Homemade Ice Cream Choki-Choki

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, sebenarnya entri ini dah lama aku buat. Cuma aku nak update lagi balik. Sejak aku ambil vaksin. Aku punya nafsu makan ini makin bertambah pula. Risau sebenarnya sebab kalau berat badan naik, aku jadi malas nak bergerak hehe.

Aku tahu sekarang aku masih dalam pantang tak boleh makan aiskrim. Tetapi aku nak juga makan aiskrim. Jadi, apa kata kita cuba buat Homemade Ice Cream Choki-Choki. 

Bahan yang digunakan pun sangat simple. Sedap dan berlemak gitu. Korang wajib tau cuba resepi ini. Aku dapat resepi ini dari Kak Ary~

ice cream choki-choki


Bahan- Bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 2 sudu tepung jagung
  • Secubit garam
  • Choki-choki
  • 3 tin air 
Cara memasaknya :

1. Masukkan susu cair, tin susu pekat, tepung jagung, air dan garam ke dalam periuk sehingga mendidih. Tutup api. 

2. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim.

3. Bahan yang telah dipanaskan tadi masukkan ke dalam plastik aiskrim yang berisi choki-choki.

4. Ikat dengan ketat dan masukkan dalam freezer. Siap!

Simple saja kan resepinya. Korang boleh buat sendiri di rumah. Nak buat untuk berniaga pun boleh juga. Anak-anak pasti suka. Jimat lagi!

Selamat mencuba ya!



19 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Buat sendiri lagi jimat dan memuaskan hati kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 hehe ^^ kalau kat fakulti sy nie,, jual ice cream choki2 0.70 sen sebatang.. ramai yg beli, sbb choki2 nie sedap haha :D

      Padam
  2. waaahh...kalau berniaga ni untung niee..hehehe

    BalasPadam
  3. Sedap pula tengok, pernah makan eskrem sumi je masa duk sakan viral dulu,hahaha.

    BalasPadam
  4. Puas makan kalau buat sendiri nie.. boleh jadikan extra income lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue kak Shahida.. budak2 kat rumah lgi suka makan makanan yg kita bwat sendiri hahaha

      Padam
  5. Rajin.kat umah ni xada budak2 .jrg nk buat ice cream

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..
      its okay,, buat dan makan sendiri saja lahr

      Padam
  6. Ingatkan susah sangat nak buat.. Lepas ni boleh la melantak eskrim hari2.. Terima kasih atas resepinya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yeaa :D senang ja kan.. simple ja bahan2nya

      Padam
  7. senang je rupanya, rajin atau tak je la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tue lahr kan Raii.. senang ja.. tp rajin atau tidak saja yg menentukan hahahaha

      Padam
  8. dah lama nak buat tapi tak de kesempatan..ni membakar semangat nak buat hujung minggu ni la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. tue dia semangat MRS FUZY hehe..
      At least ada juga something nak d'buat time cuti kan..

      Padam
  9. Tak pernah cuba lagi aiskrim choki-choki.

    BalasPadam
  10. fuhhh puas ati ni kalo buat sndiri..
    blh mkn smpai puasss! hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama