Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dengan JOMPAY

Sii Nurul
11
Assalamualaikum
Bismillah

Dah baca macam mana Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks Mungkin ada sesetengah orang tidak menggunakan Cimb Bank. So, aku bagi alternatif lain macam mana nak bayar PTPTN dengan JOMPAY pula. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dengan JOMPAY 


1. Pertama sekali korang login ke laman web PTPTN. Klik https://www.ptptn.gov.my/ionline/  untuk login. Kalau lupa kata laluan boleh baca Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online


2. Dah login, korang terus ke PENYATA BAKI. Paparan akan menunjukkan Rujukan JomPAY peminjam.


3. Copy/Salin maklumat Biller Code, Ref-1 dan Ref 2 (No telefon anda). 




4. Setelah salin rujukan tersebut, korang login ke CIMB Clicks ataupun mana-mana perbankan internet. Klik JOMPAY. 

5. Taip Biller Code, Ref-1 dan Ref 2 (No Telefon anda)  seperti yang telah dinyatakan di atas.  Pastikan Ref-1 dan Ref-2 diisi dengan betul. Biller Code dan Ref-1 adalah berbeza mengikut produk ELMAS, ELMAS-i dan ESMAS

Masukkan amaun (RM) yang hendak di bayar. Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran. 


6. Pastikan bayaran kepada adalah Betul. Klik Request bagi permintaan TAC Number. 

TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan. Klik Submit.


7. Pembayaran balik pinjaman PTPTN telah berjaya. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.

Pembayaran PTPTN melalui perbankan secara online tidak akan ditolak serta merta. Korang perlu tunggu dalam masa 3 - 5 hari bekerja. Setelah itu, korang boleh semak baki pinjaman di laman web rasmi PTPTN. 



Gambar di atas merupakan bukti pembayaran PTPTN telah berjaya ditolak. Semoga info ini membantu. Cara lain korang boleh terus ke kaunter PTPTN yang terdekat dan bayar menggunakan kad debit. 


Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Dah pinjam, ramai yang liat nak bayar PTPTN ni

    BalasPadam
  2. Hutang kenalah bayar. Info yg berguna utk semua.

    BalasPadam
  3. Dah ada macam2 cara dah sekarang nie untuk bayar, jadi bayar jelah.. mudahkan generasi baru untuk belajar..

    BalasPadam
  4. macamana kalau kita terlupa letak nombor fon untuk ref 2?

    BalasPadam
  5. macammana kalauu saya terlupa nak letak no fon untuk ref 2? ade pape masalah tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tak pasti ada masalah atau tidak.. kalau dah bayar juga.. print resit pembayaran sebagai bukti dah bayar

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write