Dikuasakan oleh Blogger.

Covid-19 : Kalau Tak Boleh Bantu, Jangan Menyusahkan Orang

Assalamualaikum
Bismillah

Saya harap semua rakyat Malaysia faham..

Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni.

Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita? 
Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap-siap lagi.

Kita nak lockdown macam negara barat, pasti banyak bisnes lumpuh. Ekonomi kita tengah teruk. Minyak jatuh bawah $30/tong, memang biasa terjadi pada musim-musim gawat je.

Kita nak buat mass testing macam Korea Selatan, test kit kita pun bukan ada banyak. Kita tak kaya macam mereka.

Kita nak kena perintah berkurung lama-lama, siapa nak bayar gaji kita lama-lama? Kita bukan macam US. Semua dibaginya beribu ringgit sebulan. Kita? Nak dapat RM 600 pun bukan semua orang dapat.

Kita nak pasrah berserah je biar diserang Covid, Doktor dengan nurse kita tak cukup nak layan kita. Again, kita bukan China yang siap boleh pinjamkan Doktor ke negara lain lagi.

Tapi lagak kita??


Macam negara kita ni ada minyak bawah lantai. Suka hati kita je macam semua orang kena jaga kita.

Cuba tengok carta Covid hari-hari. Sekarang negara kita ditangga ke-3 ASIA tau?

Ni bukan carta ERA.. 😭

Ni carta paling banyak kes.. Kalau compare kekayaan ekonomi kita dalam Asia, toksah cakap la. Perkembangan ekonomi kat Asia tenggara pun kita kalah dengan Indonesia. Toksah cerita Asia!

Agaknya negara Asia lain tengok kita diorang fikir..

"Serius la Malaysia ni.. Korang boleh handle ke?"

Minyak jatuh teruk..

Duit dah makin jatuh sampai RM 4.30 sedollar.. 

Politik tak stabil.. Covid-19 pun macam buat main-main je 😭😭

Negara kita memang jauh tak bersedia berbanding negara-negara lain bab ekonomi untuk berdepan dengan Covid-19 ni dan n kita boleh pula sedap-sedap mengeteh siap main carrom lagi tu. Amboih!

Jangan terkejut la..

Mungkin sekarang KKM cari kita pujuk nak ajak pergi hospital suruh test..

Kalau kita dah tak mampu dan  frontliner give up, nanti kita terbiar mati keras je kat rumah. Orang nak uruskan mayat kita pun takut berjangkit ke dia..

Menteri kesihatan Belanda dah give up dah ni handle Covid-19. 
Ni kita suka-suka kita je kutuk Menteri KKM kita. Macam kita power sangat?

Netizen dah pesan..

PM dah pujuk...

Ini sampai YDPA pun cemar duli nak jaga kita... 😭

Tolong la..

Kesian kan sikit kat kawan-kawan yang kerja setiap hari kat hospital. Sampai ada sorang ICU tak pasal-pasal sebab nak handle kes kita..

Satu je nak pesan..

Kalau kita tak boleh nak tolong orang, 
jangan pulak kita jadi jenis yang menyusahkan orang. 
Boleh?

Perkongsian sepenuhnya oleh Ammar Zahar

9 ulasan:

  1. sedih kan. rakyat Malaysia ramai sangat pentingkan diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. kita susah2 ikut arahan yg lain pula suka hati saja ikut suka dorg.. huhu

      Padam
  2. Biasanya rakyat Malaysia nie, kalu tak kena batang hidung sendiri, selagi itulah dibuatnya perkara yang orang lain larang.. Bila dah terkena, barulah nak menyesal...

    BalasPadam
  3. Rakyat malaysia klu tak kena dkt diri sendiri, mana dia nak tau serik, nnt da kna nk menyesal pn xguna..

    BalasPadam
  4. Harapnya, makin ramai lah rakyat Malaysia yang cakna dan ikut arahan..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.