RESEPI KUIH BINGKA UBI


Bahan-Bahan :

  • 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat (kangan cair nanti adunan lembik)
  • 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
  • 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
  • sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuatnya:

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yang berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.


Kredit resepi dan gambar : mohd shah