Resepi Kuih Piang Inti Kacang Hitam

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya Kuih Piang adalah nama bagi tradisi orang sabah. Aku tak tahu negeri lain panggil apa. Ada yang kata pau goreng dan macam-macam lagi. Resepi ini mak yang ajar. So far memang menjadi lah. 



Bahan-Bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sudu makan yis yis
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula
  • 2 sb susu
  • Mentega
  • Inti kacang hitam
  • Minyak untuk goreng

Cara-cara untuk membuatnya :

1. Masukkan tepung, garam, yis, telur, gula dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebati. Kacau pakai tangan ya. Macam buat kuih donut tu. Ada yang campurkan yis dalam air tetapi tak jadi pula kalau aku buat hehe~

2. Bancuh susu pekat dengan air. Sukatan susu 1 gelas ya. Masukkan susu dalam adunan tadi. Gaul sehingga sebati (tidak keras dan cair) sampai boleh diuli dengan tangan. 




3. Tambah mentega dan uli adunan sehingga menjadi doh. Uli sampai tidak melekit di tangan. Biarkan adunan kembang selama 15 - 20 minit.

4. Ambil adunan sedikit dan buat seperti bebola ikan. Ambik 1 bentuk dan leper kan (macam kita buat karipap tu). Masukkan inti kacang hitam. Tutup dan bentukkan bulat. 


5. Setelah itu, adunan yang berisi inti kacang hitam korang leperkan. Boleh tekan je guna tapak tangan atau guna penguli tepung pun boleh.

6. Panaskan minyak pada api yang sederhana. Goreng sehingga kemerahan jangan terlalu lama. Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba. 



15 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Dapnya,, hari tu berangan nak buat. Order kacang merah nak buat inti dengan laki, lalu tak dibelikan. hurm.. makan la pau sambal je. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha sy pun ary tu kirim kat mak ja suruh belikan.. sedap teringin nak makan sgat ..

      Padam
  2. fes time dengar nama kuih piang..
    saya ingatkan paungoreng tadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. rasanya pau goreng kot kalau org Melayu panggil.. kat sabah panggil kuih piang..

      Padam
    2. Betul...biasa kt semenanjung org paggl pau gorang..Brunei pggl kui piang...

      Padam
  3. Wah sedapnya kuih Piang ini ..., saya ingin mencobanya.

    Thanks for recipe.
    Salam dari Indonesia

    BalasPadam
  4. buat juadah buka pun sedap ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea selalu makan utk minum petang.. time2 puasa nie utk juada berbuka ^^

      Padam
  5. kitaorg panggil pau goreng....haaa...nanti plan nak buat kuih ni sbb dah lama teringin nak makan. selalu kalau beli cakoi mesti beli sekali kuih pau goreng ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy baru tau yg kuih nie org panggil pau goreng haha

      Padam
  6. Sedapnya kuih ni. pernah makan tapi tak tahu nama. sedap buat sendiri boleh letak inti lebih sikit :)

    BalasPadam
  7. Menarik juga ni. Tak pernah rasa inti kacang hitam. Biasa kacang merah

    BalasPadam
  8. Ha'ah dekat Selangor panggil pau goreng hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama