Dashboard Terbaru Blogger 2020.. Hmmm Okay ke Tak?

11


Assalamualaikum
Bismillah

Dashboard Terbaru Blogger 2020.. Hmmm Okay ke Tak?


Tahun lalu dashboard blogger bertukar. Tak sampai pun setahun dah tukar lagi guys. Kalau nak tahu dashboard 2019 punya boleh baca Dashboard Terbaru Blogger, Yay or Nay?

Banyak gila perubahan untuk Dashboard Terbaru 2020 nie. Aku pun bingung juga nak cari mana nak post. Kat ruangan dashboard blog kita ada "Try the new Blogger!" korang klik je. 

Review Dashboard Terbaru Blogger 2020


Dashboard Terbaru Blogger 2020


Lepas je korang dah klik. Inilah rupa baru untuk bahagian POST. Sangat berbeza. 

Ada nampak tak petak berwarna merah tu. Kalau nak tengok semua post yang dah publish, draf ataupun post scheduled aku dah buat petak merah tu. Ada label dan boleh select post yang korang nak delete. 

Yang kat bawah bulat (+) tu kalau korang nak "new entry". Bingung nak cari kat mana nak buat entry baru nie. Rupanya kat bawah sebelah kanan.

Aku ingatkan bila nak buat entri baru tu macam biasa je, rupa-rupanya guys...


Haa... nie lah rupa baru.. Nak tunjuk satu-satu kat korang tetapi banyak sangat.. hahaha korang cubalah godek sendiri. 

Aku suka jugalah rupa baru nie. Dia ala-ala macam kita sent email gitu. Nak kata rupa macam messenger pun ada juga. Menarik jugalah untuk pertama kali. Bahagian kanan pun diperbesarkan sedikit. Kalau klik kat label tu ada skrollbar. Macam kita selalu buat kat bloglist. 

Kalau klik kat Custom Robot Tags pula akan keluar...
  • default
  • all
  • noindex
  • nofollow
  • none
  • noarchive
  • nosnippet
  • noodp
  • notranslate
  • noimageindex
  • unavailable_after

Ada kot fungsi dia ni tetapi aku tak tahulah untuk apa. Nanti boleh google lah.

Aku suka bila nak tulis entri baru sebab dia nampak lagi kemas. Kalau korang nak tahu macam mana cara yang betul menulis entri aku rasa Dashboard Terbaru Blogger 2020 ini sangat sesuai untuk digunakan.

Aku suka sebab details dari segi heading tu macam mana, kalau nak letak gambar terus boleh link ke email dan external link. 

Yang menariknya korang boleh letak jadual (TABLE)


Mak aii.. aku baru cerita new post. Hahaha belum habis godek part yang lain lagi. 

Stats Blogger

Bahagian ini dia tak banyak beza sangat dengan dashboard versi 2019 punya. Sama je rasanya. Aku dah tengok semua. So takda new things pun. Tak nak ulas banyak part ini. 


Dari segi comment, pages, earnings dan layout tiada perubahan sangat dengan dashboard 2019 punya. 

Theme Blogger


Tetapi bahagian THEME ini ada lain sikit.


Kalau nak ubah font ke, nak edit kod untuk skrollbar ke, nak design template korang biasa edit html kan. Inilah rupa EDIT HTML..



Nak tukar blog yang mesra mobile punya. Boleh pergi MOBILE SETTING.


Setting blog pun takda perubahan. Cuma READING LIST ada nampak kemas sikit. 



Secara keseluruhan memang menarik. Kalau kat bahagian post aku suka part nak tulis entri tu. Aku suka dashboard baru nie tetapi aku lebih prefer yang classsic punya juga hehe~

Apa pendapat korang, suka ke tidak dengan new dashboard ni?


Tags

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Nak mahirkan diri ambik masa. Tapi bab upload gambar tu tak suka sangat sebab dia akan up yang terkini dulu. Mean gambar jam 5 petang dulu..yang last gambar 10 pagi tadi ke. Tak mesra kat HP. Pening. Pening. Haha.

    BalasPadam
  2. yang tahun 2019 tu rasa macam tak berapa suka, terus revert balik ke yang lama...ni tahun 2020 ada lagi yang baru ek? adeiii..tunggu terpaksa tukar la kot baru tukar..hahahahah

    BalasPadam
  3. tak pernah tukar pun dashboard blogger nie. Selesa yang lama. Tapi bila tengok yang baru nie nampak macam nie. Nanti boleh la try tengok.

    BalasPadam
  4. Ada love hate skit dengan blogger dashboard yang baru ni.. Nak kata tak suka..suka ja.. Nak kata benci.. Ada skit2 part yg kekok lagi.. Hhheeh

    BalasPadam
  5. hahah bila lama tak update, sekali masuk dashboard pening juga..
    yang haru tak jumpa button "new post".. amik masa juga nak hadam

    BalasPadam
  6. sis..saya ada blog tapi dah lama tak update. macam mana nak recover balik?
    harap sis dapat membantu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !