Assalamualaikum
Bismillah
Hari ini merupakan hari kedua bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Sepanjang tempoh ini pasti korang berfikir apalah nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Mari lihat apa yang korang boleh buat selama duduk di rumah sehingga 31 Mac ini.
1. Habiskan Masa Bersama Keluarga
Kalau sebelum ini korang sibuk bekerja. Kini tiba masanya untuk ambil peluang untuk bersama keluarga tersayang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah :
Berkebun
Korang boleh tanam bawang, sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Sekarang lagi dengan keadaan kita yang terhad pergerakan. Ada baiknya ambil inisiatif untuk bercucuk tanam.
Menonton televisyen/movie bersama keluarga
Sebelum ini siapa yang takda masa nak habiskan rancangan kegemaran korang seperti Running Man, KDrama, Drama Melayu ke, bolehlah ambil peluang ini untuk menonton televisyen sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Tonton berita semasa tentang Covid-19, ambil tahu berkenaan isu ini.Belajar Memasak
Memandangkan dah tak boleh makan kat luar, boleh lah belajar memasak. Kalau yang bekerja, untuk lebih menjimatkan bawa ja bekal dari rumah. Kebersihan makanan pun perlu dijaga.
Baca Sini :
Bersihkan Rumah
Disebabkan jadual bekerja, ada diantara korang yang mungkin tiada masa untuk kemas rumah kan. Jadi masa inilah korang boleh buat aktiviti gotong-royong bersama keluarga. Bersihkan halaman rumah, vacuum, susun atur perabot, dan buang barangan yang tidak digunakan. Dengan cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga tetapi juga membantu mengeluarkan keringat apabila banyak bergerak.
Bermain Bersama Haiwan
Siapa yang ada pelihara haiwan seperti kucing, anjing, burung ataupun hamster ka korang boleh relaks bersama haiwan kesayangan. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, haiwan ini juga perlu perhatian dan penjagaan yang baik.
Solat Berjemaah/Mengaji/Ganti Puasa
Walaupun kita tidak dapat pergi masjid, gereja kuil ataupun tempat ibadat yang lain, tetapi itu bukan bermaksud kita sewenang-wenangnya tinggalkan kewajipan kita sebagai individu yang beragama. Bagi yang Muslim, korang boleh berjemaah bersama keluarga, mengaji dan baca al-Quran. Tak lama lagi dah masuk bulan Ramadan, siapa yang tak ganti puasa lagi korang boleh qada puasa sekarang.
Bersukan/Bersenam
Antara sukan atau senaman yang korang boleh lakukan ialah zumba/senamrobik, yoga, main badminton, atau main getah. Korang boleh juga main permainan indoor seperti puzzle, Sahiba, congkak, Bingo dan catur.
2. Aktiviti Buat Pelajar
Tolong ringankan tugas ibu bapa
Bagi ibu bapa yang terpaksa bekerja walaupun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, korang ringankan tangan bantu ibu bapa memasak, kemas rumah, cuci pakaian dan kerja rumah yang lain. Ibu bapa yang bekerja di sektor kerajaan seperti Doktor, Nurse ataupun Polis mesti sangat penat dan perlukan rehat yang cukup. Oleh itu, sebagai anak yang baik, soleh dan solehah kita bantu mereka buat kerja rumah sikit pun dah memadai. At least sejuk ja hati mereka kalau balik rumah kan.
Baca Buku Novel/Komik/Ilmiah
Kalau korang ada buku di rumah bolehlah tambah ilmu dengan membaca buku. Yang tak minat baca buku yang berbentuk ilmiah pun boleh saja baca buku majalah, komik ataupun novel. Kalau takda buku boleh baca melalui online. Ada banyak website yang korang boleh baca secara online.
Ulangkaji dan Buat Assignment
Bagi pelajar yang dah nak masuk minggu peperiksaan boleh buat persediaan awal untuk ulangkaji pelajaran. Kalau boleh elakkan diri daripada study last minutes adik-adik. Boleh baca 6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan [ UPSR, PT3, SPM & STPM ] Sekiranya korang diberi assignment, segeralah untuk siapkan dan jangan bertangguh kerana 2 minggu tu tempoh yang sangat panjang dan tiada alasan untuk tidak siap kerja rumah.
Main Game ML/PUBG/Ular-Cacing
Kalau bosan sangat mainlah Mobile Legend ka, Pubg ka, Candy Crush, ataupun game segala ular dan cacing hehe. Sebelum ini sibuk dan nak main game tak dapat. Apa kata ambil peluang yang bukan selalu ini untuk layan game anda hehe.
3. Kerja Dari Rumah
Siapkan kerja yang tertangguh
Bagi korang yang diarah untuk buat kerja dari rumah, jangan pula menangguh kerja. Tetapi aku faham situasi bekerja di rumah dan office ini tidak sama apatah lagi kalau ibu bapa yang mempunyai anak. Sangat mencabar bekerja dari rumah. Aku berharap korang tabah sepanjang tempoh ini. Semoga dipermudahkan buat korang yang terpaksa buat kerja dari rumah.
Peniaga boleh menjalankan perniagaan online.
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, korang boleh jalankan perniagaan secara online. Kalau yang bekerja di restoran boleh buat penghantaran makanan (delivery) ataupun galakkan orang untuk tapau makanan sahaja.
Bagi yang berniaga seperti pasar malam, korang boleh juga menjual dari rumah ke rumah. Aku hanya bagi cadangan sahaja. Sebab di rumah aku setiap pagi dan petang ada yang datang jual sayur, ikan, buah-buahan. Aku tak pasti pula daerah korang. Cuma kalau buat macam ini pastikan korang sebagai peniaga pakai mask dan hand sanitizer.
Berniaga di kawasan rumah
Kalau korang yang tinggal di kawasan bandar pula boleh buat perniagaan secara online. Perintah Kawalan Pergerakan masih membolehkan korang untuk ke pejabat pos untuk pos barang.
Buat Servis Penjagaan Anak
Sekiranya korang merupakan seorang pengasuh atau pernah bekerja sebagai pengasuh, korang boleh buat servis penjagaan anak di rumah. Tetapi limitkan bilangan budak. Kita bantu keluarga kita yang bekerja di sektor kerajaan. Dalam keadaan seperti ini pasti mereka sangat risau dengan anak-anak mereka. Ambil upah sekadar mampu sahaja tidak perlu mahal. Cuba untuk bertimbang rasa. Amalkan tahap kebersihan yang disarankan oleh KKM.
Jual Barangan Terpakai/Kitar Semula
Cuba korang bongkar barang-barang kat rumah. Korang boleh kitar semula barangan ataupun jual barangan preloved di Marketplace Facebook. Kalau korang baik hati sedekahkan sahaja kepada mereka yang memerlukan.
Blogger/Youtuber
Buat yang bergelar blogger, korang boleh habiskan masa dengan tulis blog. Sekarang inilah peluang buat blogger untuk kerap update sebab kebanyakkan orang di dalam rumah dan sering tengok internet, youtube, media sosial dan lain-lain. Jadi korang manfaatkan masa ini untuk tingkatkan trafik blog korang. Yang dah ada adsense boleh lah tingkatkan earning adsense korang.
Youtuber pun macam tu juga. Korang ada banyak masa untuk edit video, up konten baru. Nak naikkan trafik korang cuba sediakan konten bermanfaat berkenaan Covid-19. Jangan sesekali buat konten yang tidak sahih atau benar tau. Pastikan info yang diperoleh itu adalah melalui sumber yang boleh dipercayai.
Tetapi sebaik-baiknya, just stay at home sahaja buat masa ini itu lebih baik. Bersabar untuk 14 hari sahaja. InsyaAllah sama-samalah berdoa semoga tiada lagi kes baru dilaporkan.
Just a few words from me~
Aku harap info ini bermanfaat buat korang. Jangan lupa jaga kebersihan dan kesihatan. Just stay at home. Tak perlu pergi ke mana-mana kecuali keadaan yang mendesak seperti tambah barang keperluan makanan. Beri kerjasama dan dengar arahan daripada pihak berkuasa dan kerajaan.
I'm just really sad with our people yang tidak mendengar arahan dan nasihat seolah-olah benda ini adalah suatu yang tidak serius. Jangan kerana sikap kita yang tidak bertanggungjawab menyebabkan individu lain yang pada asalnya sihat sahaja jadi sakit.
Kalau korang tidak sayang nyawa diri sendiri at least sayanglah keluarga dan orang disekeliling. Kita tidak tahu pun apa perasaan orang yang dijangkiti. Boleh jadi pesakit Covid-19 ini adalah orang tua ataupun kanak-kanak. Just imagine sekiranya itu adalah ahli keluarga kita, kita tak dapat jumpa pun.
I'm just imagine kalau pesakit itu adalah anak-anak kecil bayangkan lah tak dapat jumpa parents untuk suatu tempoh yang lama sampailah sembuh. Aku takda anak tetapi aku ada adik-adik kecil dan keluarga. So it hurt me to think about it.
Stay strong kepada pihak yang bertugas menangani wabak ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
banyak yang boleh dibuat kalau tak keluar ke mana2 ni...dah siap list pun dan panjang lebar sebenarnya list tu
BalasPadambetul tu.. kena listkan lah satu2 ..
PadamBanyak kerja berfaedah yang boleh kita lakukan
BalasPadambetul tu.. ada byak lagi sebenarnya boleh dibuat di rumah
PadamStay safe, xx
BalasPadamMasih ramai budak remaja berkeliaran melepak atas motor. Haih
Stay at home.. take care juga ~
PadamBetul, banyak kerja yang boleh dilakukan di rumah..
BalasPadamBetul... betul...
PadamBanyak sebenarnya yang boleh dibuat di rumah.. Yang penting patuh arahan..
BalasPadambetul tu.. patuh arahan KKM, Kerajaan, PDRM ..
PadamAt first saya pun mau menulis blog sampai bulan 4 punya. Tapi sekali duduk rumah, pandai pula malas. Padahal selama ini memang kerja dari rumah. Haha. Idea endak datang sebab sikit-sikit umiii.
BalasPadamhaha ... pandai blank juga sebenarnya kalau hari2 mau update.. kalau sy selang seli update.. kena buat kerja rumah yg lain juga
Padamyeaa kak.. masa inilah manfaatkan masa update konten kan..
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.