Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan segala urusan. Hari itu aku ada kongsikan cara bagaimana mahu daftar kursus kahwin kan. Boleh baca Syarat & Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online di Sabah Sepanjang PKPB

Aku dihubungi melalui whatsapp kurang dari seminggu untuk confirmkan tarikh kursus. Kalau takda masalah dengan tarikh yang diberikan maka pihak admin akan masukkan kita dalam group whatsapp.

Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah

Dalam group tersebut admin akan nyatakan tarikh dan masa kursus diadakan, link google meet dan syarat semasa kursus dijalankan. Di bawah adalah contoh mesej yang dihantar di group whatsapp. 

Jadual kursus kahwin adalah seperti berikut:
Masa : 9.00 pagi  - 2.00 petang (5 jam)
Tarikh : 23/11/2020 (Isnin)
Pautan : Google Meet (link akan diberikan)


Syarat semasa kursus dijalankan :
  • Semua peserta dikehendaki memaparkan wajah ketika kursus sedang dijalankan.

  • Kehadiran Akan di ambil setiap slot dan sekiranya ada tertinggal slot kena ganti slot yang tertinggal sebelumnya.

  • Kena hadirkan diri 15 Minit sebelum kursus bermula. 


Persediaan Sebelum Mengikuti Kursus Kahwin Online :

1. Pengalaman aku masa tu, pihak admin akan bagi link google meet sehari lebih awal. Pada tarikh yang telah ditetapkan, sebaik-baiknya 30 minit sebelum bermula sesi kursus praperkahwinan korang cuba join link Google Meet untuk lihat samada korang dapat masuk atau tidak. 

2. Korang boleh mengikuti kursus online melalui telefon ataupun laptop. Hanya perlu klik link yang diberikan sahaja. 


Bagi peserta yang Online menggunakan laptop :


b. Masukkan link / code (Contoh kod : qor-nsjz-xyz). Klik JOIN



c. Bagi peserta yang sudah login ke link yang diberikan, korang akan diminta untuk mengisi kehadiran di ruangan chat. Kehadiran perlu diisi setiap kali slot dijalankan. 

d. Ada 4 slot ceramah, maka peserta perlu isi nama penuh & no kad pengenalan untuk setiap slot. 





Bagi peserta yang online menggunakan telefon :

a. Download dan install Google Meet di aplikasi google store korang. 

b. Masukkan link / code (Contoh kod : qor-nsjz-xyz). Klik JOIN.



c. Pastikan kamera korang hidup (ON) supaya boleh nampak paparan wajah. Korang hanya perlu klik unmute sekiranya ada pertanyaan yang ingin diajukan kepada penceramah sahaja. 

d. Isikan nama penuh dan no kad pengenalan di ruangan chat. (Rujuk gambar)



3. Pastikan korang bangun awal dan sarapan sebelum kursus bermula kerana kursus tersebut dijalankan straight saja. Actually boleh saja off kamera 5 - 10 minit kalau nak pergi tandas ke tiada masalah pun. 

4. Aku sarankan korang guna telefon sahaja semasa kursus. Macam aku sendiri guna laptop pada mulanya, last-last kamera tak dapat on sebab belum update. Mujurlah aku bersedia 30 minit lebih awal. 

5. Korang hanya perlu dengar ceramah sahaja. Tidak perlu buat ujian atau kuiz. Slide ada disediakan tetapi tak boleh download. Jadi aku cadangkan korang catat nota penting khususnya prosedur perkahwinan. 

6. Bergantung dengan penceramah, ada penceramah yang buat soal jawab semasa sesi. Ada juga penceramah yang suka bertanya. So jawab saja apa yang korang faham. 

7. Selesai sahaja sesi selama 5 jam, korang boleh left google meet tersebut. 


Pengalaman Kursus Kahwin Secara Online di Sabah Sepanjang PKPB

Kursus ini dijalankan selama 5 jam. Terdapat 4 slot penting dalam kursus ini iaitu :

Slot pertama - Perkahwinan
  • Takrif dan tujuan perkahwinan
  • Nikah - Hukum, Rukun Nikah, 
  • Kriteria calon pengantin lelaki & perempuan
  • Syarat & Jenis wali, saksi,
  • Kategori mahram
  • Perkara yang menjejaskan perkahwinan
  • Pembubaran perkahwinan / Perceraian
  • Hukum, jenis & prosedur talaq

Slot Kedua - Prosedur Perkahwinan (Lebih kepada cara pengisian borang)
  • Kebenaran berkahwin - Dokumen yang diperlukan
  • Pendaftaran perkahwinan
  • Kesalahan / Penalti

Slot Ketiga - Tanggungjawab Suami Isteri
  • Apakah maksud tanggungjawab 
  • Tanggungjawab suami
  • Tanggungjawab isteri
  • Tanggungjawab bersama

Slot Keempat - Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Stres
  • Prinsip komunikasi dalam Islam
  • Komunikasi verbal / non-verbal
  • Gaya Komunikasi lelaki & perempuan
  • Masalah dalam komunikasi
  • Impak komunikasi yang baik
  • Masalah-masalah komunikasi dalam perkahwinan
  • Pengurusan stres dan konflik

Pada pendapat aku, pengisian dalam kursus praperkahwinan ini sangat penting sekali. Walaupun ada info yang kita sudah sedia maklum dan tahu tetapi aku percaya ramai juga yang ambil mudah seperti tanggungjawab suami isteri dan komunikasi dalam perkahwinan. 

Betullah kata penceramah, tanggungjawab tu bunyinya nampak mudah tetapi hendak melaksanakan sangat payah. Banyak sangat ilmu yang aku belajar semasa kursus ini. No wonder lah kursus praperkahwinan ini wajib diambil sebelum nak kahwin. 

Bagi aku kelemahan semasa mengikuti kursus ini ialah masa yang begitu singkat dan banyak maklumat yang terpaksa penceramah skip untuk memberi peluang kepada penceramah lain lagi. Selain itu, berlaku masalah teknikal seperti line internet yang tak kuat, video tersekat-sekat dan suara tidak kedengaran. 

Memandangkan kursus ini juga dijalankan secara online, aku cadangkan juga agar pihak JHEAINS membolehkan peserta untuk download slide kursus untuk rujukan. Bahagian prosedur perkahwinan itu bagi aku sangat penting dan tidak sempat untuk catat semua maklumat yang ada. Jadi tidaklah kelam-kabut semasa mengurus kebenaran berkahwin dan pendaftaran perkahwinan. 


Bila boleh dapatkan Sijil Praperkahwinan Setelah Kursus? 

1. Once korang left sahaja google meet. Dalam group whatsapp urusetia akan meminta korang untuk isi nama penuh untuk sijil dicetak dan korang boleh tuntut sijil tersebut di pejabat daerah masing-masing. 

2. Bagi yang tinggal jauh (luar daerah Kota Kinabalu, Penampang & Putatan) sijil akan dihantar terus ke pejabat daerah masing-masing. Sijil boleh diperoleh dalam minggu itu juga. 

3. Bagi peserta yang berada di Kota Kinabalu, Penampang & Putatan sijil boleh dituntut pada hari Isnin & Rabu (Jam 9 pagi - 12.30 tengah hari) dan hari Jumaat (Jam 9 pagi - 11.30 pagi) sahaja di :
Bahagian Pentadbiran Syariah, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), 
Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis.

Maklumat lanjut boleh berhubung melalui no. Tel: 088-522222/ 522205 (Zulfadhli/ Rahatul) untuk keterangan lanjut berkaitan perkara ini. 

Yeeahh!! Berjaya Rendahkan Bounce Rate!!

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys.. aku senang hati beberapa hari ini kerana akhirnya aku berjaya rendahkan Bounce Rate blog! Yuhhuuuu~ Lepas nie target nak maintain UV, PV dan BR saja. 

Bounce rate from 81.44% to 61.70%

Aku terkejut dapat notification kat Google Analytics bahawa Bounce Rate blog aku menurun sejak 16 September sehingga ke hari ini. Apa itu bounce rate? Mungkin ada yang masih tak tahu kepentingan menjaga bounce rate blog. 

Ini berdasarkan apa yang aku faham. Bounce rate adalah kayu ukur ataupun tahap kepuasan pembaca blog kita. Semakin lama pembaca berada di blog kita, maka lebih baik. Ia akan merendahkan bounce rate blog. Kemungkinan untuk bounce rate menjadi tinggi sebab pembaca hanya datang sekali ke blog then terus keluar tanpa membaca artikel yang lain. 

Tetapi aku kurang bersetuju juga kalau nak kata blog seseorang tu kurang menarik pembaca untuk lebih lama dalam blog. Bagi aku mungkin pembaca hanya ingin mencari maklumat yang tepat dan apabila dapat info yang diinginkan dorang dah tak baca artikel yang lain. 

Walaupun blog aku banyak berkongsi infomasi tentang psikologi panjang berjela, end up lepas habis baca ramai yang contact aku by email, whatsapp atau instagram untuk bertanya lebih lanjut tentang info tersebut. Tapi sebenarnya maklumat yang lain dorang tanya tu dah ada dalam blog aku pun. 

Apa yang aku nak sampaikan di sini bounce rate tu bukanlah pengukur sebenar blog kita menarik atau tidak. Ramai je blogger yang bounce rate tinggi tetapi berkongsi banyak info yang bermanfaat dan menarik. Tetapi tipulah kalau aku kata aku tak nak bounce rate blog rendah. hehe~

Ini tips macam mana nak rendahkan Bounce Rate cara aku...

  • Banyak membaca tips daripada blogger Otai seperti Hasrul Hassan, Sayidah Napisah, Mamappie, Wayne Harraz, Sis Hawa dan banyak lagi. 
  • Tulis artikel yang panjang dan padat. Kalau boleh buat entri yang berkualiti lebih baik.
  • Tingkatkan kemahiran SEO, Google Analytics, dan keywords.
  • Pasang RELATED POST.
  • Loading blog yang laju

Aku pun banyak lagi nak belajar. Sikit saja yang aku dapat kongsi dengan korang. Apapun semoga entri ini memberi semangat dan motivasi kepada blogger lain yang berusaha untuk rendahkan bounce rate blog. Aku harap ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. 

Kalau aku boleh buat, InsyaAllah korang pun pasti boleh!



Lirik Lagu Odoi by Estranged

Lirik Lagu Odoi by Estranged

Kalau kau tidak percaya
Ambil kapak belahlah dadaku ini
Kalau kau mau percaya
Bagus lagi sia saja engkau pilih

Memang susah aku mau lari
Dan aku tetap setia menanti
Odoi sayang jangan kau begini
Mana tau tiba-tiba sia berhenti

(Korus)
Walau bertahun ku tunggu
Jawapan darimu
Engkau masih membisu
Biarpun engkau sudah tahu
Hanya kau ku mahu
Engkau masih membisu

Lebih baik kita jatuh cinta
Cinta kita sampai bila-bila

Kalau kau tidak percaya
Ambil kapak belahlah dadaku ini
Kalau kau mau percaya
Bagus lagi sia saja engkau pilih

Memang susah aku mau lari
Dan aku tetap setia menanti
Odoi sayang jangan kau begini
Mana tau tiba-tiba sia berhenti

(Korus)
Walau bertahun ku tunggu
Jawapan darimu
Engkau masih membisu
Biarpun engkau sudah tahu
Hanya kau ku mahu
Engkau masih membisu

Lebih baik kita jatuh cinta
Cinta kita sampai bila-bila

Kalau kau tidak percaya
Ambil kapak belahlah dadaku ini
Odoi sayang jangan kau begini
Mana tau tiba-tiba sia berhenti

(Ulang Korus 3x)

Support Lagu-Lagu Sabahan

3 Sebab Utama Kereta Terpakai Menjadi Pilihan Poket Golongan Muda Yang Baru Mula Berkerja

Assalamualaikum
Bismillah

Tahniah! Jika anda sedang membaca artikel ini, anda tentu sekali telah berjaya menamatkan salah satu fasa terpenting dalam kehidupan seseorang. Kini, bermulalah satu lagi fasa baru iaitu fasa berkerja. Berbeza dengan fasa belajar yang hanya menuntut kita untuk mendapatkan keputusan semester yang baik, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam fasa berkerja dan ini termasuklah hal pemilikan kereta. 

Umum diketahui, kebanyakan pekerjaan sekarang memerlukan seseorang untuk mempunyai pengangkutan sendiri. Hal ini penting untuk memastikan seseorang dapat sampai ke tempat kerja dan melaksanakan pekerjaan yang diberikan. 

Tidak dinafikan, walaupun sudah terdapat perkhidmatan e-padanan (e-hailing) dan jaringan sistem pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel dan bas, namun harus kita sedar masih ada kekurangan dalam pilihan pengangkutan yang disebutkan tadi dari segi;

  • Kos yang Tinggi – E-hailing selalunya akan mengenakan surcaj tambahan bilamana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan terutama sekali pada waktu puncak.

  • Masa yang Terhad – Sesetengah perkhidmatan pengangkutan awam hanya terhad kepada waktu beroperasi tertentu. Contohnya, perkhidmatan MRT hanya beroperasi dari pukul 6 pagi sehinga 11.30 malam sahaja. 

  • Darjah Ketersampaian – Sesetengah tempat tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam seperti tempat lain.
Di sini, dapat dilihat dengan jelas bahawa masih ada keperluan untuk memiliki kereta sendiri. Namun, bagi golongan yang baru berkerja, mereka mungkin tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru. 

Di sinilah kereta terpakai menjadi ‘penyelamat’ utama bagi kewangan golongan ini. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa kereta terpakai menjadi pilihan golongan muda yang baru mula berkerja.

1. Tidak perlu wang pendahuluan yang banyak (Downpayment)

Rata-rata mereka yang baru sahaja mula berkerja tidak mempunyai wang simpanan yang banyak, apatah lagi wang pendahuluan untuk membeli kereta baru. Secara umumnya wang pendahuluan bagi sebuah kereta baru adalah sekurang-kurangnya 10% daripada harga belian. 

Ini bermakna sekiranya seseorang ingin membeli sebuah kereta baru berharga RM50,000, beliau akan memerlukan kira-kira RM5,000 tunai dalam tangan bagi merendahkan bayaran bulanan. 

Sebaliknya, dengan membeli kereta terpakai, amaun yang diperlukan hanyalah 1% sebagai yuran tempahan. Secara tidak langsung, anda akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 9%.

2. Fleksibiliti dan Komitmen bulanan yang rendah 

Berbeza dengan pembelian kereta baru, seseorang yang memilih untuk membeli kereta terpakai tidak perlu risau akan bayaran bulanan tetap dan kadar faedah yang tinggi dikenakan dari pihak bank. 

Hal ini kerana selain daripada amaun harga belian yang lebih rendah, sesetengah syarikat yang menjual kereta terpakai seperti Carsome.my memastikan kereta terpakai yang dijual adalah bebas daripada apa-apa pembiayaan pihak ketiga seperti institusi perbankan. Ini memberikan fleksibiliti bagi pembeli untuk memilih mana-mana institusi kewangan pilihan masing-masing.

3. Jaminan (Warranty) kualiti kereta yang berpatutan & Tiada Caj Tersembunyi

Selama ini kita mungkin menyangka bahawa hanya kereta baru sahaja yang akan mempunyai jaminan kualiti. Tidak sama sekali! Bagi menjaga kebajikan pelanggan, terdapat segelintir syarikat penjualan kereta terpakai yang masih mengutamakan kepuasan hati pelanggan yang membeli. 

Di Carsome.my, setiap pembelian kereta disertakan dengan jaminan kualiti selama 1 tahun di mana kereta adalah bebas daripada kerosakan akibat kemalangan dan banjir. Malah, kesemua kereta yang dijual juga telah melalui pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan keadaan kereta yang baik. 


Di samping itu, harga belian adalah harga muktamad dan termasuk kos-kos lain seperti cukai pengangkutan jalan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang ingin menjaga aliran tunai ketika baru mula berkerja, ini adalah berita baik untuk anda! Kunjungilah Carsome.my untuk mendapatkan semua kebaikan yang disebutkan di atas. Selamat membeli!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


Carsome - Kelana Jaya Experience Center
D-G-1, Block D, Pusat Komersial Parklane,
Jalan SS7/26, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi 
9AM - 6PM, Isnin - Ahad (Kecuali Cuti Umum)

6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan [ UPSR, PT3, SPM & STPM ]

Assalamualaikum
Bismillah

Aku hampir terlupa yang tak lama lagi dah nak peperiksaan. Aku perasan apabila aku lihat adik-adik aku rajin betul ulangkaji. Selalunya mesti menghadap Running Man ataupun Anime hahaha :D

Apabila sebut saja perkataan keramat iaitu "peperiksaan" tak kiralah UPSR, PT3, SPM ataupun STPM. mesti korang rasa bahangnya exam tu kan? Tambahan lagi dengan kurangnya persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.


Banyak chapter nak cover. 

Mana lagi nak hafal teori, kata kunci dan point-point penting. 

Sempatkah nak ingat dan hafal buku Sejarah tu? 

Otak pun kejang bila fikir tinggal sebulan lagi nak habiskan ulangkaji dan paling sedih kalau yang seminggu lagi baru nak ulangkaji. Stres sendiri juga dibuatnya.

Bertenang ya adik-adik ku sayang~~ Jangan panik. Tarik nafas. Tenangkan fikiran. Aku bantu korang senaraikan 6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan. Insya'Allah mana yang rasa sesuai dengan korang tu boleh tiru~ hehe

1. Elakkan Diri Study Last Minit

Aku suka letak point study last minit nie yang pertama. Hahaha Aku tak suruh korang study last minit pun, cuma nak nasihatkan korang "Please jangan study last minute". Melainkan korang memang dalam kelas jenis yang fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun korang nie jenis yang study sebelum masuk kelas.

Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di hadapan kelas. So, tak hairanlah dia boleh skor dalam exam.

Walau bagaimanapun, jangan amalkan "study last minit". Luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2. Two Head Is Better Than One

"Dua kepala lebih baik daripada seorang"Cuba ajak kawan buat study group atau belajar secara berkumpulan tentang topik yang korang kurang mahir. Ada sesetengah orang dia mungkin kurang mahir bab matematik tetapi bab sejarah dialah POWER! 

Dengan tertubuhnya "Study Group" korang boleh berbincang tentang sesuatu topik yang mana korang lemah. Belajar berkumpulan ini bukan sahaja dapat bantu mereka yang kurang mahir dalam sesuatu subjek malah korang juga boleh meningkatkan pemahaman dan daya ingatan dengan mengajar orang lain.

Jangan kedekut ilmu tau! Insya'Allah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita pula.

3. Sediakan Nota Ringkas & Padat

Yang nie tak perlu explain banyak korang fahamlah sendiri. hehe Kalau boleh elakkan daripada copy paste ayat dalam buku teks. Cukuplah korang senaraikan point penting dan cuba untuk memahami dan meringkaskan point tersebut dalam bentuk yang korang sendiri boleh ingat.

Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Be kreatif dalam menulis nota. Tetapi tips ini tidak semestinya di aplikasikan kepada semua orang. Ada yang jenis tak suka tengok nota warna pelangi. Ada pelajar yang suka conteng buku. Ada juga yang tak tulis nota langsung. Hahaha depends on you.

4. Jaga Pemakanan & Kesihatan

Selain daripada persediaan dari segi akademik. Jangan sampai abaikan pemakanan dan juga kesihatan korang. Amalkan diet yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan dan kurang sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan tumpuan dan tenaga kita. 

Rajinkan diri untuk bersenam kerana otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah penat menghadap buku sepanjang hari. Seperti badan kita, otak kita juga pandai penat. 

5. Kurangkan Hiburan & Media Sosial

Tidak dinafikan hiburan seperti menonton tv, drama korea, anime dan juga media sosial (whatsapp, twitter, instagram) sedikit sebanyak mengganggu kita untuk kekal fokus dalam mengulangkaji. Sudah menjadi trend untuk meng'upload dahulu sesuatu "kononnya nak studylah" kat laman sosial sebelum mula belajar.

Alih-alih yang dibaca bukan buku tetapi muka buku (facebook). Ada pula yang kononnya buka nota di dalam laptop. Last-last yang dilihat bukan nota tetapi Youtube, Drama, & Anime. Oopps! Hahaha (yang nie kena batang hidung sendiri sebenarnya) hahaha

So, kalau boleh bersabarlah dahulu daripada pegang handphone atau laptop.Caranya senang saja, jangan letak handphone kat tepi buku kalau nak study. Nanti nafsu anda menarik tangan anda untuk sentuh handphone tu. Hahaha

6. Minta Doa & Restu Orang Tua

Yang jauh jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan korang menjawab nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali korang nak exam. Manalah tau berkat doa & restu mereka formula addmaths korang boleh ingat.

Solat jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya. Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Allah SWT untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Insya'Allah Allah akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.


Sekian. Itu saja tips yang aku senaraikan. Mana yang korang boleh ambil dipersilakan. Kalau rasa tak sesuai dengan korang tak apa. hehe


Good luck! Ganbatte!

Puisi 03 : Tetaplah Bertahan

Puisi ikasyfr

Banyak harapan kutitipkan pada Tuhan.

Agar kita kelak mampu terus bertahan,

Seberat apapun cubaan yang datang di hadapan.

Sebahagian aku ada padamu, 

Maka jagalah sepenuh hatimu.

Sebahagian kamu ada padaku.

Dan percayalah,

Aku hanya berencana membagi bahagia ini denganmu.

- ikasyfr -

12 Nov 2020, 2.23 AM | www.siinurul.com 




Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul]

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, begitu cepatnya masa berlalu sehingga tak sedar rupanya dah masuk setahun aku jadi blogger sepenuh masa. Siapa yang bercita-cita untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya ini adalah antara rutin yang aku buat setiap hari. 

Sebelum tu, korang nak tahu tak, aku habiskan masa 5 hari untuk siapkan entri ini. Setiap perenggan aku buat hampir 2 - 3 jam. Hahahaha~ Tulis dengan penuh perasaan gitu. Semoga tulisan kali ini sampai ke hati hehe. 


Baiklah, jom kita lihat apakah rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Let's start!

1. Banyakkan Membaca Untuk Dapatkan Idea Menulis

Sebagai seorang blogger kenalah rajinkan diri membaca pelbagai jenis bahan bacaan samada melalui bahan cetakan ataupun media elektronik. Terpulang dari korang nak baca topik apa sekalipun. Politik, hiburan, isu semasa, resepi dan lain-lain. 

Sekarang ini semuanya di hujung jari. Nak baca berita boleh baca di facebook. Google sahaja apa yang korang nak tahu pak google dah tolong bagi jawapan. Padahal yang menulis kebanyakkan di google tu pun blogger juga. Hehe


Nak dapatkan idea, wajib membaca. Membaca bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bagi aku apabila banyak membaca semakin banyak benda yang dipelajari dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami. 

Apabila banyak membaca nak menulis pun senang sebab idea datang mencurah-curah. Kadang sampai tak berhenti ditambah lagi dengan mood menulis yang tengah baik masa tu. 

Membaca juga dapat meningkatkan kekuatan memori dan merupakan senaman minda kerana sel-sel dalam otak akan aktif dan membuatkan minda menjadi lebih sihat. 

Membaca juga boleh melatih diri untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan meningkatkan kreativiti, meningkatkan kemahiran tata bahasa dan membantu cara berkomunikasi dengan lebih baik dan teratur.

2. Catat Apa Yang Anda Baca

Sebelum menulis entri, perkara yang paling penting sekali bagi aku adalah mencatat point penting untuk dijadikan idea selepas membaca. Aku memang tak bolehlah tak catat. Nanti aku lupa. Write things down. Your mind might be sharp but that won't last forever. Get in the habit of writing them down. 

Biasanya apabila membaca sesuatu aku akan sediakan nota, kertas, sticky note ataupun terus catat di phone. Bukan itu sahaja, aku tengok youtube pun aku catat maklumat penting. 

Cara-Cara Mencatat Nota :

1. Cari topik yang mahu di bacaMisalnya untuk menulis entri tentang rutin harian blogger, aku akan fokus baca topik tentang "blogging" sahaja. Jadi di sini aku akan lebih fokus untuk menulis dan tidak lari daripada topik asal. 

Sebab itu kadang-kadang ada orang apabila menulis entri, dia pandai hilang fokus dan mulalah tulis benda yang tak penting. Tajuk tentang rutin harian blogger tetapi banyak cerita tentang aktiviti memasak di rumah. Kan dah lari tajuk sebab syok sendiri hehe.

2. Di mana nak dapatkan info? - Boleh cari di google, blogger lain, linkedin, facebook, pinterest, quora, twitter dan banyak sangat maklumat yang kita boleh peroleh secara online. Kalau ada buku pasal blogging lagi bagus. 

3. Catat keywords penting sahaja - Kena faham rutin harian blogger tu yang macam mana? Rutin harian blogger sepenuh masa mungkin tak sama dengan part-time. Tajuk memainkan peranan yang sangat penting kerana tajuk mewakili konten keseluruhan entri. 

Jadi dalam Rutian Harian Seorang Seorang Blogger Sepenuh Masa ini aku tulis tentang rutin harian aku bukan orang lain. 

Oleh itu, cara aku lepas baca aku terus catat supaya aku boleh hasilkan entri yang berkualiti, mudah untuk difahami dan berbeza dari yang lain. 


3. Menulis Entri Berkualiti / SEO 

Point ini tidak kiranya korang blogger sepenuh masa ataupun separuh masa menulis entri adalah aktiviti wajib sekali. Tiada orang lain yang jadi blogger tapi tidak menulis. Tulislah entri yang bermanfaat di blog. 

Aku bukannya mahir sangat bab SEO ini. Ada juga beberapa orang yang bertanya macam mana menulis mengikut gaya SEO. Susah sebenarnya nak terangkan. Cuma apabila dah jadi blogger sepenuh masa sangatlah penting untuk menulis entri yang unik dan berkualiti apatah lagi ditambah dengan SEO menjadikan entri tersebut mudah berada di halaman pertama google. 



Semakin banyak entri yang berada di halaman pertama maka trafik blog juga akan meningkat. Walaupun korang tak update blog setiap hari namun setiap hari akan ada sahaja pengunjung yang datang ke blog korang.


4. Melakukan Aktiviti Blogwalking

Aktiviti blogwalking merupakan aktiviti wajib bagi seorang blogger. Walaupun mungkin aku tak update entri untuk hari ini tetapi setiap hari aku pasti blogwalking di blog orang lain. 

Cuma ada blogger dia blogwalking tapi jadi silent reader sahaja. (Aku kategori yang ini). Ada yang rajin sangat-sangat tinggalkan komen. Aku memang respect dengan blogger yang rajin komen ni. 


Lagi-lagi kalau ada blogger yang setiap bulan buat giveaway, segmen atau bagi hadiah kepada komentator memang beruntung lah siapa yang rajin sangat komen tu. Tidak kiralah korang blogger baru atau lama aktiviti blogwalking ini merupakan amalan yang sangat digalakkan.

Kenapa wajib blogwalking?

1. Untuk dapatkan idea menulis.
2. Nak tahu info dan cerita menarik dari blogger lain.
3. Mengeratkan hubungan sesama blogger
4. Tingkatkan trafik blog 
5. Mempromosikan blog kita
6. Backlink - semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.


5. Berkongsi Artikel / Promosikan Blog 

Dah penat menulis sudah tentulah kena kongsi artikel yang aku tulis kepada umum (pembaca). Nak menulis dan publish di blog itu mudah sahaja yang menjadi sukar adalah bagaimana mahu menarik orang untuk baca artikel ini. 

Harapkan orang yang datang baca artikel blog kita sebaik sahaja publish memang susahlah. Melainkan anda memang seorang yang popular dan ramai followers. Jangan risau aku juga bukan blogger yang popular atau ramai followers tetapi aku berjaya juga tarik trafik yang tinggi ke blog ini. 

Caranya adalah dengan belajar teknik SEO dengan betul, cuba buat analisis keyword apa yang popular, tulis entri evergreen dan banyak lagi. Nak tahu dengan lebih mendalam joinlah TEAM BITE MEDIA CONSULTANT. Korang akan belajar dari zero to hero semua tentang blog. 

4. Jana Pendapatan Pasif 

Apabila dah jadi blogger sepenuh masa aku sentiasa bertanya kepada diri  "apa entri yang aku nak tulis untuk pembaca?". Berbeza sangat menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dah namanya blogger sepenuh masa jadi kenalah ada hasil kan. 

Tak boleh nak samakan part-time blogger yang menulis sebab hobi (kepuasan) dengan fulltime blogger yang menulis sebab kepuasan dan income. Ramai sangat dah aku jumpa blogger yang kata "Aku menulis bukan sebab nak income". 

Iya memang betul sebab anda mungkin hanyalah part-time blogger dan mempunyai pekerjaan di luar sana ataupun anda tidak bekerja tetapi ada yang bagi anda duit setiap bulan. So setiap orang berblog dengan sebab yang berbeza. Sedangkan aku hanya mengharap sepenuhnya duit daripada blog untuk teruskan kehidupan dan buat belanja keluarga. Sekurang-kurangnya aku tidaklah menganggur dan berharap ibu bapa sahaja. 

Sebelum ini apabila menulis kerana hobi ataupun suka-suka aku tak kisah pun kalau blog ini tidak berupdate berbulan. Apabila dah ada komitmen dengan blog, aku bukan sahaja tulis sebab aku suka menulis tetapi aku mestilah ada target pageviews sebulan berapa dan berapa target income adsense atau berapa job menulis aku dapat aku untuk bulan ini. 




Pokoknya, sesiapa yang menjadikan blog sebagai kerjaya kenalah ada hasil (income daripada berblog). Cara jana pendapatan pasif melalui blog ialah melalui affiliate, servis menulis, pemasangan template, google adsense & innity, paid review, ghostwriter dan banyak lagi. 


Cuma setakat ini aku hanya fokus sepenuhnya income daripada Google Adsense & Innity sahaja. Selebihnya kalau ada rezeki dapatlah job menulis 2 - 3 dalam sebulan. Jujurlah guys, ambil masa berbulan-bulan juga tau nak capai 100USD tu. Nak capai 3.50USD sehari pun Ya Allah memang payah sangat. 

Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya maintain income 5USD - 10USD sehari. Dan usaha untuk stabilkan lagi. Asalkan dapat 100USD pun dah kira bersyukur sangat. 



5. Tambah Ilmu Blogging & Praktikkan

Setiap hari aku akan baca tips-tips blogging. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang blog dengan lebih mendalam. Yang mana panduan sesuai dengan blog aku akan cuba aplikasikan terus di blog. Try and error. 

Yang mana berjaya aku akan catat sebagai pengalaman aku untuk aku kongsikan dengan korang. Yang tidak berjaya aku akan cari punca kenapa tidak berjaya. Jadi bolehlah buat bahan untuk menulis entri kan. 

Oleh sebab itulah aku susah nak kongsi dengan korang tentang tips-tips blog sebab aku sendiri juga masih dalam proses belajar dan belajar lagi. Aku boleh saja sebenarnya kongsi tips blog cuma aku inginkan sedikit kelainan. 

Aku suka berkongsi pengalaman macam mana aku boleh dapatkan trafik 10 ribu sehari. Aku mahu kongsi dengan korang macam mana aku boleh dapat maintain income adsense setiap bulan. 

Aku mahu cerita dengan korang macam mana blogger baru boleh berjaya juga dalam masa setahun. InsyaAllah aku akan kongsikan juga semuanya. 

6. Sentiasa Update Media Sosial 

Kalau sesiapa yang follow aku di media sosial seperti Facebook, FBPage, Instagram, LinkedIn dan Telegram korang akan perasan yang aku sangat rajin post. Kebanyakkan trafik datang daripada media sosial. Jadi rajinkan diri untuk selalu post di media sosial.

Kalau link blog korang kena block di facebook cuba cari alternatif lain untuk share samada di LinkedIn, Twitter, Pinterest ataupun Telegram. Kalau nak sesuatu kita kena usaha. Kalau nak income tinggi kena kerja keras. Kena kerja 2x ganda dari orang lain. Nak pageviews tinggi kena usaha lagi dan lagi. 

Bacalah tips banyak mana pun kalau tiada usaha tetap tiada perubahan. Aku dah kenal ramai blogger yang usaha dia 5x ganda dari aku dan tidak hairan juga income dan pageviews dia lebih banyak. 

So, tiada istilah dengki-mendengki antara blogger. Apapun rezeki semuanya datang dari Allah yang penting kita dah usaha. 

7. Balas Komen Pembaca 

Selain blogwalking, antara rutin harian aku adalah membalas komen pembaca. Setiap kali aku buka blog aku akan periksa siapa yang komen blog aku. 

Jadi blogger yang selalu komen tu aku akan terus blogwalking dan baca apa entri yang menarik. Cuma masalahnya aku jarang komen balik hahaha. 

Pertama sekali tujuan aku balas komen adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang sudi baca dan tinggalkan komen di blog aku.  

Sebab kedua kalau ada persoalan yang ditanya oleh pembaca, mungkin dorang akan datang balik untuk tengok jawapan kepada komen dorang. Ini pendapat akulah. Setiap komen yang diberikan bagi aku merupakan tahap nilai dan respon pembaca ke atas sesuatu entri yang ditulis.

Cuma aku akan tetapkan masa dan hari untuk balas semua komen pembaca yang blogwalking. Apapun terpulang dengan korang. Inikan cara aku hehe.


Cuma dalam banyak entri, ada satu entri ni yang aku memang tak balas komen walaupun banyak sangat pertanyaan sebab melibatkan perhubungan. Sedih tau baca komen-komen pembaca tapi nak buat macam mana kan, aku bukan pakar. 

8. Semak Email 

Rutin harian aku juga adalah semak email setiap hari. Setiap hari ada sahaja email yang aku dapat berupa pertanyaan berkenaan beberapa artikel yang aku pernah publish di blog. Dan email yang blogger selalu nanti-nantikan adalah email untuk job menulis. 




Baiklah, cukuplah itu sahaja rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Penat sudah mahu fikir ni apa yang mahu ditambah. Hahaha

Semoga bermanfaat. 


Blog Sii Nurul Mencecah 3.5 Juta Pageviews | Azam Blogging Tercapai

Assalamualaikum
Bismillah

Masa aku tulis azam ini rasanya pageviews blog belum lagi mencecah 3 juta. Aku sudah buat kira-kira by the end of this year aku boleh capai 3.5 juta pageviews. Alhamdulillah akhirnya 1 daripada 5 azam blog aku tercapai. 

Sebenarnya ada 2 / 5 azam blogging aku untuk tahun ini dah tercapai. Yang 3 lagi kena tunggu akhir tahun juga baru boleh nampak dapat capai target ataupun tidak.



Azam Blogging 2020 Tercapai

Macam yang aku pernah katakan sebelum ini, aku suka tetapkan matlamat apabila hendak melakukan sesuatu. Apabila ada matlamat aku akan jadi lebih fokus, berusaha untuk memberikan yang terbaik dan tidak menganggap berblog ini sesuatu yang boleh diambil mudah (sebab blog ini adalah kerjaya aku).

Cara Untuk Capai Azam Blogging


1. Tetapkan Matlamat Yang Ada Jangka Masa

Tidak kiralah jangka masa pendek ataupun panjang. Apabila ada jangka masa maka kita dapat melihat perkembangan blog semasa. Contohnya azam blogging aku ini dikira sebagai matlamat jangka masa pendek. Azam blogging untuk jangka masa panjang aku nak blog aku boleh menghasilkan pendapatan bulanan yang stabil seperti orang yang bekerja tetap.

Pastikan juga matlamat yang ingin dicapai adalah lebih spesifik supaya mudah untuk dicapai. Contohnya nak target menulis entri sekerap yang boleh. Dengan menulis 5 entri sehari. Nampak sangat perbezaan dia kan?




2. Buat Pelan Rancangan Tindakan

Sudah tetapkan matlamat aku akan buat pelan rancangan tindakan. Ada orang dia tetapkan untuk menulis entri setiap hari. Ada yang tetapkan menulis sekurang-kurangnya 10 artikel setiap bulan. Bergantung dengan korang. 

Cara aku pula aku untuk naikkan pageviews aku akan buat beberapa senarai topik yang evergreen. Topik yang mengundang views yang berterusan. Aku tak kisah untuk habiskan berapa jam menulis entri tersebut, asalkan aku rasa puas hati dan paling best kalau entri tersebut terus naik di halaman pertama google. 

Selain itu aku banyak berkongsi artikel blog di Linkedin dan Facebook. Korang join ja mana-mana group di facebook tentang blog. Share sebanyak mungkin artikel. Apatah lagi kalau korang jarang update blog. 

Tidak kiralah tercapai atau tidak azam, semoga tahun ini menjadikan diri aku lebih baik dan InsyaAllah terus baik pada masa akan datang. Semoga tahun ini setiap perkongsian di blog dapat memberi manfaat dan pahala yang berterusan. 



Quotes 01 : What Do You Enjoy Most About Blogging?

Assalamualaikum
Bismillah

I sometime don’t exactly know what blogging is.
But the only I know is I’m enjoying blogging.

For me blogging is to enjoy learning and sharing habit. 
We help each other to grow and to develop own lifestyle.

I know my writing is so terrible. 
However, when looking back to my old articles, 
I found that I’ve made a big progress.

So to make living a writing isn’t that difficult.
If you could find what you passionate about, just go along with it.

06 Nov 2020, 5.08 AM | www.siinurul.com


Quotes 01 : Tough Times Always Exist

Assalamualaikum
Bismillah


People never learn anything

by being told.

They have to find for themselves.

No matter what life throws at you.

You need to always get up.


02 Nov 2020, 2.17 PM | www.siinurul.com




Puisi 02 : He Is Special

Assalamualaikum
Bismillah


Whenever I catch myself 
My eyes are on him 
I just can't look at anyone else 

I catch myself thinking about him all the time 
and his face always appear in my mind 
before I go to sleep 

I never felt this way about anyone before 
so I thought these feelings were something special 
I want to know more about him and 
my own feelings 

I don't understand my own feelings 
I want to understand them 
I want to know 
Maybe I'll understand if I start talking to him 

I wonder if I'll find my answer 
When did I start liking him? 
What made me start liking him? 
What made me realize he was special? 

Are those questions that need to be answered logically? 

When I became aware of it 
I realized he'd always been special to me 
I can't even compare him to anyone else 

So, if you can compare someone with others 
does that make them special? 


17 Feb 2017, 3.26 AM | www.siinurul.com 

Puisi 01 : Bahagia Sebelum Saat Bersama

Assalamualaikum
Bismillah


Aku bahagia
Bahkan sebelum saat itu tiba

Pada hari-hari yang juga sudah kulewatkan
Ada harapan tentang kesamaan perasaan

Bertemankan rindu 
Tak juga membuatku akrab dengan waktu

Menunggu bukanlah kemampuan
Atau juga kemahuanku

Tapi entahlah 
Aku selalu memberikan pengecualian
Untuk segala sesuatu tentang kamu

Tak pernah terfikir olehku
Bagaimana bisa sebuah kejadian biasa
Membuatku luar biasa menginginkanmu?


 17 Sept 2020, 8.29AM | www.siinurul.com
© all rights reserved
made with by templateszoo