Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Hukum Jual Beli Cedok

Assalamualaikum Bismillah Hari tu aku nampak ramai juga yang post berkenaan 'Jual Beli Cedok'. Aku tak tahu dari mana datangnya istilah ini. Ramai yang kata viral kat TikTok. Aku takda tiktok jadi info-info viral atau trending nie biasanya memang agak lewatlah sampai dengan aku.  Memang harap posting kawan-kawan saja. Tetapi tidaklah aku percaya sepenuhnya info tersebut. Of course kena selidik kan. Jadi aku tertarik sebenarnya nak cerita tentang 'jual beli cedok' nie sebab ada yang kata ada unsur-unsur judi dalam jual beli cedok.  Mari sama-sama kita lihat apa pandangan Mufti berkenaan 'hukum jual beli cedok'. Hukum Jual Beli Cedok  Jual beli cedok dilihat mempunyai unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti gharar (ketidakpastian) , maisir (perjudian) dan menafikan hak khiyar (memilih) pembeli.   Oleh kerana itu, jual beli cedok adalah haram di sisi syarak. Dinasihatkan masyarakat tidak melibatkan diri di dalam urusan jual beli sebegini sementara kepad...

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Assalamualaikum Bismillah Siapa yang masa study dulu ada buat pinjaman PTPTN? Korang dah bayar hutang tak? Alhamdulillah selepas aku habis belajar setakat ini aku tidak pernah lagi ponteng bayar balik ptptn nie. Dah banyak kaedah sudah yang aku buat untuk bayar. Akhirnya aku buat keputusan untuk bayar balik PTPTN melalui Direct Debit Online. Aku rasa kaedah ini paling senang lah sebab tidak perlu risau fikir dah bayar bulan ini atau belum. Apabila menggunakan kaedah Direct Debit Online ni aku rasa lagi berdisiplin sikitlah nak bayar hutang. Hal ini demikian kerana kalau tak bayar, korang akan diingatkan untuk bayar melalui emel. Jadi aku memang sentiasa letak baki yang cukup untuk bayar PTPTN. Ada jugalah sekali aku terlepas tarikh bayaran sebab aku lupa yang dalam masa terdekat tu nak bayar hutang. Hahaha. Dengan membuat potongan ansuran bulanan pinjaman pendidikan anda secara debit terus (direct debit), anda tidak perlu risau lagi untuk membuat bayaran secara kaedah manual atau ke ka...

Menanggalkan Hijab Kerana Ingin Menjadi Diri Sendiri

Assalamualaikum Bismillah Pernahkah dalam kalangan kita yang mendengar seseorang berkata "tak nak pakai tudung, sebab rasa bukan diri sendiri, rasa macam hipokrit". Hati-hati sahabat dengan apa yang kita ucapkan. Aku menulis untuk mengingatkan diri aku. Memang susah sebenarnya memakai hijab ataupun menutup aurat dengan sempurna sekiranya kita memang dibesarkan dalam kalangan keluarga yang tidak mementingkan kesempurnaan dalam menurup aurat.  Apa yang aku maskudkan di sini ialah persekitaran. Keluarga tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Solat asal solat saja. Kadang lambat kadang tak solat langsung. Pakai tudung asal pakai tudung saja, tetapi pakai baju ketat, seluar ketat.  Mungkin dari kecil dah biasa tidak menutup aurat. Dan ibu bapa kita juga tidak menekankan soal aurat. Takpalah tunggu dah besar macam tu. Tetapi apabila dah besar remaja kita akan rasa janggal untuk menutup aurat. Sebab dah terbiasa.  Apabila cuba untuk berhijrah pula rasa berat dan rasa bukan d...

Hukum Rider Menghantar Makanan atau Minuman Tidak Halal

Assalamualaikum Bismillah Tidak dinafikan, penghantaran makanan secara atas talian hari ini amat popular kerana ia bukan saja dapat jimatkan masa bahkan memudahkan urusan. Penghantar makanan ini juga dijadikan kerjaya sepenuh masa atau sampingan bagi menambah pendapatan keluarga. Namun, timbul persoalan, bolehkah sekiranya seseorang itu menghantar makanan yang jelas tidak halal seperti arak dan babi? Pengharaman Arak Pengharaman arak merupakan perkara yang qat’ie (jelas) dan wajib diambil berat dalam kehidupan seharian. Ini kerana terdapat dalil pengharaman yang khusus seperti firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supa...

Aduan Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak

Assalamualaikum Bismillah Kebelakangan ini terlalu banyak kisah yang melibatkan penderaan kanak-kanak seperti kisah adik Bella dan terbaru pula adik Alia. Aku rasa sedih sangat-sangat kerana tergamak sungguh mereka mendera kanak-kanak yang tidak berdosa.  Oleh itu, apa peranan kita sebagai seorang masyarakat yang prihatin terhadap kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak?  Kita mungkin tidak pernah melihat kanak-kanak didera. Tetapi sekiranya kita menjadi saksi kes penderaan, ini adalah salah satu cara yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk melakukan aduan berkenaan penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Bagaimana aduan penderaan dan pengabaian kanak-kanak boleh dilakukan oleh orang ramai? Melaporkan kes penderaan kepada JKM/Polis. Pelaporan kes penderaan boleh dibuat kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999 ; ATAU Whatsapp 019-26 15999. Aduan penderaan kanak-kanak boleh dilakukan melal...

Blog Sii Nurul Capai 9 Juta Pageviews

Assalamualaikum Bismillah Sejak akhir tahun lalu, aku mula slow down dalam berblog. Aku pun tak tahu kenapa momentum berblog tu jatuh teruk. Sekarang ni pun tengah struggle juga mau semangat berblog balik. Dalam fikiran tu banyak sangat yang mahu dikongsikan di blog. Tetapi nak menulisnya tu entahlah bila.  Bermula dari sanalah pageviews aku jatuh dan performance blog aku agak kurang baik. Namun aku bersyukur sangat kerana ada beberapa artikel blog yang masih maintain dengan views. Walaupun adsense ada penurunan tetapi aku masih dapat income bulan-bulan.  Apapun aku bersyukur kerana akhirnya  Blog Sii Nurul Capai 9 Juta Pageviews!  Korang ada follow tak Belajar Buat Blog? Aku mungkin akan kurang posting berkenaan blogging kat blog ini. Jadi sekiranya korang nak belajar lebih banyak tentang blog dan nak tahu tips-tips berkenaan blog. Jangan lupa follow tau Belajar Buat Blog untuk info menarik serta Ebook Percuma! Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat...

Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah peringkat kematangan. Perkembangan juga merupakan turutan perubahan yang berlaku melalui fizikal, bahasa, emosi dan pemikiran yang mana berlaku kepada kanak-kanak seawal usia baru lahir sehingga menjelang awal dewasa. Menurut Azizi Yahaya and Zainuddin Abu Bakar dalam Teori-Teori Perkembangan mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan.  Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu.  Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.  Perkembangan juga merupakan perubahan yang bersifat kualitatif te...