Tempat Makan Paling Sedap di Penang

Assalamualaikum
Bismillah

Sempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana-mana tak? Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian? 

Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi berkonsepkan bandar yang moden. Korang pasti tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang. 


Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Pulau Pinang? Salah satu negeri yang mempunyai lapangan terbang kedua yang tersibuk di Malaysia. Keunikan dari segi budaya, makanan, tempat bersejarah, reka bentuk bangunan yang ada di sini juga telah menjadikan Penang sebagai pusat pelancongan yang terkenal di dalam dan juga di luar negara.

Dengan berbekalkan cheap Jetstar promo ticket, sesiapa pun boleh terbang ke Penang. Yang dari Sabah tu, jomlah bercuti di Penang. 

Bah yang nak ke Penang lepas ni boleh dah mula survey untuk book cheap flights from Kuala Lumpur to Penang. Manalah tau dapat tiket murah kan, bolehlah terus gerak ke Penang bercuti bersama keluarga. 

Di bawah adalah senarai tempat makan paling sedap di Penang.

Nasi Kandar Line Clear

Kalau korang memang pecinta nasi kandar, korang kena datang ke gerai nasi kandar ni. Nama dia memang line clear. Tapi bila korang datang nak beli, line dia tak pernah nak clear. Apa pun memang penantian tu sesuatu yang berbaloi. Nasi kandar ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk yang super sedap dan dengan harga yang berpatutan.




Antara lauk yang korang boleh pilih ialah kari ayam, ayam goreng, kari kepala ikan, sotong, kambing dan banyak lagi. Harga bagi kari kepala ikan mengikut saiz kepala ikan tu la. Apa yang lebih menarik, nasi kandar ni dibuka selama 24 jam. So korang boleh pilih nak datang bila-bila masa. Mai jangan tak mai.

Cucur Udang Chowrosta

Gerai cucur udang ini terletak di Lebuh Tamil. Kalau korang nak buat snek alas perut masa jalan-jalan tu, boleh singgah dan cuba sendiri cucur udang yang rangup dan taufu yang lembut kat kedai ni.



Di sajikan pula dengan kuah kacang yang enak, lagi menyempurnakan hidangan cucur udang tersebut. Aduh terliur pula rasa. Selain itu, gerai ni jugak ada sediakan minuman special. Sirap yang dicampur dengan biji selasih dan kelapa. Macam mana tu? Haa. Nak tau kena la datang sini!

Nurul Ikan Bakar Special 

Untuk hidangan makan malam pula, kalau tekak korang tu tiba-tiba menyeru nak ikan bakar, ini lah tempat yang korang patut singgah. Ianya terletak berdekatan sahaja dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang.



Kalau susah sangat korang waze je lah. Zaman dah maju. Sebab apa korang kena singgah sini? Semua hidangan laut yang disajikan segar-segar. Korang order je nak masakan apa, aku jamin masakan yang keluar dari dapur kedai ni pasti menepati citarasa tekak korang.

Rockstarz Burger

Burger bukan sebarang burger, burger ni burger gergasi. Sekali cuber mesti nak lagi. Korang nak makan burger? Jangan lupa singgah Rockstarz Burger ni. Burger yang dihasilkan sendiri dengan ketebalan yang mampu membuatkan korang kekenyangan dengan sebiji burger sahaja.



Ditambah pula dengan sos dan mayonis yang menggunakan resipinya yang tersendiri. Tak perlu nak cari burger lain dah. Kalau korang sampai sini, korang boleh baca nama-nama burger yang ada. Semua unik-unik. Kedai burger ni terletak di Jalan Mayang pasir, Bandar Bayan Baru. Alang-alang sampai Penang, mai la singgah kedai burger ni.

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali tidak asing lagi bagi yang suka kan jeruk. Jeruk ini adalah slah satu makanan wajib yang korang kena beli untuk bawak balik. Pelbagai jenis jeruk yang korang boleh cuba.



Jeruk kedondong, manga, sengkuang, salak dan banyak lagi. Nak cari jeruk ni sangat mudah kalau dah sampai Penang sebab banyak je cawangan yang menjual jeruk ni di sekitar Penang. Tapi kalau dah sampai Georgetown, korang boleh terus je singgah di Pasar Chowrosta.

Sani Char Kuey Teow

Selain daripada makanan-makanan yang aku dah sebut kat atas tu, satu lagi makanan yang korang kena cuba kat Penang sudah semestinya Sani Char Kuey Teow. Ini salah satu kedai yang aku cadangkan untuk korang singgah.



Apa point tambahan yang ada kat kedai ni? Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut korang yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat. Pasti terangkat. Char kuey teow yang dihidangkan pula sudah tentunya lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Nasi Campur Permai Tepian

Kenapa nak tunggu malam baru nak cari kedai best kalau siang dah ada? Haa. Nak rasa masakan melayu atau hidangan tradisional? Singgah dulu makan tengah hari kat sini. Kalau korang tengok, biasa je tempatnya. Macam kedai-kedai yang lain. Tapi ia berkonsepkan terbuka dan luas.



Lauk yang dihidangkan sangat banyak. Aku yakin korang mesti rambang mata nak makan mana 1. Kalau yang suka ulam-ulaman pun, jangan risau, dia ada sediakan jugak. Baru la melayu. Kedai ni terletak di Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama.

Waktu operasinya pula bermula dari sarapan pagi sampai lauk habis la yang tengah hari tu. Jangan lambat dan jangan datang hari Jumaat. Jumaat, dorang holiday.

Haaa. So apa macam? Dah ada plan nak ke Penang?

Boleh masuk singgah mana-mana kedai yang ada tu. Ni kalau nak diikutkan banyak je lagi kedai dan gerai yang ada hidangan sedap-sedap. Tapi ni antara yang menarik buat aku.

Kalau korang ada cadangan tempat makan yang sedap di Penang boleh komen di bawah ya~