Prosedur Perkahwinan dan Borang Nikah Sabah

9
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, aku dapat buat entri ini pun sebab tak lama lagi abang sulung aku dah nak kahwin. InsyaAllah hopefully semuanya dipermudahkan. Jadi aku simpan kat sini untuk rujukan. 

Bakal kakak ipar aku bukan asal Kota Kinabalu. So, nak tak nak kena rentas daerah ke Sandakan. Aku harap sangat tiada halangan untuk rentas daerah nanti. 

Prosedur Perkahwinan dan Borang Nikah Sabah

Prosedur Perkahwinan dan Borang Nikah Sabah

Borang boleh dapatkan di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) di Muis Tingkat 10, Blok A.

Setiap borang yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Korang boleh beli borang extra juga. 

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin : 

Antara butiran yang perlu diisi dalam borang ini :
  • Part A & B - maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan
  • Part C - maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja
  • Part D - butir-butir perkahwinan seperti tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan
  • Part E - pengesahan kebenaran maklumat oleh pemohon
  • Part F - pengesahan 2 orang saksi lelaki yang beragama islam
  • Part G - pengesahan status dan permastautin yang diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk
  • Part H - laporan dan kebenaran membuat saringan HIV
Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Prosedur Perkahwinan & Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan


  • 2 set borang permohonan/kebenaran menikah (2 Set borang untuk pasangan lelaki & perempuan) * Setiap borang boleh difotostat satu (1) salinan

  • 2 set borang keizinan kawin (2 set borang untuk pasangan lelaki & perempuan)

  • 2 set borang pengesahan status bujang (2 set borang untuk pasangan lelaki & perempuan)
    * Surat daripada Ketua Kampung atau Majikan boleh dilampirkan

  • 2 salinan I/C bakal pengantin (lelaki & perempuan)

  • 2 salinan surat akuan bujang (lelaki & perempuan)

  • 2 salinan I/C wali pengantin perempuan

  • 2 orang lelaki sebagai saksi borang (bagi pihak lelaki & perempuan)

  • Surat kebenaran berkahwin dari kedutaan untuk Warga Asing

  • Surat pengesahan bujang dari kedutaan untuk Warga Asing

  • Salah seorang pasangan hendaklah pemegang pas lawatan (pastikan pas tidak tamat tempoh 30 hari) 

  • H.I.V Test 
Ujian boleh dibuat di klinik-klinik kesihatan kerajaan sahaja dengan menggunakan borang saringan H.I.V yang telah diwartakan oleh pihak KKM. 

Prosedur Perkahwinan Warga Asing  & Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan


  • Salah satu pasangan hendaklah pemegang pas lawatan; Pas lawatan akan tamat tempoh dalam masa 30 hari. Pastikan pas lawatan tidak tamat tempoh (Visit Pass).

  • Dapatkan surat pengesahan berkahwin daripada kedutaan pasangan warga asing berkenaan atau jabatan agama negara asal pasangan berkenaan (Letter of Permission to Marry form Embassy).

  • Dapatkan surat pengesahan status (Marital Status) daripada kedutaan pasangan warga asing berkenaan (Letter of Marital Status Confirmation from Embassy).

  • Kursus kahwin tidak wajib bagi pasangan warga asing berkenaan. 

  • Lengkapkan borang kahwin.

  • Ujian H.I.V adalah wajib (H.I.V Test- Compulsory)


Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)


Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bagus perkongsian ni memudahkan calon2 yg berkaitan..teringat pengalaman sendiri, terlalu byk prosedur nk kahwin; isi borang itu borang ini kena jumpa org itu ini...padahal nikah itu sgt mudah sebenarnya 😀

    BalasPadam
  2. Baca tajuk tadi ingatkan nurul yg nak nikah

    BalasPadam
  3. setuju dgn cikguzim..
    sangat berguna perkongsian nurul..
    terima kasih nurul..

    BalasPadam
  4. kena rujuk, baca dan fahamkan. Generasi muda termasuk anak2 Etuza..hehehe

    BalasPadam
  5. Ingatkan akak nak nikah tadi
    by the way thanks for sharing kak

    BalasPadam
  6. hi nak tnya. yang part F tu. saksi borang sesiapa pun boleh ka ? abg boleh ? saksi borang ni yang kena ada masa nikah ka atau tak?

    BalasPadam
  7. hi nak tnya. yang part F tu. saksi borang sesiapa pun boleh ka ? abg boleh ? saksi borang ni yang kena ada masa nikah ka atau tak?

    BalasPadam
  8. Salam.. untuk parr G tu, andai kata minta pengesahan dengan ketua kampung, hanya perlu isi dalam borang tu saja ka atau perlu apa apa surat sokongan lagi?

    BalasPadam
  9. Salam..berapa lama tempoh nak ambil Sijil Nikah original? Nikah di Tawau..

    Prosedur nak ambil Sijil Nikah tu mcm mn? Kena hadir kedua suami siteri ke? Sbb nikah di Tawau, skrg duduk di Kl.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !