Dapat Notis Bayaran Balik Pinjaman PTPTN | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Pagi tadi aku dikejutkan dengan email daripada PTPTN yang memaklumkan kepada peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman mengikut jumlah ansuran yang telah ditetapkan. Tidak sedar sudah hampir setahun aku tidak mempunyai pekerjaan yang tetap rupanya. Perkara inilah yang merisaukan aku apabila dah habis belajar. 

Sedihnya dengan diri sendiri bila dapat notis ini. Sebenarnya aku memang merancang untuk membuat pembayaran sebelum hujung tahun ini. Cuma yang aku tidak sangka notis itu datang lebih awal. Silap aku juga sebab salah calculation, ingatkan notis diberi pada awal tahun hadapan. Rupa-rupanya tarikh bayaran ptptn itu dikira dari mula habis konvo lagi. Aku konvo tahun lalu pada bulan Nov. 

Apa yang perlu anda lakukan setelah dapat notis ini?

Notis Bayaran Balik akan dihantar kepada peminjam pada bulan ke tiga belas (13) selepas tamat pengajian.

Peringatan Pertama Dan Kedua.
1. Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya peminjam tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Notis Bayaran Balik dikeluarkan; 
2. Peminjam yang telah menerima Peringatan Pertama hendaklah membuat bayaran/ memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan); dan 
3. Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada peminjam jika tidak membuat bayaran dan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Peringatan Pertama dikeluarkan.

Kalau anda adalah seorang peminjam dan sudah bekerja walaupun gaji tak mahal. Aku nasihatkan korang untuk bayarlah. Jangan tangguh bayaran ptptn sebab kalau tertunggak penat mahu membayar guys. 
Tetapi kalau korang betul-betul takda kerja, ataupun ada kerja tetapi tak mampu nak bayar ansuran itu, korang cuba buat surat penangguhan bayaran ataupun pengurangan bayaran ptptn. Tetapi tidak semua orang layak membuat penangguhan.

Kategori Kelayakan dan Tempoh Penangguhan


Permohonan Penangguhan Bayaran Balik

1. Permohonan perlu dikemukakan kepada PTPTN melalui surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan.

2. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
  • Surat akuan sumpah tidak bekerja;
  • Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.

Nota:
Bagi pemohon yang masih belajar dokumen yang diperlukan adalah item (i) sahaja.
Bagi pemohon yang belum bekerja dokumen yang diperlukan adalah item (ii) dan (iii).
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

5. Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN.

6. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

7. Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan hanya mengecualikan daripada tindakan penguatkuasaan sahaja dan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu:
  • Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS); dan
  • Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan.

8. Ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.

9. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.

10. Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.

11. PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:
  • Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
  • Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.

Semoga bermanfaat. Mari kita sama-sama kurangkan hutang dengan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Minta tolong juga untuk klik mana-mana iklan di blog ini untuk memudahkan aku membayar hutang PTPTN. Setiap iklan yang ada dalam blog ini adalah sumber pendapatan yang diperoleh oleh penulis. 


8 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semoga Nurul beroleh pekerjaan yang sesuai hendaknya, Aamiin. Kalau ikutkan memang agak membebankan juga pinjaman ptptn selepas habis belajar namun waktu itu inilah antara pilihan yang ada bagi kita yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian.

    BalasPadam
  2. yeaaa betul! kalo blh byr awal2..
    mcm akk dlu xbyr lgsg sekali dpt surat warning..
    katanya nk potong gaji.. nk menangis rsnye..
    dgn tunggakan 10k lbh.. mane nk cekau duit..
    nsb baik blh setel cara elok.. huhu..
    skrg potong gaji je tiap2 bulan..

    BalasPadam
  3. Semoga Allah permudahkan urusan sis di dalam menyelesaikan hutang ini. Amin

    BalasPadam
  4. semoga dapat settlekan cepat. bayar sikit2 pun takpe..

    BalasPadam
  5. kesian kpd generasi skrg kerana dibelenggu hutang. Syukurlah abam kie dpt biasiswa KPM masa mengaji antara 91-97 dulu..

    BalasPadam
  6. Sedihya saya pon tengah pikir bila boleh bayar nie huwa.. tapi says x convo lagi so camna?

    BalasPadam
  7. Salam nak tanya, setiap pembayaran balik dikenakan faedah tak.?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama