Langkau ke kandungan utama

AWAS! Sibutramine dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh!

SIBUTRAMINE BAHAN UBAT KURUS

Apa Itu Sibutramine?

Sibutramine adalah sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam selera makan. Dahulu, ia digunakan secara meluas dalam ubat pelangsingan badan. Namun, akibat kesan sampingan serius yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, penggunaannya telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta banyak negara lain.

Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam senarai ‘Group B Poison’. Sibutramine telah diluluskan untuk digunakan sebagai terapi obesiti di Amerika Syarikat pada tahun 1997. Namun begitu, kelulusan ini telah ditarik balik pada tahun 2010 kerana peningkatan risiko kejadian serangan jantung.

Apa Itu Sibutramine

Kenapa Sibutramine Bahaya?

Walaupun tidak lagi berdaftar, terdapat produk pelangsingan di pasaran yang masih dicemari dengan bahan ini. Pengguna yang tidak menyedari kandungannya mungkin terdedah kepada kesan sampingan seperti:
  • Degupan jantung yang laju (tachycardia)
  • Risiko serangan jantung dan strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Gangguan emosi dan perubahan mental
  • Mulut kering, mual, sembelit, dan sukar tidur

Sibutramine Dalam Produk Pelangsingan

Ramai pengguna teruja dengan janji produk pelangsingan yang memberikan kesan pantas. Malangnya, banyak produk ini mengandungi sibutramine secara haram.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan bahan ini tanpa pemantauan perubatan boleh membawa maut. Oleh itu, penting untuk memeriksa status pendaftaran produk di portal rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di https://npra.gov.my/index.php/en/ sebelum membeli.

Dibawah seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan boleh disabitkan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Cara Selamat untuk Kurus

Jika anda ingin menurunkan berat badan, pilihlah kaedah yang selamat:
  • Amalkan Pemakanan Seimbang – Kurangkan gula dan makanan berlemak, lebihkan serat dan protein.
  • Bersenam Secara Konsisten – Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau bersenam 30 minit sehari membantu proses pembakaran kalori.
  • Dapatkan Nasihat Pakar – Jika perlu, rujuk doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang produk pelangsingan.

KKM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan produk kurus yang menjanjikan kesan segera. Jika mengalami kesan sampingan mencurigakan selepas mengambil sesuatu produk, segera hentikan penggunaannya dan dapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

Pengguna boleh menghubungi Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara ditalian 04-653 2171 atau melalui emel prnlab@usm.my untuk maklumat lanjut.

Kurus itu impian, tetapi kesihatan lebih utama! Jangan terperangkap dengan janji manis produk berbahaya. Pilih cara yang sihat dan selamat untuk mencapai berat badan ideal.


Ulasan

  1. Obat2 kurus yg menjanjikan hasil cepat, memang seharusnya dipertanyakan. Karena pasti ada kandungan yg merusak badan. Ntah jantung atau ginjal biasanya.

    Tak habis pikir dengan orang2 yg mau kurus tapi bergantung pada obat. Sementara olahraga tidak dan pola makan tak dijaga. Macam mana mau kurus 😔

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...