Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Isi Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM

Assalamualaikum
Bismillah

Cara Isi Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM


Langkah 1 :

Login ke Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di link https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login

Pada Laman Log Masuk, Pemohon perlu memasukkan maklumat seperti berikut (Rujuk gambar di bawah) :
  • No Kad Pengenalan - No Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
  • Kata Laluan - Kata Laluan yang didaftarkan.
  • Program Pengajian - Lepasan SPM ataupun Lepasan STPM/Setaraf


Nota :

i. Pemohon perlu Daftar Akaun Baru sebelum memulakan permohonan.

ii. Bagi Pemohon yang telah mendaftar dan mengisi permohonan pada Sesi Pendaftaran Lepas, Anda boleh terus Log Masuk menggunakan akaun yang telah dijana.


Langkah 2 (Rujuk gambar di bawah) :

Tekan Butang ‘Permohonan’ pada sebelah kiri laman untuk mula membuat permohonan. Pada Laman ini, Pemohon WAJIB (*) mengisi semua maklumat seperti berikut:-

  • No Kad Pengenalan / Mykad - Pastikan No Kad Pengenalan yang dipaparkan adalah sama seperti yang tertera pada MyKad Pemohon.
  • No Kad Pengenalan / Mykad (Semasa Pendaftaran Peperiksaaan) - No Kad Pengenalan yang didaftarkan semasa peperiksaan
  • No Unik ID - Masukkan NO UNIK ID yang telah dibeli di BSN (Rujuk slip BSN)
  • Program Pengajian - Pastikan Program Pengajian yang dipaparkan adalah Lepasan SPM
  • Kategori Permohonan - Sila rujuk pada Pautan [ Kategori ] untuk maklumat lanjut.



Di bawah adalah contoh slip semasa proses pembelian pin UPU. Masukkan NO UNIK ID = 123456 (6 digit) . Simpan resit untuk semakan permohonan. Pembelian UPU boleh dilakukan di BSN dengan harga RM15.60 untuk lepasan SPM. 


Langkah 3 (Isi Maklumat Peribadi) :

1. No Kad Pengenalan / Mykad
Maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem.

2. No Kad Pengenalan / Mykad (Semasa Pendaftaran Peperiksaaan)

  • Maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem
  • Maklumat ini penting sekiranya No Kad Pengenalan / Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.
3. Alamat Surat Menyurat

  • Wajib Diisi. Sila pastikan alamat anda adalah betul.
  • Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.
4. Bandar (wajib diisi)

5. Poskod (wajib diisi) - Sila pastikan hanya no sahaja yang dimasukkan.

6. Negeri (wajib diisi) - mengikut negeri tempat anda tinggal/menetap.

7. Telefon Rumah (wajib diisi) - Sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.

8. Telefon Bimbit / Telefon Bimbit Bapa/Ibu/Penjaga
  • Wajib diisi salah satu.
  • Maklumat ini adalah alternatif sekiranya pemohon tidak dapat dihubungi.
9. Alamat E-Mel (wajib diisi) -  Pastikan alamat emel adalah sah.

10. Alamat E-mel youtube (Tidak wajib diisi)
  • Pemohon boleh meletakkan URL Video mengenai diri. (URL Youtube sahaja dibenarkan)
11. Tempat Lahir (Wajib disi)

12. Taraf Perkahwinan (Wajib disi)

13. Maklumat Kurang Upaya - Wajib pilih ‘YA’ atau ‘TIDAK’

Klik SIMPAN, dan SETERUSNYA. 



Langkah 4 (Isi Maklumat Keluarga) :

1. No Kad Pengenalan / Mykad / Passport Bapa / Penjaga (Wajib diisi)

  • Pemohon boleh memasukkan No Kad Pengenalan / MyKad / Passport tanpa tanda ‘-‘. Contoh :- No Kad Pengenalan : 850612553625 (12 angka)
  • Passport : A525844216 (10 aksara)

2. Pertalian Bapa / Penjaga dengan Calon (Wajib diisi)

  • Pilih maklumat pertalian dengan calon dari senarai yang disediakan.

3. No Pendaftaran OKU Bapa / Penjaga

  • Jika ada boleh diisi seperti yang tertera pada kad OKU.

Bagi maklumat bahagian ibu sama seperti yang diisi di bahagian bapa.

4. Tempat Tinggal (Wajib diisi)

5. Tangungan Keluarga (Wajib diisi)
  • Jumlah Pendapatan Keluarga (Jumlah pendapatan seluruh ahli isi rumah)
  • Contoh : Bapa RM 2500, Ibu RM 1500 = Jumlah RM 4000
Klik SIMPAN, dan SETERUSNYA.


Langkah 5 (Maklumat Akademik) :

Untuk maklumat akademik, Angka Giliran dan Tahun SPM akan dipaparkan secara Automatik.

Klik SIMPAN dan SETERUSNYA.


Langkah 6 (Isi Maklumat Pilihan)

Pemohon WAJIB (*) mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan. Senarai pilihan program terdiri daripada Universiti Awam, Matrikulasi, Intituti Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Intitut Latihan Kemahiran Mara (ILKA) dll.

Pilihan 1 - 2 (Wajib diisi)
  • Terdapat Pilihan Bertemuduga (#).
  • Terdapat senarai pilihan Pendidikan Universiti Awam dan Intitut Pendidikan Guru (IPG)

Pilihan 2 - 4 (Wajib diisi)
  • Terdapat Pilihan Bertemuduga (#).
  • Terdapat senarai pilihan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pilihan 5 - 6 (Wajib diisi)

Pilihan 7 - 12 (Tidak wajib diisi. Pastikan mengikut turutan jika diisi)


Sekiranya pemohon memilih program pengajian bertemuduga (#), pastikan pemohon memilih zon temuduga yang disediakan. Pilihan zon adalah tertakluk kepada ketersediaan lokasi mengikut IPTA dan IPG masing-masing dan pindaan saat akhir.

Sekiranya senarai pilihan pemohon mempunyai pilihan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Pemohon wajib mengisi maklumat BERAT dan TINGGI

Langkah 7 (Maklumat Penyata)
  • Pemohon WAJIB(*) mengisi ‘Adakah anda bersetuju menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?’
  • Pemohon WAJIB(*) mengisi ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain Bahagian KEmasukan Pelajat IPTA (BKPA)?’
  • Pemohon WAJIB(*) mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Malaysia?’
  • Pemohon WAJIB(*) mengisi ‘Bagaimanakah anda mengetahui tentang UPUOnline?’

Langkah 8 (Maklumat Pengesahan) :

  • Pemohon mestilah menyemak semua maklumat yang diisi. Pastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT dan BETUL.
  • Pemohon dikehendaki membaca di ruangan ‘Peringatan’ dan WAJIB klik ‘Saya Setuju’ pada ruangan pengesahan. Setelah itu butang ‘Sah & Hantar’ akan diaktifkan.
  • Pastikan pemohon klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk memastikan maklumat anda dihantar dan selamat diterima oleh sistem.


Paparan selepas SAH & HANTAR
  • Klik butang ‘Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar’ untuk mencetak slip.
  • Pemohon juga boleh muat turun slip dan menyipan di dalam disk dengan menekan butang ‘Muat Turun Slip Permohonan Kemasukan Pelajar’.
  • Selepas mengemukan permohonan, TIADA HAD ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan. Trasaksi akhir permohonan akan diambil kira sebagai permohonan sebenar.


Good luck and all the best!
Semoga bermanfaat~


6 ulasan:

  1. semoga perkongsian ini dpt membantu anak2 yg ingin memohon

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Perkongsian yang sangat membantu..

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum, saya nak bertanya saya dah isi upu tapi masa saya isi tu tak ada pula dia suruh masukkan tinggi dan berat tapi bila print ada ruang tinggi dan berat.Kenapa jadi macam tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam
      Sekiranya senarai pilihan pemohon mempunyai pilihan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Pemohon wajib mengisi maklumat BERAT dan TINGGI

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.