Inpirasi : Jenama Terkenal Pizzeria Neapolitan Bermula Dengan Oven Kayu Binaan Sendiri

4
Kisah inspirasi sudah sering kita dengar. Bagus sebenarnya untuk tahu kisah insparasi kerana ia dapat memberi kita semangat untuk terus harungi susah senang hingga berjaya. Sama seperti BentukBentuk di mana pengasasnya berasal dari latar belakang IT dan kini menjalankan perniagaan hiasan rumah yang berjaya, seorang pemuda bernama Ikmal turut mempunyai kisah yang sama.

Berasal daripada karier selama satu dekad dalam industri IT, Ikmal memilih seni yang tepat untuk membuat pizza Neapolitan untuk isterinya menggunakan oven dengan api kayu yang dia buat sendiri olehnya.

Industri pizza berbahan bakar kayu di Malaysia bukanlah perkara baru, tetapi menerusi artikel yang dikongsikan melalui Vulcan Post, Ikmal memaklumkan bahawa pizza Neapolitan ini adalah yang pertama, ketika pertama kali beliau memulakan WOP Pizzerria pada 5 tahun yang lalu. Tetapi sebelum pizza-nya menjadi versi yang dijual pada hari ini, pizza-nya telah melalui beberapa evolusi.


Lihat pada menu pizza ini yang dikongsikan melalui akaun Instagram WOP.KL, semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Ikmal selalu meminati makanan asli, dengan fokus utama untuk menyediakannya dari awal. Pada tahun pertama perusahaannya, pizza yang dijual oleh beliau sebenarnya tidak berbeza dengan pizza yang lain. Ianya hampir sama dengan pizza yang terdapat di pasaran komersial seperti Pizza Hut dan Dominos, tetapi dibakar di dalam oven dengan api kayu.

Pizza-nya menjadi terkenal kerana ramai pelanggan yang terpesona dengan elemen buatannya. Evolusi pertama yang dilalui WOP berlaku secara tidak sengaja, ianya berlaku ketika Ikmal menyejukkan doh lebih lama daripada biasa.

Setelah membakarnya, kerak pizza tersebut keluar dengan terdapat pada beberapa tempat yang terbakar,ianya mendapat reaksi pelbagai daripada pelanggan. Walaupun terdapat sekumpulan pelanggan yang sukakan pizzanya, namun terdapat juga pelanggan yang kurang menggemari pizza seperti ini dan tidak pernah kembali untuk membeli buat kali yang ke dua. Itu normal dalam sesebuah perniagaan. 


Lama kelamaan, dia mulai belajar membuat pizza Neapolitan dengan menggunakan tepung masam yang mempunyai kerak bersama tekstur yang rangup dan kenyal. Hari demi hari Ikmal semakin belajar dapat sudah tahu bagaimana untuk dapatkan kerak yang sempurna menggunakan doh pizza masam.

Oleh kerana pizza masam ini teksturnya lebih lembab daripada doh-doh yang lain, ia memerlukan tangan yang lembut namun kuat untuk meregangnya menjadi pizza.

"Setiap pizza yang keluar dari oven adalah karya seni saya yang digabungkan dengan kerja keras selama bertahun-tahun," kata Ikmal.

Pakar pizza yang belajar sendiri ini telah membuat 200,000 pizza sehingga kini tanpa sebarang latihan profesional. Sesuatu yang patut dibanggakan.

Makin membanggakan, saudara Ikmal ini telah membina sendiri ketuhar untuk masak pizza. Ini kerana beliau tidak mampu untuk membeli ketuhar kayu buatan tempatan yang berharga sekurang-kurangnya RM25,000. Satu harga yang agak mahal juga.

Keistimewaan ketuhar yang di bina sendiri oleh Ikmal ini, ia di bina atas treler yang ditarik oleh keretanya. Maka, Ikmal dengan mudah boleh berniaga di mana-mana lokasi tanpa masalah bersama ketuharnya. Para pelanggan secara tidak langsung dapat menikmati pizza homemade yang panas-panas persis seperti membeli pizza di restoran terkenal yang lain. 


Sehingga kini, dia telah membina enam oven kayu, masing-masing berukuran lebih besar untuk menampung lebih banyak pesanan pizza yang diterima dari pelanggan pada satu-satu masa.

Apa yang lebih membanggakan, bermula dari bawah kini Akmal sudah berjaya berkat susah payahnya hingga wujudnya sebuah restoran pizza. Anak melayu tempatan boleh melangkah hingga ke tahap itu merupakan satu pencapaian yang sangat besar.

Itulah dia salah satu kisah inspirasi di kalangan peniaga makanan dalam negara kita. Banyak lagi kisah inspirasi dari para peniaga ini sebenarnya. Sebagai salah seorang warganegara, sama-samalah kita sokong para peniaga makanan yang ada kerana masing-masing sedang mencari rezeki.


Jika sukar untuk pergi beli sendiri makanan yang disukai, mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, boleh support peniaga yang berniaga melalui aplikasi Foodpanda dan lain-lain lagi. Pelanggan dengan mudah boleh dapatkan pizza delivery dengan harga yang berpatutan.

Anda seorang penggemar pizza? Mahu cuba pizza yang di buat oleh anak tempatan? Bolehlah cuba rasa, mana tahu boleh kena dengan citarasa.

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !