resepi ni. boleh cuba la nanti.

    BalasPadam
  4. teringin nak buat ni tau.
    lama da save few resepi daging goreng gini.
    bila nak masak, tak jugak buat yg ni :) ha ha ha ha...
    lain lain masakan jugak yg diulang tayang atas meja makan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama