Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran [OST Drama Cinta Hati Batu]

Assalamualaikum Bismillah [Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran] harus bagaimanakah lagi cara untuk aku membuktikan harus bagaimanakah lagi cara untuk aku persembahkan cinta yang kau pinta menurut telahanmu tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini walaupun ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu harus bagaimanakah lagi cara untuk aku meruntuhkan egomu yang sering menggunung dan menolakku jauh darimu dimanakah ia tempatku dihatimu tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini walaupun ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu tak mungkin ku sekalipun akan mengalah demi cintaku kucoba tuk menjadi yang terbaik hanya untuk dirimu sayang takkan pernah ku mengalah untuk menjadi yang terbaik tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini walaupun ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu tak mungkin ku sekalipun akan mengalah demi cintaku kucoba tuk menjadi yang terbaik hanya untuk dirimu...

Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar.

Assalamualaikum Bismillah Agak lama juga kan tak sharing something di blog. Ini cerita semester lepas punya. Aku hanya berkongsi pengalaman selepas menjalani  Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar. Selepas mengikuti program ini aku berfikir tentang perkara   yang paling menyedihkan  bagi aku sebagai seorang pelajar.  Apabila kita ada ilmu, tetapi kita tidak dapat mempraktikkan apa yang kita pelajari. Kita hafal pelbagai jenis teori tetapi apabila berhadapan dengan situasi tersebut kita hanya terkedu tanpa dapat memberi sebarang pertolongan. Belajar psikologi selama hampir 3 tahun ini membuatkan aku bermuhasabah diri. Ya Allah, betapa ilmu yang kita ada ini ibarat ink pen yang dititiskan di lautan yang luas. Terlalu sedikit.  Betapa jahilnya kita dalam pelbagai aspek kehidupan. Itu baru ilmu psikologi, belum termasuk ilmu akidah, akhlak, tajwid, muamalat, sains, matematik dan banyak lagi. Dan hari ini aku...

Kes Dera Kanak-Kanak Berumur 9 Tahun, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah

Assalamualaikum Bismillah Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak yang bunuh diri akibat dituduh mencuri iPhone milik cikgunya. Dan kes terbaru pula adalah kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun (Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah) yang didera oleh ayahnya sehingga meninggal dunia. sumber :  https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/309137/aku-boleh-mati-kena-bunuh Masya'Allah. Aku rasa manusia sekarang semakin hilang rasa keperimanusiaan dalam diri. Tak tahu nak komen apa. Yang lebih menyakitkan apabila seorang ayah yang bergelar askar tergamak mendera anak perempuannya sendiri. Laporan akhbar mengatakan: Bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul. Ada kalanya aku berfikir, "Tiada rasa belas kasihankah terhadap anak sendiri?"  Allahu. Semoga Allah jauhi kita daripada melalukan perbuatan yang sedemikian.  ...

Resepi Viral Oreo Goreng

Assalamualaikum Bismillah Honestly, aku susah juga nak percaya ada pula orang goreng oreo ya? hahaha~ So i decided to try this resepi. Agaknya apalah rasa oreo yang digoreng tue ya? hehe~ Kalau nak tahu apa rasa dia, ikuti  Resepi Viral Oreo Goreng ini. Sedap tau. Rasa macam kek coklat ja. Lembut berkrim~ Bahan-Bahan 1. 15 biji oreo (sejuk beku) 2. 1 cawan tepung gandum 3. 200ml susu cair 4. 2 sudu mentega 5. 1 biji telur 6. 1 sdt baking powder 7. Secubit garam 8. Minyak masak Cara membuatnya:  1. Cairkan mentega dan campurkan tepung dan susu cair. 2. Kemudian masukkan telur, baking powder dan secubit garam 3. Blender semua sekali sampai tak berketul 4. Oreo mesti dalam keadaan sejuk (kalau beku lagi best, kalau tak sejuk nanti lembik sikit lepas goreng) 5. Panaskan minyak macam nak goreng pisang. 6. Celupkan oreo dalam adunan tadi 7. Goreng kekuningan. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!