Dikuasakan oleh Blogger.

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Assalamualaikum
Bismillah

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur | Aku dah lama nak beli SEBORIN Activ Hair Tonic ini sebab aku ada masalah rambut gugur yang agak teruk. Aku dari dulu lagi suka sangat rambut panjang tetapi setiap kali rambut dah panjang, mesti ada masalah gugur rambut.

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Mulanya aku tak kisah sangat sebab gugur rambut ini ada benda biasa saja. Cuma dia jadi semakin membimbangkan apabila aku bangun dari tidur sahaja rambut gugur bukan sedikit ya. 

Banyak sangat. Kadang tu sampai segenggam penuh dengan rambut aku. 

Setiap kali mandi tu habis gugur rambut aku. Mujurlah rambut aku agak tebal. Dah pelbagai jenis produk yang aku guna tetapi hasilnya kurang memuaskan. 

Sampailah satu masa aku tak tahu baca dari mana. Masa tu memang viral lah pasal SEBORIN Activ Hair Tonic ini. 

Agak lama juga baru terbuka hati nak guna produk ini haha. Salah satu sebab, harga dia boleh tahan mahal juga bagi aku. Tetapi sebab betul-betul nak selesaikan masalah rambut gugur, aku pun cubalah produk ni. 

Aku pernah tanya kat salon biasanya nak guna shampoo atau hair cair yang macam mana yang sesuai untuk rambut gugur. Dan staff salon tu kata, guna tonic. 

Jadi, aku pun cubalah SEBORIN Activ Hair Tonic dari Schwarzkopf ni. Tonic ini sangat sesuai kepada korang yang mempunyai rambut yang nipis dan mudah putus (weak hair).

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Fungsi SEBORIN Active Hair Tonic

  • Membantu memperbaiki akar rambut sehingga ke hujung rambut. 
  • Menyihatkan dan melembapkan kulit kepala
  • Anti-kelemumur
  • Menumbuhkan rambut yang gugur
Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Kandungan Bahan (Ingredients)

Ginger root extract - dipercayai dapat menyihatkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Pro-vitamin B5 - Kandungan bahan yang sangat baik untuk rambut. Nama lain yang kita biasa dengar ialah panthenol. Salah satu ingredients yang sangat popular untuk penjagaan rambut. 

Cara Penggunaan

Use daily on dry hair or after shampooing into towel dried hair. Massage approxiamately 2 minutes onto the scalp. Do not rinse to let the high quality care agents be effective onto the hair and root.

 

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Review SEBORIN Active Hair Tonic 300ml 

Selepas beberapa bulan guna  SEBORIN Active Hair Tonic ini, masalah rambut gugur aku dah berkurang. Aku rasa lebih berkesan sekiranya korang beli sekali dengan shampoo dia. Aku tak beli shampoo sebab aku masih ada shampoo jadi rasa membazir kalau tak habiskan haha.

Apa yang aku suka tentang tonic ini kan, aku tak sangka wangi juga rupanya. Walaupun dia ada bau macam ubat sikit, tetapi serius memang wangi saja rambut aku. Even adik lelaki aku pun guna juga.

Cara nak guna pun senang sahaja. Korang kena beli dulu botol spray di kedai Eco. Selepas tu tuang ke dalam botol. Dia nampak macam air biasa saja. Satu (1) botol spray kecil tu boleh tahan dekat sebulan juga.

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Korang boleh guna tonic ini setiap kali selepas mandi. Pastikan rambut kering dahulu, baru spray ke kulit kepala. Biarkan dalam 1 - 2 minit sambil urut kepala dan rambut supaya ia meresap dengan baik. Tak perlu bilas ya. 

Ada rasa sejuk sedikit dan pedas kulit kepala sebab kulit kepala aku habis luka disebabkan oleh scalp terlalu banyak. Tetapi jangan risau sejuk sikit saja, tidak sakit atau gatal pun.

Harga SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml ini dalam RM35 - 50 juga untuk sebotol. Dan boleh tahan sehingga 6 bulan bergantung dengan penggunaan korang. Macam aku pula cuma guna setiap kali sebelum tidur sahaja. 

Repurchase?

Of course! Aku plan nak beli shampoo dia lagi. Aku memang suka sangat pakai SEBORIN Activ Hair Tonic ini. 

Alhamdulillah, rambut aku pun dah tak gugur. Memang kena rajin lah guna. Selain itu, korang kena pandai pilih shampoo juga. 

Macam aku guna shampoo SELSUN BLUE Moisturizing Shampoo (200ml) + SEBORIN Active Hair Tonic (300ml)  ini memang terbaik lah! Berkesan sangat hilangkan rambut gugur dan kelemumur. 

Recommended?

Yes! Aku cadangkan korang guna produk ini bagi yang mempunyai masalah gugur rambut. So far berkesan dengan rambut aku. Aku mempunyai jenis rambut yang agak tebal, kelemumur dan rambut rosak. 

Jadi, kalau korang mempunyai masalah rambut yang sama seperti aku, bolehlah mencuba SEBORIN Activ Hair Tonic (300ml)

Boleh dapatkan di Watson, Guardian, Drugstore yang berhampiran dengan korang. Kalau nak beli online pula boleh beli di shopee. Aku sertakan link sekali ya kat bawah. 


SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml - Harga (RM22.80)

Link Shopee : https://shp.ee/368s7kz 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


5 ulasan:

  1. Perempuan dan rambut gugur memang tak boleh pisahkan . Lagi2 kalau rambut panjang

    BalasPadam
  2. sama mcm rmbut sy la.. rmbut gugur byk dan rmbut rosak.. blh try tonik ni!

    BalasPadam
  3. rambut saya pun akan gugur kalau sikat, mesti lekat.. geram sungguh. takkan takmo sikat pulak kan..

    BalasPadam
  4. Rambut panjang lagi banyak gugur. Maybe nutrients tu tak sampai ke hujung rambut agaknya. Akak potong rambut pendek jer. Senang. Kurang dah gugur😂

    BalasPadam
  5. busyra dulu rambut panjang.. then rasa penat sbb sekali syampoo jenuh.. heheh. then potong je la.. btw tq kongsikan produk trbaik ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.