Cara Berkesan Hilangkan Blackhead & Whitehead

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba produk untuk hilangkan blackhead dan whitehead akhirnya aku berjaya menjumpa solusi untuk mengurangkan masalah ini setelah sekian lama. Korang tahu tak kenapa masalah blackhead dan whitehead ini tak pandai selesai? Punca sebenar adalah daripada RUTIN PENJAGAAN WAJAH (routine skincare) korang. 

Cara Berkesan Hilangkan Blackhead & Whitehead

Kalau sebelum ini aku hanya fokus produk untuk hilangkan bintik hitam/putih sahaja. Boleh baca Review Produk Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead Masalahnya bukan daripada produk tu tau. Tetapi macam mana kita menggunakan produk tersebut dan adakah produk itu sesuai dengan masalah kulit wajah korang. 

Hal ini demikian kerana kulit wajah kita tidak sama. Aku ada masalah kulit wajah yang berminyak dan sensitif sebab itulah mungkin ada produk yang aku guna sesuai dengan aku tetapi dengan korang tidak. 

Apa yang aku buat untuk hilangkan blackhead dan whitehead ni?

1. Rutin Skincare Asas Sebagai Permulaan (Basic skincare routine)

Kalau sebelum ini korang hanya pakai cleanser sahaja. Korang cubalah untuk ubah rutin tersebut.  Tak perlu guna produk mahal-mahal, guna je produk drugstore. Dan kesannya memang sangat berbeza berbanding tidak mempunyai basic skincare routine langsung. 

Macam mana nak mula? 

Korang hanya perlu guna cleanser, moisturiser dan suncreen setiap hari. Pilih produk yang sesuai dengan kulit korang. Produk yang kurang sesuai dengan kulit akan menyebabkan pertambahan whitehead dan blackhead. 

Baca Sini : Produk Penjagaan Muka Murah Bawah RM50


Tips untuk korang yang mempunyai masalah berminyak dan sensitif macam aku :

  • Pencuci Muka (Cleanser) - Pilih cleanser yang berbentuk gel, kurang buih, low pH
  • Moisturiser - Pilih moisturiser gel dan tidak berbau (no fragrance)
  • Suncreen - Ada 2 jenis Physical & Chemical suncreen (Guna chemical suncreen untuk kulit berminyak)

Dari segi ingredient pula, ELAKKAN KANDUNGAN BAHAN YANG MEMPUNYAI ALCOHOL, paling bagus sekiranya setiap produk mempunyai niacinamide, Salicylic acid, Benzoyl peroxide, dan Glycolic acid. 

2. Pastikan Kulit Sentiasa Hydrated

Seperti yang kita tahu asal usul blackhead dan whitehead ini adalah daripada hasil permukaan muka yang berminyak. Selalunya ia akan menetap di kawasan T-Zone (dahi, hidung dan dagu). Jadi kulit yang dehydrated pun boleh menyebabkan blackhead dan whitehead juga. 

Dehydrated skin ➡️ Increased sebum production ➡️ Kulit jadi lagi berminyak


Apakah kandungan bahan yang sesuai untuk hydration? 
  • Hyaluronic Acid
  • Glycerin
  • Propylene Glycol
  • Urea
  • Sorbital
  • Squalane

3. Exfoliating (Physical & Chemical Exfoliator)

Ini yang paling penting sekali. Pakai produk banyak tetapi tak pernah exfoliating muka korang. That is wrong! Aku dulu tak kisah sangat pasal exfoliate ni. Aku dah cuba macam-macam produk tetapi kenapa muka aku nampak kusam? Sebab tak EXFLOLIATE lahhh~ 

Exfoliator ni proses nak buang sel kulit mati dekat kulit. Kalau tak exfoliate akan menyebabkan jerawat, pores tersumbat, kulit menjadi kusam, nampak tidak bermaya, kasar dan berkedut. Kulit dah banyak sangat sel kulit mati, jadi tebal.

Kalau kulit berminyak, berjerawat, banyak blackhead, pakai lah BHA. Kalau kulit tak bermaya, dull, banyak scars, pakai lah AHA. 

Yang baru start nak pakai skincare, yang kulit dah teruk dan baru nak cari solution, jangan terus jump into chemical exfoliate. Pastikan produk yang korang guna tu dah elok. Dah ada low pH cleanser, dah ada moisturizer, dah ada sunscreen, baru lah tambah chemical exfoliate.



Kalau korang nak kulit yang sihat kena banyak bersabar. Banyakkan membaca review produk pengalaman orang lain yang sesuai dengan kulit yang hampir sama dengan kita. Jangan nampak je kawan guna produk ini kita pun terhegeh juga nak ikut macam dorang. Nanti kalau muka breakout terus nak salahkan siapa? 

Produk Yang Aku Guna Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead

1. Pencuci Muka (Cleanser)


Beli di watson CETAPHIL Gentle Skin Cleanser 125ml (RM17.40)

Kredit : https://vulcanpost.com/




Kredit : https://www.shoppu.biz

2. Pelembap (Moisturiser)

Beli di shopee Safi Balqis OxyWhite Moisturising Gel (RM20.14)

Kredit : https://my.carousell.com

3. Suncreen

Beli di shopee Sunblock Biore UV Perfect Protect Milk (Yellow) SPF 50+ (RM12.50 - RM38.90)

Kredit : https://my.carousell.com

Beli di shopee Skin Aqua UV Tinted Base SPF 50+ PA +++ (RM12.50 - RM38.90)

Kredit : https://my.carousell.com

4. Exfoliating


Kredit : https://saidatulaniranazri.blogspot.com

Beli di shopee Hada Labo Mild Exfoliating Face Wash (RM35.90)

Kredit : https://beautifulbuns.wordpress.com

Hasil selepas aku menggunakan produk di atas. Yang penting korang guna produk yang sesuai dengan kulit wajah dan konsisten dalam rutin skincare korang. Ia ambil masa hampir 2 - 3 bulan juga untuk nampak kesannya. Don't expect guna produk hari ini esok lusa terus okay. NO okay! Konsisten itu kunci kalau nak cantik hehe~

Cara Berkesan Hilangkan Blackhead & Whitehead

Apa apa pun, make sure you know your skin first and the result may vary. This is just a suggestion okay. That's all. Hope it helps and thanks for reading!

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)