Langkau ke kandungan utama

Lailatul Qadar Malam yang Lebih Baik daripada Seribu Bulan

LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang penuh keberkatan dalam bulan Ramadan. Ia disebut dalam al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 

Keistimewaan malam ini menjadikannya saat yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan maksud, keistimewaan, tanda-tanda, serta amalan yang boleh dilakukan untuk mencari malam Lailatulqadar.

Maksud Lailatul Qadar

Perkataan Lailatulqadar berasal daripada bahasa Arab:
  • Lailah bermaksud malam (apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari)
  • Al-Qadar bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Malam ini disebut sebagai malam penentuan kerana pada malam inilah Allah menetapkan segala takdir hamba-Nya bagi tahun yang akan datang. Ini termasuk rezeki, ajal, dan pelbagai ketentuan lain yang akan berlaku.


Keistimewaan Lailatul Qadar

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 1-5


Maksudnya :"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadr, ayat 1-5)


Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa keistimewaan Lailatul Qadar:

1. Al-Quran diturunkan pada malam ini – Malam ini menjadi lebih mulia kerana ia adalah malam di mana kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.

2. Lebih baik daripada seribu bulan – Beribadah pada malam ini menyamai ibadah selama 83 tahun.

3. Turunnya para malaikat – Pada malam ini, malaikat turun ke bumi membawa keberkatan dan rahmat daripada Allah.

4. Penuh dengan kesejahteraan – Malam ini dipenuhi dengan ketenangan dan kesejahteraan sehingga waktu Subuh.



Bila Berlaku Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam dalam 10 malam terakhir Ramadan, terutamanya pada malam-malam ganjil. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الَعَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضانَ

Maksudnya: Berusahalah mencari Lailatulqadar pada malam terakhir yang ganjil di bulan Ramadan. Riwayat al-Bukhari (2017)


Imam al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‌التَمِسوها ‌في ‌العَشرِ ‌الأواخِرِ ‌وِترًا

Bermaksud: Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir yang ganjil. Al-Sunan al-Kubra (8559)


Malam-malam yang berpotensi adalah:
  • Malam ke-21
  • Malam ke-23
  • Malam ke-25
  • Malam ke-27
  • Malam ke-29
Namun, waktunya tidak dinyatakan dengan jelas agar umat Islam sentiasa bersungguh-sungguh dalam beribadah sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

10-malam-terakhir-ramadan-2025

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

Walaupun Lailatul Qadar tidak dapat dipastikan dengan tepat, beberapa tanda-tanda yang disebut dalam hadis antaranya:

1. Udara dan angin terasa tenang – Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

2. Langit kelihatan bersih – Malam yang cerah, tidak mendung, dan tidak berawan.

Daripada Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:

"أَنَّهَا صَافِيَة بلجة كَأَن فِيهَا قمرا ساطعا، سَاكِنة ضاحية لَا حر فِيهَا وَلَا برد، وَلَا يحل لكوكب يَرْمِي بِهِ فِيهَا، وَأَن من أمارتها أَن الشَّمْس فِي صبيحتها تخرج مستوية لَيْسَ لَهَا شُعَاع، مثل الْقَمَر لَيْلَة الْبَدْر، لَا يحل للشَّيْطَان أَن يخرج مَعهَا يَوْمئِذٍ".

Bermaksud: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiada tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Antara tanda-tandanya adalah matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut."

(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)


3. Matahari terbit tanpa sinaran yang menyilaukan – Pada keesokan harinya, matahari kelihatan lebih lembut dan tidak terlalu terang.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya:

أَن الشَّمْس تطلع فِي صبيحتها لَا شُعَاع لَهَا

Bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Sementara itu, menurut riwayat daripada Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”

(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)

4. Hati terasa tenteram – Orang yang beribadah pada malam itu akan merasai ketenangan luar biasa.


Amalan yang Dianjurkan pada Malam Lailatul Qadar

Untuk mendapatkan keberkatan malam ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, antaranya:

1. Solat Malam (Qiyamullail) – Berusaha untuk melakukan solat sunat seperti Solat Tahajjud dan Solat Hajat.

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

2. Membaca al-Quran – Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan memahami maksudnya.

3. Berzikir dan Beristighfar – Mengingati Allah dengan zikir dan memohon keampunan.

doa-lailatul-qadar


4. Berdoa dengan doa khusus

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟ قَالَ: تَقُولِينَ: ‌اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي

Maksudnya: Aisyah RA meriwayatkan, beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku” Riwayat Ibn Majah (3850)

5. Bersedekah – Memberi sedekah dengan penuh keikhlasan.

6. Iktikaf di masjid – Menghidupkan malam dengan beribadah secara berterusan.

7. Ibadah Bersungguh-Sungguh & Ikhlas 

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” [Riwayat Ahmad]


Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Bagaimanapun, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan.

Malam Laitul Qadar

Tips Berdoa Qiyamullail Pada Malam Lailatul Qadar

Bahagian 1: Pengampunan Dosa

  • Minta ampun keatas dosa2 diri sendiri.
  • Minta ampun keatas dosa ibu bapa.
  • Minta ampun keatas dosa pasangan.
  • Minta ampun keatas dosa anak-anak.
  • Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik).
  • Minta ampun keatas dosa guru / ustaz / ustazah.
  • Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).

Bahagian 2: Keperluan Masa Kehidupan

  • Dimurahkan rezeki.
  • Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga.
  • Anak-anak diperlihara oleh Allah.
  • Minta rezeki diberkati.
  • Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit.
  • Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung.
  • Mohon agar hati anak-anak kita sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah.
  • Mohon agar orang lain menyayangi keluarga dan diri kita dengan ikhlas.
  • Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita.

Bahagian 3: Urusan Ketika Kematian

  • Mohon Mati dalam husnul khatimah
  • Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
  • Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
  • Minta mati sedang dalam beribadah

Bahagian 4: Alam Barzakh

  • Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga.
  • Janganlah jadikan kuburku sebagai salah satu lubang api neraka.
  • Ya Allah, aku takut akan kegelapan, maka terangilah kuburku.
  • Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku).
  • Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang.
  • Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti.
  • Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga.

Bahagian 5: Ketika di Padang Mahsyar

  • Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar.
  • Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yang terpuji).
  • Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu.
  • Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar.
  • Berikanlah suratan amal dari tangan kanan.
  • Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab-kitab amal.
  • Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal.
  • Tutup dan lindungilah aib-aibku, dosa-dosaku dan kesilapanku dulu.
  • Beratkan timbangan amal di sebelah kananku.
  • Masukkan aku di dalam golongan yg masuk syurga tanpa hisab

Bahagian 6: Lintasan Titian Sirat

  • Permudahkanlah aku milintasi titian sirat.
  • Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat.
  • Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat.
  • Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.

Bahagian 7: Masuk Syurga Allah

  • Ya Allah, kurniakan aku Syurga Firdaus.
  • Bangkitkan aku bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus.
  • Berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW.
  • Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.

Kesimpulan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ia merupakan peluang keemasan bagi umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperoleh ganjaran berlipat ganda. 

Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah dan doa agar berpeluang menemui malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadar dan meraih keberkatan serta keampunan daripada Allah SWT. Amin.


Rujukan
  • https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/5241-irsyad-al-fatwa-khas-ramadan-siri-ke-203-petanda-lailatulqadar-serta-doanya
  • https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1811-lailatulqadar
  • https://www.mysumber.com.my/lailatul-qadar.html



Ulasan

  1. semoga kita diberi peluang bertemu malam lailatur Qadar...
    terima kasih perkongsiannya

    BalasPadam
  2. Terimakasih sharing doa nya kak. Memang di malam2 terakhir ini sebaiknya kita konsisten melakukan ibadah lebih banyak. Beruntung sangat kalo bisa dapat malam Lailatul Qadar ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...