Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Resepi Burger 'Homemade' Yang Mudah dan Sihat

Sii Nurul
6

 BAHAN-BAHAN


Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:


2 ketul dada ayam @ daging

2 ketul kentang @ carrot

2 biji telur

1 labu bawang besar

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil hilal @ kiub ayam

1 sudu kecil serbuk soda *

3 sudu kecil tepung gandum *

2 sudu kecil tepung ubi*

CARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH


Ini langkahnya:


1. KISAR


Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.


burger-homemade-1


2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN


Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.


Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.


3. MASUKKAN DALAM ACUAN


Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.


Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.


burger-homemade-2


4. KUKUS


Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.


5. SEJUKKAN


Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.


Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.


6. BAKAR


Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.


cara buat burger


HIDANGKAN MENGIKUT CITARASA


Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai. Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hati dan berbaloi!


Untuk lebih sihat, gunakan kiub / stok ayam yang dibuat sendiri.  



Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wah nampak menyelerakan!!! saya lebih suka burger camni dari yg kat fast food

    BalasPadam
  2. nampak senang nak buat burger ni tapi byk juga proses dia. thanks sharing :)

    BalasPadam
  3. nampak sedap, boleh cuba nnti ni.

    BalasPadam
  4. cheese meleleh tu ngundang selera!
    hadoi lah :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write