Langkau ke kandungan utama

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Assalamualaikum
Bismillah

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten | Alhamdulillah, akhirnya capai 7M selepas 2 bulan. Bulan Ogos ini aku jarang menulis walaupun hari-hari juga aku buka blog. Aku memang setiap hari buka blog dan menulis draft tetapi jarang juga publish artikel. 

Sekiranya korang nak tahu apa sebenarnya rutin harian apabila dah jadi blogger sepenuh masa, korang boleh baca Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul] Aku dah tulis beberapa aktiviti blogging yang aku lakukan setiap hari.

Kalau korang tak tahu macam mana nak manage masa sebagai seorang blogger, boleh juga baca Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa. Boleh rujuk jadual tu dan set masa ikut kesesuaian korang di rumah. 

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Alhamdulillah, walaupun bulan ini aku kurang menulis, tetapi dapat capai juga 7M bulan ni. Penting kah pageview nie? Ehhh... penting sangat-sangat bagi blogger sepenuh masa. haha. Aku memang setiap bulan ada target. 

Azam tahun ini nak capai 10 Juta Pageview. Ada masa berapa bulan lagi nak capai. Hopefully tercapailah. Yang penting konsisten saja dan tulis benda yang baik-baik. InsyaAllah. Kalau tak tercapai pun, ada lagi bah tahun depan haha. 

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Blogging

Korang boleh juga buat target kalau nak. Depends dengan korang lah. Kalau tak tahu nak letak target macam mana, korang boleh ikut cara aku juga. Boleh baca artikel Azam Baru Blogging Tahun 2021. Tak perlu pun azam besar. Buat simple saja. 

Baiklah, hari ini nak kongsi tips blogging pasal apa pula?

Oh yaa, sebelum tu. Just for reminder, korang pegang tau KUNCI PALING PENTING sekali ialah RAJIN & KONSISTEN.  Sebab yang lain tu korang boleh belajar. Tetapi kalau tak konsisten dan selalu malas, tips banyak macam mana pun memang tak jadi. So pegang kunci nie tau. 

Aku nak kongsi Tips Menulis Dengan Konsisten. InsyaAllah kalau korang buat secara konsisten akan ada perubahan dalam blog korang. 

Tips Menulis Dengan Konsisten

Aku dah pernah terangkan sebelum ini, menulis secara konsisten setiap orang tak sama. Ada yang menulis sekali seminggu. Ada yang menulis setiap hari. Tak kisah yang penting konsisten. Macam aku menulis at least 15 artikel setiap bulan. 

Jadi korang tetapkan sendiri. Tak mampu tulis setiap hari, tulis setiap minggu. Paling kurang pun at least 1-2 artikel sebulan pun dah cukup. Tetapi kena ingat, apa yang korang bagi tu, itulah yang korang dapat. 

Contohnya, korang nak 5k pageview setiap hari. Tetapi korang post setiap bulan tulis 1 artikel sahaja. Sebenarnya tak mustahil dapat 5k pageview walaupun artikel korang sikit. Cuma pastikan korang mampu menulis artikel seo, yang evergreen, ataupun yang trending boleh view sampai ribu-ribu.

Masalahnya, kita sendiri tak tahu mana artikel kita yang boleh jadi viral ka. Jadi, paling senang menulis dengan konsisten. No substitute for hard work and consistency. No hacks, no shortcuts. Just be consistent with your schedule.

Selepas ini cuba korang tetapkan berapa artikel korang nak target, dan berapa pageview dalam sebulan korang nak capai. 

Like I said, tak perlu paksa diri capai target. Target ini supaya kita ada hala tuju yang jelas saja. Misalnya korang nak tulis 5 artikel sebulan dan target 50k pageview. So, korang just target menulis 5 artikel tu sahaja tanpa lihat pageview blog. 

By the end of month, cuba korang tengok adakah dah capai target menulis 5 artikel? Kalau dah capai, cuba lihat pula pageviews, adakah capai 50k?

Kalau tak capai 50k pageview, di sini korang boleh adjust target menulis. Mungkin kena up 10 artikel lagi. Dan begitulah seterusnya. Takpa kalau tak capai target sebab semua tu pengalaman dan proses kita belajar untuk memperbaiki blog kita lagi. 

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Kenapa Susah Nak Menulis Dengan Konsisten?

Menulis Tidak Perlu Tunggu Perfect

Tiada yang perfect sebenarnya. Walau macam mana kita cuba susun ayat kita. Pasti ada sahaja yang kurangnya. Mungkin dari segi tatabahasa, salah ejaan dan lain lagi. Yang paling penting, cara penyampaian kita. 

Apa yang kita mahu sampaikan kepada pembaca? Apa point penting dalam artikel kita? As long kita dah sampaikan point penting tu dan pembaca kita memahaminya pun dah cukup baik. Selebihnya kita boleh perbaiki kemudian. 

Itu cara akulah. Tetapi mungkin style menulis korang tak sama. So bergantung lah. Takda yang salah atau betul pun. Nama pun pendapat kan.
Jangan Menunggu datangnya Inspirasi, Mulailah Menulis~ 
Maksud aku tu kalau korang ada idea kan masa tu, terus catat dalam draft. Hari lain boleh tambah lagi info. Jadi di situ korang sebenarnya dah kurangkan masa menulis. Aku dulu macam ni, selagi tak perfect, aku tak post. Haha~

Lepas tu bila dah post, kecewa sendiri sebab view tak tinggi. Hahaha... Kecewalah sebab dah berjam-jam kan menulis. 

Kadang tu lah bah, kita rasa tulisan kita dah cukup baik. Tetapi ada juga kurangnya. Mungkin dari segi keywords, tajuk artikel, ataupun apa yang kita tulis tu cuma kita saja yang suka baca. Ini pengalaman aku sebelum inilah. 

Sekarang, aku menulis untuk berkongsi sahaja. Aku berharap setiap penyampaian aku pembaca faham dan dorang ada dapat sesuatu daripada artikel aku. Kalau ada yang kurang lain hari boleh saja tambah. Kalau ada yang tak faham boleh komen.

Jadi tak nampaklah macam aku menulis syok sendiri kan. Ada komunikasi kita antara penulis dengan pembaca. 

Rasanya sampai ini saja kot aku nak kongsi. InsyaAllah, akan datang aku tulis pasal tips blogging yang lain lagi. Terima kasih semua yang selalu support blog ini. Yang sudi baca dan tinggalkan komen korang. 

Semoga setiap perkongsian bermanfaat buat korang. Aku sentiasa doakan semoga kita semua diberikan keberkatan ilham, rezeki dan umur. InsyaAllah aamiin~ Take care and stay healthy juga ya.


Ulasan

  1. WOW! Tahniah Sis. Bukan senang nak dapat 7k PV tu. keep it up k.

    BalasPadam
  2. Thanks sudi share tips nak menulis dengan konsisten tu - saya suka baca. =))

    BalasPadam
  3. Hebat amat ni.. memang inspirasi betul. Tahniah Nurul..

    BalasPadam
  4. tahniah nurul! selamat maju jaya.. =)

    BalasPadam
  5. tahniah nurul.. bangga dgn pencapaian awk!

    BalasPadam
  6. wow!!Tahniah!!Akak punya PV gitu2 jer naiknya 😁.

    BalasPadam
  7. Tahniah...seronok kan bila PV kita cecah juta- juta...kalau boleh nak biar sampai lafi puluh2 juta cuma kena konsisten update

    BalasPadam
  8. Betul tu . Bukan senang nak konsisten untuk menulis blog setiap hari . Susah juga . Kadang ada hari ketandusan idea nak update apa2 .

    BalasPadam
  9. tahniah nurul...
    kak ret nak capai 1 juta pun berkurun gak ni hahaha
    Tips yang berguna...
    Kadang kita target at least 1 hari mesti ada cerita tapi kadang tu, hotak jadi blank sebab tak tau nak update apa :)

    BalasPadam
  10. Tahniah
    Blog hebat
    Bukan senang nak capai juta-juta dalam masa yang singkat

    BalasPadam
  11. Tahniah nurul! Moga moga tercapai impian road to 10 juta. Fighting!

    BalasPadam
  12. tahniah..moga terus konsisten menulis blog

    BalasPadam
  13. Tahniah, Nurul. Terima kasih untuk perkongsian di atas juga.

    BalasPadam
  14. Tahniah, terus maju dlm dunia blogging

    BalasPadam
  15. Wow!!! terbaik ni..subahanallah awak bijak rezeki berlimpah

    BalasPadam
  16. Million thanks atas perkongsian.. Semoga menjadi asbab kebaikan utk semua.. Doakan juga utk yg baru nk berjinak ni.. Tahniah sis, kekalkan momentum.

    BalasPadam
  17. Tahniah! Nurul teruslah menulis ya.. inspirasi sangat baca blog Nurul ni.

    BalasPadam
  18. Tahniah Nurul.

    Moga tercapai impian nk capai 10juta PV tahun ni, aamiin.

    Terima kasih juga untuk tips menulis yang dikongsi ✌️☺️

    BalasPadam
  19. Terima kasih . tips ini sangat membuat. alhamdulillah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...