Assalamualaikum Bismillah Pada bulan Disember tahun lalu, aku ada memohon kerja sebagai pembantu guru di sebuah Taska. Alhamdulillah, selepas temuduga aku diminta untuk datang sebagai percubaan selama sehari. Tetapi pada keesokkan harinya aku tidak dapat datang kerana tidak mempunyai kenderaan dan tambang ke Taska tersebut. Aku memang tiada persediaan dari segi kenderaan ketika itu. Ada grab tapi tiada duit pula. Parents pula belum gaji. So aku anggap je lah rezeki aku bukan kat Taska tu. Namun, pada hari pertunangan cousin aku. Aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. So, aku terus call sebab aku risau panggilan daripada mana-mana tempat yang aku pernah isi borang permohonan kerja. Tak sangka, tempat yang aku memohon di taska tu call aku. Majikan tu offer kerja sebagai pembantu guru dengan latihan selama 3 bulan dan elaun sebanyak RM920. Memandangkan aku ada pengalaman praktikal di sebuah sekolah pendidikan khas, so aku tidak perlu per...
I just love to write