Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

Resepi kuih batang buruk ni kan ada banyak versi. Ada yang suka batang buruk horlick, batang buruk cheese, milo ada juga guna nestum dan susu. 

Tetapi kali ini aku hanya nak kongsi Resepi Kuih Batang Buruk yang selalu kami sekeluarga buat dari dulu. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja. 



Bahan-Bahan 


  • Kulit Popia
  • Serbuk Kacang Hijau
  • Gula icing


Cara Memasak :

1. Potong kulit popia kepada 12 bahagian. Buka kulit popia satu persatu.


2. Gulung kulit popia dengan straw atau chopstick. Guna telur atau air untuk lekatkan popia supaya tak terbuka.



3. Goreng dengan minyak yang secukupnya. Apabila dah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak (Boleh guna kertas minyak)

4. Campurkan serbuk kacang hijau dan gula icing. Masukkan popia yang telah digoreng dan kacau sebati. 


5. Dah sejuk boleh masukkan dalam bekas. 1 kulit popia besar boleh dapat 2 balang. 




Selamat mencuba ^__^



10 ulasan:

  1. oh panggil batang buruk eh, baru tahu

    BalasPadam
  2. salam, tak tahu kat sini ada jual tak tepung kacang hijau tu.... nak try juga buat batang buruj sabah nie, klau tak jumpa tepung instant terpaksalah guna style lama kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. apa2 jenis serbuk kacang hijau pun bole ..

      Padam
  3. wahh boleh pakai kulit popia je ye. hipster betul. senang kerja. hehe

    BalasPadam
  4. Nurul, yg tepung kacang hijau tu ndak perlu sangai dulu kah tu? terus campur jak tu tepung dengan icing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu kak.. Haha sxm takda tulis pula kn.. Nti sy edit balik

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.