Cara Bayar PTPTN Dengan e-Wallet Touch n Go

Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali kalau korang nak bayar pinjaman PTPTN melalui e-Wallet tak kisah lah Touch n Go ke ataupun Boost. Korang kena dapatkan Nombor Akaun PTPTN dahulu. Cara-caranya mudah sahaja. Korang boleh rujuk entri Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online.


Cara Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN


1. Login PTPTN i-Online

2. Pilih PENYATA BAKI. 


3. Klik SEMAK NO PINJAMAN (Rujuk gambar) 



Dah dapat kan nnombor pinjaman PTPTN. Langkah seterusnya ialah korang login lah e-Wallet Touch n Go. Kalau nak bayar menggunakan Boost pun boleh juga. Sebab caranya sama sahaja yang penting no pinjaman ptptn korang dah tahu. 

4. Sila pilih PAY BILLS untuk bayar PTPTN. (Rujuk gambar dibawah)


5. Klik PTPTN Ujrah. Aku kurang pasti PTPTN Konvensional nie macam mana. Tapi kalau aku biasanya pilih Ujrah ja. 


6. Masukkan NO AKAUN (No pinjaman korang) dan AMAUN yang korang nak bayar. Aku bayar RM40 ja. 



7. Pembayaran telah berjaya. Dan baki e-Wallet korang telah ditolak.


Mudah sahaja bukan? Pembayaran akan ambil masa 5 - 7 hari bekerja juga barulah akan ditolak. Bukti pembayaran telah ditolak. (Rujuk gambar)


Pembayaran telah dikemaskini pada 10 Jun 2020. 



Antara semua cara yang aku pernah kongsikan. Cara manakah yang paling mudah bayar balik pinjaman PTPTN? Bagi aku paling senang sekali bayar menggunakan JOMPAY. 

Yang tak bestnya bayar menggunakan e-Wallet ni kan, korang nak bayar RM40 tetapi ada caj tambahan RM1 akan ditolak daripada pembayaran. Jadi, jumlah yang korang bayar tu sebenarnya RM39 je. 

Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran untuk para peminjam sepanjang PKP nie tak perlu bayar, tapi aku nampak hutang tetap berjalan. So aku bayar je lah dengan gaji berblog. At least berkuranglah juga tunggakan tu.