Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Indoor Playground | Bee Fun Land, Inanam

Sii Nurul
12
Assalamualaikum
Bismillah

Tak lama lagi dah masuk musim cuti sekolah, korang pasti dah merancang aktiviti nak ke mana sepanjang cuti kan. Terdapat banyak tempat yang menarik di sekitar Kota Kinabalu yang aku sendiri belum lawati. 

Kanak-kanak ini semula jadinya memang suka bermain terutama sekali bermain di luar. Namun kadang-kala keadaan cuaca sekarang agak tidak menentu dan sukar untuk diramal. Kadang hujan dan panas terik, budak pun rasa kurang seronok nak bermain dlam keadaan cuaca yang tidak menentu.  

Selain melakukan aktiviti outdoors seperti ke pantai, taman permainan dan tempat-tempat menarik yang lain, kebanyakkan shopping mall juga menyediakan taman permainan (indoor playground) khusus kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Antara indoor playground yang korang patut lawati bersama anak-anak ialah Bee Fun Land, Servey Inanam. 

BEE FUN LAND is an indoor playground both educational and fun for kids. With many safety features padded around. There are areas such as Ball Pool, Role Play Town, Toys Corner, Racing Car, and a parent and guardian lounge. There's also side activities such as puzzle making.



Bee Fun Land ini baru dibuka pada tahun ini juga dan sesuai sekali untuk kanak-kanak yang gemarkan aktiviti yang lasak dan menyeronokkan. Bee Fun Land ini terletak di Servey Inanam. Ia berada di Tingkat 2, Servey Inanam.

Waktu operasi : 10 pagi - 9.00 malam (Isnin - Ahad, Cuti Umum/ Cuti Sekolah)

Tiket : RM35 (seorang kanak-kanak & penjaga)

Pada hari tersebut, aku menggunakan ID member (pekerja punya ID), so ada diskaun iaitu RM10 per person. Jadi aku termasuk adik-adik aku sekali adalah dalam RM40 juga. Berbaloi lah kalau ada ahli keluarga yang bekerja di Servey juga. 

Kebiasaannya taman permainan seperti ini kanak-kanak perlu memakai stokin dari rumah. Kalau tidak bawa stokin ibu bapa/penjaga terpaksa beli stokin lagi. 

Tiket masuk di Bee Fun Land memang agak mahal sebenarnya berbanding indoor playground yang lain tetapi kalau korang memang jenis tak kisah pasal harga dan yang penting anak-anak gembira dapat main sekali-sekala itu apa salahnya belanja lebih kan. Ikut kemampuan lah macam mana. Seperti yang korang nampak memang ada banyak tempat yang kanak-kanak boleh main. 



Aku dan adik-adik aku pergi ke Bee Fun Land pada hari biasa (Jumaat) sebab tiket masuk bolehlah murah dan tidak terlalu ramai kanak-kanak. Pada hujung minggu pula tempat ini menganjurkan  pelbagai aktiviti yang menarik seperti Guess Animal, Lego Learning Activities, Musical Chair dan Football. Jadi kemungkinan terlalu padat dan sesak. Aku recommend kepada yang berminat untuk membawa anak-anak ke sini, silalah pergi pada hari biasa (weekdays). 




Sebenarnya adik aku agak takut pada mulanya nak naik tetapi dia beranikan diri dan cabar diri dia naik juga.



Aku bangga juga sebab dia dah berani nak main ataupun panjat jaring-jaring ini. Sebelum ini adik aku kurang yakin. Tetapi sebab nak main punya pasal kan kenalah berani. 




Selain itu, taman permainan ini juga ada tempat khas kanak-kanak untuk bawa kereta. Ada tempat parking lagi. 



Kanak-kanak boleh bermain bola juga di ruangan khas yang telah disediakan. Bolehlah tunjukkan bakat jadi pemain bola kan. 




Permainan pasir ni pula sangat sesuai untuk kemahiran sensori kanak-kanak. Risau juga apabila main pasir nanti takut terlalu seronok sampai baling-baling pasir. Susah lagi nak bersihkan. Kawasan ini kanak-kanak perlu tanggalkan stokin, tetapi adik aku hentam je masuk sekali dengan stokin. 




Bagi kanak-kanak yang tidak suka duduk diam dan suka melompat sana-sini ada disediakan trampoline juga. 




Seronok dapat tengok Akim begitu teruja sekali main. Kat rumah pun ada juga permainan blok tetapi tidaklah sebesar ini. 




Hampir 3 jam juga kami habiskan masa di Bee Fun Land. Dalam jam 2.30 petang macam tu kami pun balik. Mujurlah senang juga nak ajak balik. So far memang puas hatilah bawa adik-adik ke sini. Ada rezeki lagi InsyaAllah aku akan ke sini balik. 


Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. penuh lah time cuti sekolah nanti ni Nurul kan :)

    BalasPadam
  2. Sekarang dah banyak indoor playground macam ni. Barulah seronok dan puas budak-budak main kan.

    BalasPadam
  3. syurga kanak2 la kan. kadang kita pun teringin jugak nak main tapi dah tak boleh. haha

    BalasPadam
  4. Menarik... Mesti happy adik2 nurul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa kak pip.. happy betul.. nasiblah dorg mau balik juga..

      Padam
  5. walaupun tiket mahal tapi berbaloi la, puas dapat main macam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa betul.. sekali sekala berbelanja lebih hehe

      Padam
  6. Tiket dan tempat, agak berbaloilah juga untuk anak2 spend seharian dekat sini..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write