Dikuasakan oleh Blogger.

Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan segala urusan. Hari itu aku ada kongsikan cara bagaimana mahu daftar kursus kahwin kan. Boleh baca Syarat & Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online di Sabah Sepanjang PKPB

Aku dihubungi melalui whatsapp kurang dari seminggu untuk confirmkan tarikh kursus. Kalau takda masalah dengan tarikh yang diberikan maka pihak admin akan masukkan kita dalam group whatsapp.

Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah

Dalam group tersebut admin akan nyatakan tarikh dan masa kursus diadakan, link google meet dan syarat semasa kursus dijalankan. Di bawah adalah contoh mesej yang dihantar di group whatsapp. 

Jadual kursus kahwin adalah seperti berikut:
Masa : 9.00 pagi  - 2.00 petang (5 jam)
Tarikh : 23/11/2020 (Isnin)
Pautan : Google Meet (link akan diberikan)


Syarat semasa kursus dijalankan :
  • Semua peserta dikehendaki memaparkan wajah ketika kursus sedang dijalankan.

  • Kehadiran Akan di ambil setiap slot dan sekiranya ada tertinggal slot kena ganti slot yang tertinggal sebelumnya.

  • Kena hadirkan diri 15 Minit sebelum kursus bermula. 


Persediaan Sebelum Mengikuti Kursus Kahwin Online :

1. Pengalaman aku masa tu, pihak admin akan bagi link google meet sehari lebih awal. Pada tarikh yang telah ditetapkan, sebaik-baiknya 30 minit sebelum bermula sesi kursus praperkahwinan korang cuba join link Google Meet untuk lihat samada korang dapat masuk atau tidak. 

2. Korang boleh mengikuti kursus online melalui telefon ataupun laptop. Hanya perlu klik link yang diberikan sahaja. 


Bagi peserta yang Online menggunakan laptop :


b. Masukkan link / code (Contoh kod : qor-nsjz-xyz). Klik JOIN



c. Bagi peserta yang sudah login ke link yang diberikan, korang akan diminta untuk mengisi kehadiran di ruangan chat. Kehadiran perlu diisi setiap kali slot dijalankan. 

d. Ada 4 slot ceramah, maka peserta perlu isi nama penuh & no kad pengenalan untuk setiap slot. 





Bagi peserta yang online menggunakan telefon :

a. Download dan install Google Meet di aplikasi google store korang. 

b. Masukkan link / code (Contoh kod : qor-nsjz-xyz). Klik JOIN.



c. Pastikan kamera korang hidup (ON) supaya boleh nampak paparan wajah. Korang hanya perlu klik unmute sekiranya ada pertanyaan yang ingin diajukan kepada penceramah sahaja. 

d. Isikan nama penuh dan no kad pengenalan di ruangan chat. (Rujuk gambar)



3. Pastikan korang bangun awal dan sarapan sebelum kursus bermula kerana kursus tersebut dijalankan straight saja. Actually boleh saja off kamera 5 - 10 minit kalau nak pergi tandas ke tiada masalah pun. 

4. Aku sarankan korang guna telefon sahaja semasa kursus. Macam aku sendiri guna laptop pada mulanya, last-last kamera tak dapat on sebab belum update. Mujurlah aku bersedia 30 minit lebih awal. 

5. Korang hanya perlu dengar ceramah sahaja. Tidak perlu buat ujian atau kuiz. Slide ada disediakan tetapi tak boleh download. Jadi aku cadangkan korang catat nota penting khususnya prosedur perkahwinan. 

6. Bergantung dengan penceramah, ada penceramah yang buat soal jawab semasa sesi. Ada juga penceramah yang suka bertanya. So jawab saja apa yang korang faham. 

7. Selesai sahaja sesi selama 5 jam, korang boleh left google meet tersebut. 


Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah Sepanjang PKPB

Kursus ini dijalankan selama 5 jam. Terdapat 4 slot penting dalam kursus ini iaitu :

Slot pertama - Perkahwinan
  • Takrif dan tujuan perkahwinan
  • Nikah - Hukum, Rukun Nikah, 
  • Kriteria calon pengantin lelaki & perempuan
  • Syarat & Jenis wali, saksi,
  • Kategori mahram
  • Perkara yang menjejaskan perkahwinan
  • Pembubaran perkahwinan / Perceraian
  • Hukum, jenis & prosedur talaq

Slot Kedua - Prosedur Perkahwinan (Lebih kepada cara pengisian borang)
  • Kebenaran berkahwin - Dokumen yang diperlukan
  • Pendaftaran perkahwinan
  • Kesalahan / Penalti

Slot Ketiga - Tanggungjawab Suami Isteri
  • Apakah maksud tanggungjawab 
  • Tanggungjawab suami
  • Tanggungjawab isteri
  • Tanggungjawab bersama

Slot Keempat - Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Stres
  • Prinsip komunikasi dalam Islam
  • Komunikasi verbal / non-verbal
  • Gaya Komunikasi lelaki & perempuan
  • Masalah dalam komunikasi
  • Impak komunikasi yang baik
  • Masalah-masalah komunikasi dalam perkahwinan
  • Pengurusan stres dan konflik

Pada pendapat aku, pengisian dalam kursus praperkahwinan ini sangat penting sekali. Walaupun ada info yang kita sudah sedia maklum dan tahu tetapi aku percaya ramai juga yang ambil mudah seperti tanggungjawab suami isteri dan komunikasi dalam perkahwinan. 

Betullah kata penceramah, tanggungjawab tu bunyinya nampak mudah tetapi hendak melaksanakan sangat payah. Banyak sangat ilmu yang aku belajar semasa kursus ini. No wonder lah kursus praperkahwinan ini wajib diambil sebelum nak kahwin. 

Bagi aku kelemahan semasa mengikuti kursus ini ialah masa yang begitu singkat dan banyak maklumat yang terpaksa penceramah skip untuk memberi peluang kepada penceramah lain lagi. Selain itu, berlaku masalah teknikal seperti line internet yang tak kuat, video tersekat-sekat dan suara tidak kedengaran. 

Memandangkan kursus ini juga dijalankan secara online, aku cadangkan juga agar pihak JHEAINS membolehkan peserta untuk download slide kursus untuk rujukan. Bahagian prosedur perkahwinan itu bagi aku sangat penting dan tidak sempat untuk catat semua maklumat yang ada. Jadi tidaklah kelam-kabut semasa mengurus kebenaran berkahwin dan pendaftaran perkahwinan. 


Bila boleh dapatkan Sijil Praperkahwinan Setelah Kursus? 

1. Once korang left sahaja google meet. Dalam group whatsapp urusetia akan meminta korang untuk isi nama penuh untuk sijil dicetak dan korang boleh tuntut sijil tersebut di pejabat daerah masing-masing. 

2. Bagi yang tinggal jauh (luar daerah Kota Kinabalu, Penampang & Putatan) sijil akan dihantar terus ke pejabat daerah masing-masing. Sijil boleh diperoleh dalam minggu itu juga. 

3. Bagi peserta yang berada di Kota Kinabalu, Penampang & Putatan sijil boleh dituntut pada hari Isnin & Rabu (Jam 9 pagi - 12.30 tengah hari) dan hari Jumaat (Jam 9 pagi - 11.30 pagi) sahaja di :
Bahagian Pentadbiran Syariah, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), 
Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis.

Maklumat lanjut boleh berhubung melalui no. Tel: 088-522222/ 522205 (Zulfadhli/ Rahatul) untuk keterangan lanjut berkaitan perkara ini. 

11 ulasan:

  1. sekarang serba canggih.. semua yang sukar blh dimudahkan.
    kemudahan macam ni sangat perlu dalam musim2 pandemic..

    BalasPadam
  2. Nice sharing. since ain pun nak attend kursus kawin nnti! Perak tak sure ada online ke tak. tapi ain prefer physical kursus. Doakan ya semoga pkpb settle 6 Dis ni. Nk tawennn haha

    BalasPadam
  3. senangnya dah boleh kursus online sekarang :)

    BalasPadam
  4. mudahnya skg..dulu agak jenuh nk habiskn 6 jam tu huhuuu

    BalasPadam
  5. rasanya memang dari dulu banyak isi tapi tempoh satu slot tu singkat. Hopefully entry ni dapat membantu bakal pengantin di sabah :)

    BalasPadam
  6. singgah sini.. skrg dh mudah tambah musim covid. kalau dulu kena ambil masa sabtu dan ahad utk habiskan kursus

    BalasPadam
  7. Untung sangat ni boleh kursus online je. Alhamdulillah urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
  8. Mudahnya sekarang boleh buat online saja.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..sy nak tanya klu pasangan kita ni dah penah berkahwin n dah becerai..sijil kursus dah terbakar..adakah dia kena ambik semula kursus ntuk perkahwinan yg ke2..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. Apa yg sy tau kena ikut kursus balik..

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.