Dikuasakan oleh Blogger.

Syarat & Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online di Sabah Sepanjang PKPB

Assalamualaikum
Bismillah

Aku tak tahulah macam mana boleh terdetik hati mahu daftar kursus praperkahwinan ini. Lama dah mahu daftar cuma tiada kesempatan dan bajet. Entah macam mana hari ini Allah gerakkan hati pula untuk aku search kat google tentang kursus kahwin ini. 

Dalam hati, kan bagus buat kursus praperkahwinan online sepanjang PKPB ini. And guess what memang ada online rupanya. hahaha~

Tanpa berlengah aku pun apa lagi, daftar lah sementara diberi kemudahan macam ni. Tetapi sebelum nak daftar, aku tanya mama aku dulu :

"Mumy dah boleh daftar kursus praperkahwinan online lah. Saya daftar ya?'

"Daftarlah, senang lagi kalau online. Just dengar ceramah ja."


Syarat Untuk Daftar Kursus Kahwin Online (PKPB) :

1. Penyertaan terbuka kepada WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA yang pemegang DOKUMEN SAH & TINGGAL DI SABAH sahaja.

2. Kursus diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah sahaja.

3. Bayaran dikenakan sebanyak RM75.00 bagi setiap peserta. 

4. GAMBAR DOKUMEN PENGENALAN DIRI (berwarna) & SLIP PEMBAYARAN (bukti bayaran) dilampirkan dalam permohonan (dalam bentuk PDF) - Aku guna ilovepdf untuk convert. 

5. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui whatsapp.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online di Sabah Sepanjang PKPB

1. Permohonan boleh dibuat di pautan → Borang Permohonan Kursus Praperkahwinan Islam 

Maklumat yang perlu diisi dalam borang permohonan :

  • Nama Penuh 
  • No.Maykad (tanpa "-") / Passport 
  • Jantina
  • Umur
  • No Telefon 
  • Email
  • Alamat semasa (tempat tinggal)
  • Tahap Pendidikan Tertinggi
  • Pekerjaan
  • Cadangan Tarikh Nikah (tarikh ceramah)
  • Muat naik salinan Mykad / Passport (Berwarna) & slip bayaran kepada pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Berjumlah RM 75.00 (Sila muat naik dokumen dalam bentuk PDF sahaja.

Selepas tu, tunggu sahaja lah. Korang akan dimaklumkan melalui whatsapp tarikh kursus pra-perkahwinan. 

Peserta yang LAYAK adalah DIWAJIBKAN mengikuti setiap arahan berikut. Kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan peserta gagal dalam kursus ini. 

  1. Mengesahkan KEHADIRAN LIMA (5) MINIT sebelum kursus dijalankan.
  2. Memasang kamera bagi tujuan paparan wajah.
  3. Berpakaian kemas & MENUTUP AURAT.
  4. Sentiasa memberi sepenuh perhatian dalam setiap slot kursus.

2. Kursus ini mengandungi 4 tajuk utama dengan jumlah masa 5 jam sahaja.

3. Peserta yang berjaya sahaja akan diberikan SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM melalui aplikasi whatsapp. Sijil asal boleh dituntut di PEJABAT BAHAGIAN PENTADBIRANSYARIAH JHEAINS di alamat berikut :

Bahagian Pentadbiran Syariah, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),
Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis

4. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui no. Tel: 088-522222/ 522205 (Zulfadhli/ Rahatul)


3 ulasan:

  1. boleh share ni heheh sama kekawan yg ingin mndirikan rumahtangga

    BalasPadam
  2. Bagus juga buat online. Boleh pilih2 kita nak kursus guna agent mana. Tak la pilih yang dekat2 rumah je. kan?

    BalasPadam
  3. info berguna bagi warga sabah :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.